Tip elak jadi mangsa pencemaran udara

Tip elak jadi mangsa pencemaran udara

  • July 1, 2019
  • 0 comments

PENCEMARAN udara membuatkan kualiti udara tidak selamat terutamanya kepada mereka yang berisiko seperti kanak-kanak dan penghidap asma.

ELAK terdedah  kepada pencemaran udara.

ELAK terdedah kepada pencemaran udara.

Ketika berhadapan dengan kualiti udara yang tidak selamat itu, apa yang perlu anda lakukan adalah:

1. Hadkan aktiviti luar

Ia boleh mengelak anda terdedah kepada pencemaran udara. Mandi dengan kerap jika terpaksa berada di luar rumah bagi mengelakkan kemungkinan sisa kimia terkena anggota badan.

2. Pantau kesihatan diri

Mengambil berat kesihatan diri dan ahli keluarga yang lain dengan mengambil berat simptom-simptom seperti pedih mata, loya, muntah, pening, sakit dada dan sesak nafas.

3. Peka keadaan sekitar

Sentiasa peka dengan perubahan keadaan sekitar seperti bau tengit dan kurang menyenangkan terutama pada waktu angin kuat.

4. Beri rawatan awal

Rawatan kecemasan yang boleh diberikan mangsa yang terdedah kepada pencemaran ini termasuklah basuh anggota yang terjejas dengan air atau mandi, longgarkan pakaian atau berikan bantuan pernafasan apabila diperlukan. Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.

5. Pakai alat pelindung

Sentiasa memakai alat perlindungan diri yang bersesuaian dengan situasi. Contohnya memakai Half Facepiece Respirators with Multigas Cartridge apabila berhadapan dengan risiko kimia merbahaya.

Sumber: Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy Sdn Bhd, Mohd Sofian Osman, dalam Astroawani.com



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge