SUV Kia Sorento tampil lebih ‘maskulin’

SUV Kia Sorento tampil lebih ‘maskulin’

  • June 18, 2019
  • 0 comments

DEWASA ini kehadiran pelbagai model kenderaan utiliti sukan (SUV) di pasaran tempatan oleh syarikat pengeluar automotif umpama cendawan tumbuh selepas hujan.

Ia sekali gus mencerminkan betapa pentingnya segmen pasaran SUV tidak mengira produk keluaran bersaiz besar atau kompak.

Peningkatan minat pengguna kepada segmen SUV kini menyebabkan banyak syarikat automotif berlumba-lumba mahu menunjukkan taring masing-masing dengan mempertaruhkan model terbaharu. Tidak ketinggalan gergasi automotif dari Korea Selatan yang menampilkan model SUV tujuh tempat duduk terbaharunya.

Kelahiran Kia Sorento generasi ketiga ditampilkan dengan reka bentuk luaran dan dalaman yang lebih segar. Ia cukup berbeza berbanding model terdahulunya. Apa tidaknya, dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, SUV popular Kia iaitu Sorento giat disemak semula. Bukan setakat ‘ubah sana sikit, sini sikit’ dan diuar-uarkan sebagai facelift. Sebaliknya, Kia mengambil langkah pragmatik dengan membuat perincian dan memperbaharui beberapa elemen untuk model terbaharu itu.

Anjakan rekaan dilakukan dari belakang hinggalah ke bahagian depan dan dari atas ke bawah. Ya, hasil akhirnya dilihat berjaya menambah baik ciri-ciri keselamatan, keselesaan, kemewahan dan kedinamikan pemanduan SUV tersebut. Perubahan berkenaan juga menjadikan Sorento lebih jimat minyak dan kurang emisi. Paling signifikan, kos pemilikan yang lebih rendah.

Rekaan sempurna

Tidak keterlaluan untuk disebut, pasaran Malaysia masih lagi kukuh dengan enjin kuasa petrol. Ini berlaku lantaran masih ramai pengguna yang takut untuk menerima enjin diesel. Alasan mereka, diesel hanya untuk teksi dan kenderaan berat seperti lori atau bas. Pun begitu, berdasarkan pengalaman Sinar Turbo sendiri, dapat diperhatikan hampir 90 peratus mereka yang memandu uji kenderaan diesel moden akan terus bertukar fikiran.

Barangkali terpana dengan tenaga dan penjimatan bahan api yang terlalu sukar untuk ditolak. Barulah betul-betul ‘menang membeli, menang memakai’. Boleh jadi pengalaman itu juga mahu ditampilkan pengeluarnya pada sisi jentera itu. Sebelum bercerita mengenai kemampuan SUV itu beraksi di atas jalan raya, ada baiknya kita mengetahui serba sedikit tentang rekaan luaran dan dalaman yang boleh digambarkan cukup sempurna pada pandangan pertama penulis.

Sorento menawarkan ruang kabin yang luas dan selesa. Kemasan material lembut meningkatkan lagi kemewahan jentera itu. Ruang dalam jenteranya menerima kemasan stereng pelbagai fungsi baharu, grafik instrumen tujuh inci dan suis kawalan suhu yang direka semula. Plastik sentuhan lembut dan kemasan hitam berkilat merupakan antara peningkatan yang ditawarkan.

Turut ditambah ialah tempat duduk pemandu dengan fungsi memori, pengecas telefon pintas tanpa wayar Qi dan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Jentera tersebut turut ditampilkan dengan ciri pintar tanpa kunci, butang penghidup enjin, lampu dan bilah pengelap cermin automatik, pendingin hawa dwizon dengan corong udara belakang dan kawalan suhu bagi barisan ketiga.

RUANG kabin yang luas dan cukup selesa.

RUANG kabin yang luas dan cukup selesa.

Tempat duduk hadapan berkuasa dengan larasan lapan hala, tirai tingkap sisi di belakang, cermin pandang belakang antisilau, sistem infotainmen skrin sesentuh dan pintu tailgate berkuasa operasi bebas tangan direka cukup sempurna. Sorento menggunakan platform serba baharu dengan kerangka badan yang lebih tegap selain penambahan struktur di bahagian depan, sisi dan belakang untuk mengalihkan tenaga impak sewaktu pelanggaran.

Ketegaran torsi (torsional rigidity) juga telah ditingkatkan kepada 18 peratus berbanding model sebelum ini yang diperoleh melalui penggunaan 25 peratus besi ultra kekuatan pada struktur kenderaan. Paling menarik, Sorento lama telah pun mencapai rekod lima bintang Euro-NCAP. Pastinya tiada masalah untuk Sorento baharu yang mana standard ujiannya telah dipertingkatkan.

SISTEM pacuan semua roda turut membantu Sorento mendapat cengkaman dan kestabilan terbaik ketika mengambil selekoh

SISTEM pacuan semua roda turut membantu Sorento mendapat cengkaman dan kestabilan terbaik ketika mengambil selekoh

Dari segi saiz, panjang dan lebar Sorento tidak berubah kecuali tingginya yang kurang 10 milimeter berbanding model lama. Pengurangan tersebut menjadikan titik gravitinya lebih rendah, namun masih mudah untuk mengakses keluar masuk barang-barang. Prestasi enjinSebaik sahaja enjin dihidupkan, apa yang menarik, enjin R 2.2 CRDi (diesel) cukup senyap dan tidak bising. Kedap kabin juga pada tahap maksimum dengan bunyi enjin diserap baik, biarpun ketika memerah kuasa tika memotong atau mendaki bukit.

Enjin R 2.2 CRDi berkuasa 200PS dan tork maksimum 441.3Nm. Transmisi automatik enam kelajuan baharu turut digandingkan bagi varian terbaharu itu. Tindak balas pendikit juga progresif. Tujahan tork yang luas menjadikan pelayaran penulis di laluan bandar sangat menyeronokkan.

ENJIN 2.2 CRD-i 4L DOHC.

ENJIN 2.2 CRD-i 4L DOHC.

Kadar tork yang tinggi pada kelajuan enjin rendah memudahkan penulis melakukan operasi memintas kenderaan-kenderaan yang bergerak lebih perlahan. Paling penulis gemarkan ialah prestasi penghantaran kuasa transmisi enam kelajuan pengubah tork menghantar kuasa ke roda dengan lancar tanpa sentakan.

Kotak gear memainkan peranan baik apabila menukar gear yang sesuai mengikut situasi. Tersedia juga mod pemanduan yang boleh digunakan mengikut keadaan tertentu. Buat si pemandu yang mahukan kelainan dalam pemanduan, boleh memilih tiga mod automatik berbeza iaitu Eco, Normal dan Sport.

Jika mahu lebih ‘pikap’ dengan gaya ala-ala kereta lumba Formula Satu (F1), terus sahaja bertukar kepada pedal penukar gear manual enam kelajuan pada tombol gear. Bagi memberi kemudahan kepada pemandu dan penumpang juga, ia dilengkapi skrin TFT LCD bersaiz tujuh inci dan bukan itu sahaja, tempat duduknya boleh dilipat dengan beberapa konfigurasi.

Ciri-ciri seperti Smart Parking Assist System, Tyre Pressure Monitoring System (TPMS) dan banyak lagi (bergantung pada varian yang dipilih) juga antara membantu. Badannya yang lebar memberi sedikit kelebihan pada kestabilan. Namun, melalui laluan yang sempit seperti kawasan perumahan yang sarat dengan kenderaan yang parkir di tepi jalan misalnya, memerlukan keyakinan dan perhatian lebih pada cermin sisi kiri dan kanan. Biarpun demikian, reka bentuk aerodinamiknya mampu memberikan penjimatan penggunaan bahan api yang lebih baik dibandingkan model terdahulu dengan kapasiti penuh tangki minyak ialah 71 liter. Terasa kemantapan pengendalian disumbangkan oleh penggunaan topang MacPherson dan suspensi jenis multilink di belakang.

Tayar simpanan.

Tayar simpanan.

Sistem pacuan semua roda turut membantu penulis merasai cengkaman tayar Sorento dan kestabilan terbaik ketika mengambil selekoh atau mengharung laluan off-road. Di lebuh raya mudah saja kenderaan itu ‘beraksi’ memanjat biarpun pada kelajuan maksimumnya hampir kepada 190 kilometer perjam.

Ciri keselamatan

Dari segi aspek keselamatan, model itu didatangkan dengan enam beg udara, Antilock Braking System (ABS) dengan Electronic Brakeforce Distribution (EBD) dan bantuan brek. Usah risau jika berada di kawasan tinggi, bantuan mula mendaki, kawalan turun bukit turut tersedia.

Cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX pada barisan kedua, sistem pemantauan tekanan tayar, kamera undur dan pengesan parkir hadapan dan belakang juga melengkapkan kemudahan keselamatan. Kesimpulannya, pada kaca mata penulis, Kia bukan saja mempertaruhkan tarikan SUV diesel dengan paras lebih maskulin, ia lebih mengujakan apabila tampil sebagai kenderaan yang menjimatkan kos tangki minyak!

Spesifikasi Kia Sorento

  • Enjin: 2.2 CRD-i 4L DOHC
  • Kapasiti: 2.199 cc
  • KuasacTypeface: 197 PS @ 3.800 rpm
  • TorkcTypeface: 44.5 kg.m @ 1.800-2.500 rpm
  • Transmisi: Dwi klac automatik 6 kelajuan
  • Ciri-ciri keselamatancTypeface: 6 beg udara, ABS, ESC, HAC dan VSM.
  • HargacTypeface: RM179,888



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge