Surah Al-Insan butang reset cari kebenaran

Surah Al-Insan butang reset cari kebenaran

Fazrul ketika berucap di Seminar Soul Fitness and Wellness Breakaway bertajuk 'Reset Your Soul', di Cherengin Hills Convention and Spa Resort, Janda Baik, di sini pada Khamis.

Fazrul ketika berucap di Seminar Soul Fitness and Wellness Breakaway bertajuk ‘Reset Your Soul’, di Cherengin Hills Convention and Spa Resort, Janda Baik, di sini pada Khamis.

BENTONG – Surah Al-Insan diturunkan sebagai panduan kepada manusia yang lumrah sifatnya mudah lupa dan sukar melihat kebenaran untuk kembali ke jalan benar.

Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Fazrul Ismail berkata, surah itu mengingatkan seseorang hamba untuk sentiasa melihat dan berfikir sebelum melakukan sesuatu yang ditegah oleh ALLAH SWT.

“Al-Insan juga diamalkan oleh Rasulullah SAW sebagai butang reset (set semula) bagi menjadikan kehidupan lebih baik dan menyedarkan kita dari mana dan siapa yang mencipta manusia.

“Dalam ayat ketiga surah tersebut, sesungguhnya kami telah menunjukkan kepadanya jalan yang lurus, ada yang bersyukur dan kufur. Tetapi kami melalui malaikat, nabi telah memberikan hidayah maka pilih jalan yang mana satu untuk merasai kesyukuran itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Seminar Soul Fitness and Wellness Breakaway bertajuk ‘Reset Your Soul’ di Cherengin Hills Convention and Spa Resort, Janda Baik, di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, menurut Fazrul, setiap manusia yang menerima ujian perlu tabah dan sabar kerana ia adalah cara ALLAH SWT mengangkat darjat seseorang di sisi-Nya.

“Jangan asyik mengadu dan mengeluh dengan kesakitan, kepedihan serta kekecewaan yang diterima.

“Sebaliknya sentiasa berharap dan bergantung kepada ALLAH SWT,” ujarnya.

Sumber