Super Brand Day pertama di Shopee

Super Brand Day pertama di Shopee

TOHTONKU Sdn Bhd memulakan perniagaan pada 1964 dengan produknya dijual dari pintu ke pintu oleh pasukan jualannya.

Meskipun ramai antara kita yang mungkin tidak berminat dengan kerja menekan loceng pintu dari rumah ke rumah dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, konsep jualan itu terbukti berjaya.

Disertakan dengan pengiklanan yang berkesan, tidak lama kemudian pelabur-pelabur antarabangsa mula datang mengetuk pintunya, dengan niat untuk meluaskan perniagaan ke pasaran Malaysia.

Lima puluh lima tahun kemudian, Tohtonku berkembang dari sebuah jenama keperluan rumah kepada sebuah syarikat antarabangsa yang bertapak di seluruh Jepun, Timur Tengah, China, Hong Kong, Asia Tenggara termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Vietnam dan Myanmar.

Kini, syarikat ini mempunyai lebih daripada 15 jenama utama di bawah rangkaian produknya termasuk Ammeltz YokoYoko, Kool Fever, Nutox, Nanowhite, Follow Me, Ubermen, Silkpro, Can Can dan King Kong.

Follow Me Anti-Bacterial Body Wash

Follow Me Anti-Bacterial Body Wash

Untuk mengikuti perkembangan zaman dan mencapai lebih ramai pengguna yang tidak dapat didekati disebabkan oleh sekatan geografi, Tohtonku memasuki ruang peruncitan digital sebagai usaha untuk terus membantu membolehkan lelaki dan wanita tampak yakin dan berasa yakin dengan diri mereka sendiri.

Uberman 3D Matt Clay

Uberman 3D Matt Clay

Untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan pelanggan-pelanggan setia yang tidak berbelah bahagi selama ini, Tohtonku menganjurkan Super Brand Day pertamanya di platform e-dagang Shopee.

Tohtonku Super Brand Day juga merupakan sebahagian daripada sambutan Shopee Brands Festival, iaitu pengguna Shopee dapat menikmati Bonus Voucher Days pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat, mendapat dua kali ganda Shopee Coins pada hari Selasa dan Khamis, dan mendapat penghantaran percuma dengan pembelian minimum RM20 pada hujung minggu mulai sekarang hingga 24 April apabila mereka membeli daripada jenama-jenama yang terdapat di Shopee Mall.

Nano White Dark Spot Corrective Serum

Nano White Dark Spot Corrective Serum

“Tohtonku Super Brand Day adalah satu daripada inisiatif kami untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami kerana kesetiaan dan sokongan mereka kepada syarikat,” kata Pengarah Eksekutif, Tohtonku Sdn Bhd, Jasper Lim.

Untuk maklumat lanjut bole ke https://shopee.com.my/m/super-brand-day



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *