Steroid berlebihan jejas kesuburan

Steroid berlebihan jejas kesuburan

TAHUKAH anda, kegilaan mengunjungi pusat gimnasium bagi mendapatkan badan sado dan tegap boleh menjejaskan tahap kesuburan seseorang lelaki?

Menurut laporan BBC News, para saintis telah menemui evolusi paradoks yang mana golongan lelaki telah merosakkan keupayaan memiliki zuriat apabila melakukan proses bina badan dengan cara tidak sihat iaitu mengambil steroid secara berlebihan.

Menurut Dr James Mossman sebahagian besar lelaki didapati terlibat dalam penyalahgunaan steroid atas alasan untuk mendapatkan hasil membina badan dengan lebih cepat.

“Berdasarkan pemerhatian majoriti lelaki yang datang menjalani ujian kesuburan mempunyai otot badan besar. Situasi ini amat membimbangkan.

“Bahkan, segelintir daripada mereka juga mengakui mengambil steroid bagi mengatasi masalah kebotakan walhal, tindakan ini secara tidak langsung boleh merosakkan tahap kesubaran,” jelas Mossman dari Universiti Brown di Amerika Syarikat kepada BBC.

Secara ringkas, steroid dikategorikan sebagai racun terkawal yang mana pengambilannya adalah atas nasihat doktor.

Di Malaysia, sebarang produk yang mengandungi steroid hendaklah didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Faktor lain merendahkan tahap kesuburan:

a) Persekitaran yang panas seperti tempat kerja di kilang, komputer riba di atas riba dan pemakaian seluar dalam terlalu ketat.

b) Kecederaan atau jangkitan pada satu atau kedua-dua buah zakar. Bengkak akibat dipukul atau jatuh. Jangkitan virus beguk (Mump) boleh melibatkan buah zakar.

c) Terdedah kepada bahan toksik seperti nikotin (daripada asap rokok), alkohol (dalam minuman keras) dan ubat-ubatan tertentu seperti ubat propranolol (digunakan untuk darah tinggi), cimetidine (ubat gastrik) dan maxolon.

d) Masalah ketegangan zakar atau mati pucuk.

Sumber: www.myhealth.gov.my



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *