Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Solat tanpa alas, sejadah
  • ATTRACTION

Solat tanpa alas, sejadah

Helmi Aziz January 13, 2020 3 minutes read
589432.jpg

TATKALA menunaikan solat, sajadah semacam menjadi perkara yang wajib ada tidak kiralah di mana-mana sahaja kita menunaikan Rukun Islam ke-2 itu.

Jika tidak ada, seolah-olah tidak lengkap rasanya kerana ia sudah menjadi kelaziman kita pada setiap kali waktu solat.

Malah, kebanyakan surau, masjid mahupun tempat penginapan seperti hotel turut menyediakan kemudahan itu.

Namun, andai kata kita tertinggal sejadah atau tiada alas berkenaan, bolehkah kita mendirikan solat di atas tanah atau lantai tanpa beralaskan sejadah?

Kepada sesiapa yang berhadapan dengan perkara itu, usah risau untuk menunaikan solat tanpa sejadah.

Sebenarnya, kita boleh mendirikan solat di atas tanah atau tanah tanpa beralaskan sejadah.

Hukumnya adalah harus dan sah solat yang kita lakukan tadi.

Ketahuilah bahawa ia merupakan kelebihan yang diberikan oleh ALLAH SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW yang menjadikan seluruh muka bumi ini sebagai tempat sujud untuk mendirikan solat di atasnya.

Ia sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis.

Sabda Rasulullah SAW: “Aku (Rasulullah SAW) diberikan lima kemuliaan yang tidak diberikan kepada sesiapa pun sebelum aku..(antaranya) dijadikan kepada aku bumi sebagai tempat sujud dan tanahnya untuk bersuci. Oleh itu, di mana sahaja seseorang itu mendapati waktu solat, maka hendaklah dia mendirikan solat.” (Riwayat al-Bukhari)

Begitu pun, terdapat dua tempat yang dilarang untuk menunaikan solat iaitu di perkuburan dan tandas.

Seperkara lagi, seandainya tempat berkenaan mempunyai najis yang bersentuhan dengan badan, pakaian atau barang yang ditanggung oleh kita, maka tidak boleh didirikan solat di situ.

Ini kerana, apabila merujuk kembali kepada syarat sah solat, bersih daripada najis pada tempat solat adalah antara ketetapannya.

Sekalipun najis tersebut tidak bersentuhan dengan kita atau perkara yang disebutkan tadi, jika ia berdekatan secara urufnya, maka hukumnya adalah makruh dan seeloknya dielakkan.

Pun begitu, semua itu hanya boleh dilakukan apabila dalam keadaan kita benar-benar tiada alas atau sejadah atau mengalami kesukaran untuk mendapatkannya.

Jika sejadah atau alas berkenaan ada berhampiran kita dan mudah didapati, sebaiknya gunakanlah kemudahan berkenaan.

Jangan menjadikan hujah malas mahu membentang sejadah sebagai alasan untuk menunaikan solat tanpa lapik berkenaan.

Hakikatnya, lebih baik kita menggunakannya kerana ia menjamin kesucian dan menghilangkan rasa waswas dalam diri.

Lazimilah diri kita untuk menunaikan solat dengan sejadah atau alas supaya solat kita lebih sempurna.

Kalau kita boleh berhias cantik, kemas dan sempurna untuk keluar bertemu rakan-rakan, kenapa tidak untuk kita lakukan perkara sama apabila ‘berjumpa’ dengan Tuhan yang menjadikan makhluk sekalian alam?

Ayuh perbaiki ibadah kita dan semoga ALLAH menerima segala amal yang kita lakukan.

(Sumber: #Al-Kafi 1510: Hukum Sujud di Atas Tanah atau Lantai Tanpa Beralaskan Sejadah, laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Kempen bantu pendidikan, penampilan anak Orang Asli
Next: Software sering rosak? Mungkin boleh cuba cara ini

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.