Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • SINGLE TERBAHARU INDAH RUHAILA YANG BERJUDUL “INDAH”
  • ATTRACTION

SINGLE TERBAHARU INDAH RUHAILA YANG BERJUDUL “INDAH”

Helmi Aziz November 28, 2023 (Last updated: November 28, 2023) 3 minutes read

Siapa yang akan menyangka bahawa perjalanan seni yang memukau dari penyanyi yang begitu cantik dan bersuara lembut telah mencapai 15 tahun? Dengan semangat dan cinta yang terus berkobar terhadap seni nyanyian, Indah Ruhaila kini kembali mempersembahkan single terbarunya yang begitu dinantikan oleh peminat-peminatnya. Lagu ini diberi judul ‘INDAH’ dan dihasilkan melalui sentuhan magis komposer terkemuka negara, Firdaus Rahmat. Produksi single ini dikeluarkan oleh label hiburan yang paling berpengaruh di rantau ini, Rocketfuel Entertainment.

“Alhamdulillah, saya masih lagi giat memperjuangkan bakat yang dikurniakan Tuhan dan masih lagi aktif menerima undangan nyanyian di sana-sini.

“Syukur di atas kelahiran single terbaharu ini dan yang pertama seumpamanya di bawah naungan Rocketfuel Entertainment, saya berasa terharu berbaur gembira kerana sudah lama tidak muncul dengan mana-mana lagu baharu.

“Secara jujurnya, saya agak memilih dalam penghasilan sesebuah karya kerana hendak pastikan ianya betul-betul bermutu, menepati citarasa saya dan yang paling penting, dapat menarik perhatian halwa telinga peminat dan juga pendengar di luar sana,” ujar pemilik nama sebenar, Siti Ruhailah Hussein, 36.

Single INDAH merupakan buah fikiran Indah sendiri yang mahukan kelainan dalam komposisi melodinya, dan seakan transformasi bagi dirinya yang merupakan penyanyi berpengalaman dan lebih matang dalam berkarya, ditanya apakah maksud single ini buat dirinya, ini penjelasannya, “Jalan cerita lagu ini datang dari saya, setelah berbincang dengan komposer Firdaus Rahmat, hasilnya sebuah karya yang lain dari lain dan kedengaran sedikit ‘fresh’ dan lebih kepada ‘feel’ masa kini.

“Ia menceritakan tentang kemampuan seorang wanita yang pasti beroleh kebahagiaan jika mereka mencintai diri sendiri dahulu, kiranya seperti ‘self-love’, seterusnya perasaan ‘indah’ itu akan datang dengan sendirinya.

Single INDAH berjaya dirakamkan dalam masa 2 jam sahaja di Studio World Peace, dan kali pertama mendengarnya, pendengar pasti terhibur dengan karya bernuansa pop dansa ini kerana ada patah di dalamnya yang dinyanyikan secara rap oleh Indah sendiri, menyuntik elemen kelainan yang dimahukan selain menjadikannya lebih ‘tersendiri’, tambah Indah lagi, “Setelah sekian lama saya tidak hadir dengan mana-mana lagu baharu, saya anggap ini sebagai hadiah melepaskan kerinduan peminat yang sudah lama menunggu, serta jangan lupa menyaksikan MV INDAH di YouTube nanti yang berkonsep minimalis dengan elemen yang ‘indah-indah’ sahaja.

“Saya berharap supaya INDAH dapat diterima oleh semua, terutamanya peminat saya dan pelbagai penggemar muzik tanah air, tidak mengira peringkat umur.

Lagu ‘INDAH’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala muzik video single ini boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Rocketfuel Network.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Malaysia, Monaco akan perkukuh pertumbuhan ekonomi mampan
Next: Nilai ringgit terus meningkat – Sinar Harian

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”
  • Industry Workshop by Nippon Paint and CIDB Addresses Gaps in Flooring Standards for High-Tech Industries
  • World-Class Sound Hits Johor: Audience Lab Soundtech Secures Strategic Deal with France’s NEXO
  • Visa Perkenal Agentic Ready di Malaysia Bersama Bank Tempatan bagi Memperkasa Pembayaran Berasaskan AI

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.