Shell Advance AX7 baharu lebih tiga gred kelikatan

Shell Advance AX7 baharu lebih tiga gred kelikatan

  • July 4, 2019
  • 0 comments

MENJANJIKAN perlindungan lengkap untuk motosikal, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah melancarkan dua varian baharu minyak enjin motosikal separa sintetik.

Dikenali sebagai Shell Advance AX7, kedua-dua varian itu ialah Shell Advance AX7 10W-30 dan 15W-50. Rumusan baharu tersebut juga kini menjadi pelengkap kepada Shell Advance AX7 10W-40 yang sedia ada.

Menurut Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, May Tan, Shell Advance AX7 yang popular kini menawarkan tiga gred kelikatan.

“Ini membolehkan para penunggang motosikal memilih minyak enjin separa sintetik premium Shell Advance yang benar-benar menepati keperluan mereka. Ketiga-tiga gred tersebut dirumuskan dengan Teknologi Active Cleansing,” katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

Antara manfaat yang dapat dinikmati pengguna adalah seperti berikut:

  • Enjin 33 peratus lebih bersih.
  • Pelindungan 29 peratus lebih baik pada suhu tinggi.
  • Penambahan jarak perjalanan sejauh tiga kilometer bagi setiap liter bahan api.
  • Perlindungan daripada kehausan yang 36 peratus lebih baik berbanding had industri.
  • Tiada kehilangan kuasa walaupun selepas perjalanan sejauh 12,000 kilometer.

Shell Advance AX7 15W-50 baharu turut menjanjikan kelancaran penghantaran kuasa dan perlindungan yang lebih baik.

Pulangannya pada enjin biarpun dalam tempoh yang lama pada keadaan tekanan enjin yang tinggi.

Sementara itu, Shell Advance AX7 10W-30 baharu mempunyai kelikatan lebih rendah menawarkan ekonomi bahan api lebih baik. Pun begitu, ia memberikan perlindungan enjin dan menyumbang tambahan perjalanan hingga tiga kilometer lebih berbanding dengan minyak mineral.

Advance AX7 10W-40 sedia ada pula mempunyai formulasi seimbang. Ia memenuhi keperluan hampir semua jenis motosikal bagi tunggangan harian. Ia amat sesuai untuk memberikan perlindungan dalam keadaan lalu lintas yang terhenti-henti.

Shell Advance AX7 10W-30 dan 15W-50 yang dijual dengan harga RM33.90 bagi setiap pek satu liter.

Maklumat lanjut, orang ramai boleh layari www.shell.com.my/advance atau hubungi hotline Perkhidmatan Pelanggan Shell di talian 1300 88 1808.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge