Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ekspo
  • Selebriti dan anak istimewa mereka
  • Ekspo

Selebriti dan anak istimewa mereka

Helmi Aziz April 20, 2019 3 minutes read
230840.jpg
MEMILIKI anak istimewa yang kurang sempurna adalah kurniaan Illahi yang tidak boleh disangkal. Tiada siapa yang mahukan anak yang kurang sempurna, namun semuanya sudah tertulis di Luth Mahfuz. Tidak terkecuali dengan beberapa selebriti terkenal yang mempunyai anak-anak autisme, mereka menganggap kehadiran anak-anak itu membawa rezeki.

Mereka tidak pernah mengenepikan bahkan menyayangi anak-anak itu sepertimana anak-anak yang lain. Selebriti terkenal itu juga tidak pernah segan memberitahu kepada dunia bahawa mereka punya anak istimewa itu. Jom baca kisah mereka!

1) Khairy Jamaludin

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau KJ mempunyai seorang anak autisme yang bernama Timor Abdullah, 9 tahun. Beliau memanggil anak keduanya itu dengan gelaran Puma.

KJ dan isteri sentiasa memberi sokongan kepada pergerakan autisme di negara ini. Mereka juga membuka sebuah gimnasium We Rock The Spectrum Kids di Evolve Concept Mall, Ara Damansara dan berkolaborasi bersama Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom) untuk aktiviti berkenaan

Hasil perkahwinan dengan anak kepada Perdana Menteri keempat, Nori Tun Abdullah pada 2001, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, dua daripanya bernama Jibreil Ali, 12 dan Raif Leo Averroes, 5.

KJ bersama Puma sentiasa mengenakan pakaian yang serupa

KJ bersama Puma sentiasa mengenakan pakaian yang serupa

2) Edry Abdul Halim (KRU)

Komposer terkemuka dan anggota kumpulan KRU, Edry Abdul Halim, 42, memiliki seorang anak istimewa yang dilahirkan autisme yang bernama Emery yang kini berusia 12 tahun. Dia dan isteri membuat keputusan berhijrah ke luar negara bagi mendapatkan pembelajaran terbaik buat anak ketiganya itu

Edry mendirikan rumah tangga dengan Milia Mohamad pada November 1999 dan dikurniakan empat cahayamata, tiga daripadanya adalah Emil, Edylia dan Elya

Edry berhijrah ke luar negara untuk pendidikan lebih baik buat Emery

Edry berhijrah ke luar negara untuk pendidikan lebih baik buat Emery

3) Catriona Ross

Pelakon atau pengacara jelita, Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 39, mempunyai seorang anak autisme, Jammal Raess Ross-Iddin yang kini berusia empat tahun. Dia gigih dan tabah menguruskan anak keduanya itu yang didiagnosis dengan gangguan Spektrum Autistik (Autism Spectrum Disorder-ASD).

Dia sentiasa memuatnaik gambar bersama anaknya itu di laman sosial dan tidak pernah rasa malu mempunyai anak istimewa berkenaan. Hasil perkahwinannya dengan Shaharuddin Mokhtaruddin, mereka dikurniakan tiga cahayamata, dua daripadanya Sephia Rania, 8, dan Edruce Riyadh, 3.

Catriona menganggap kehadiran anaknya itu pembawa rezeki

Catriona menganggap kehadiran anaknya itu pembawa rezeki

4) Zarina Zainuddin

Selebriti jelita ini mempunyai cahayamata kembar Muhammad Razil Azrai atau Azil dan Muhammad Raizal Azrai, 23. Kedua-duanya mengalami autisme. Pelakon drama Sumpahan Berdarah itu sentiasa memuatnaik video ragam dan aktiviti kedua-dua anaknya itu di laman sosial Instagram.

Meskipun salah seorang anaknya, Azil kerap mengamuk dia dilhat seorang ibu yang pandai menguruskan keadaan. Meskipun pernah dipukul Azil, dia tetap sabar dan menyayangi anak istimewanya itu. Dia menyedari kedua-dua anak kembarnya itu mempunyai masalah Autisme selepas tiga tahun dilahirkan.

Hasil perkahwinannya dengan Datuk Seri Dr Abdul Raihan Wan Jaafar, mereka dikurniakan empat cahayamata yang kesemuanya lelaki. Dua daripadanya adalah Muhammad Naim Azraidan, 16, dan Muhammad Adam Azrai, 13 tahun.

Zarina tabah melayani karenah kedua-dua anak autismenya

Zarina tabah melayani karenah kedua-dua anak autismenya



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Ucapan terakhir buat Lagerfeld
Next: Nissan X-Trail ‘facelift’ baharu kini dibuka untuk tempahan

Related Stories

09
  • Business
  • Celebration
  • Collabration
  • Ekonomi
  • Ekspo
  • Gadget
  • Gaya Hidup
  • Industri Kreatif
  • music
  • News
  • Product Launch

vivo V70 FE First Sales Roadshow Janji Pengalaman Interaktif dan Persembahan DOLLA

Syahir Izani April 15, 2026
1000250427
  • Automotive
  • Business
  • Ekspo
  • Event
  • Innovation
  • Launching

SIRIM-Certified ASTRA Reinforces Bateriku’s Commitment to Quality with the Opening of Its Quality Lab

Helmi Aziz August 8, 2025
2
  • Awards
  • Ekspo
  • Music

Universal Music Malaysia Raikan Ikon Muzik di Hall of Fame, Pavilion Malaysia, Ekspo 2025 Osaka, Japan

Helmi Aziz May 14, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.