Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Sektor automotif akan kekal positif pada 2022
  • ACTIVITY

Sektor automotif akan kekal positif pada 2022

Helmi Aziz February 23, 2022 2 minutes read
1507544.jpg

KUALA LUMPUR – Sektor automotif dijangka kekal positif pada 2022 dengan pertumbuhan jumlah keseluruhan industri (TIV) akan meningkat 12-14 peratus tahun ke tahun berikutan gangguan bekalan akibat banjir pada Januari 2022 yang bersifat sementara, menurut MIDF Research.

Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), TIV pada Januari 2022 merosot 38 peratus bulan ke bulan kepada 40,581 unit.

MIDF Research menerusi nota pada Rabu meramalkan TIV pada sekitar 570,000 – 580,000 unit tahun ini, pendirian yang lebih konservatif berbanding unjuran pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 18 peratus atau 600,000 unit oleh MAA.

“Ia berada pada penghujung julat TIV tahunan pra-pandemik memandangkan kami masih bimbang dengan kekurangan bekalan cip global dan potensi kekangan kepada rantaian bekalan.

“Bagaimanapun, sebarang TIV yang lebih kukuh daripada jangkaan berperanan untuk memperkuat saranan positif kami ke atas sektor ini,” katanya.

Firma penyelidikan itu mengulangi saranan positifnya kepada sektor automotif yang berperanan terhadap pemulihan penggunaan domestik, didorong tempahan tertunggak yang kukuh, sokongan daripada lanjutan pelepasan cukai, kadar faedah rendah dan situasi pekerjaan dan pendapatan isi rumah yang beransur lebih baik.

Ia telah menamakan Bermaz Auto Bhd (BAuto) sebagai pilihan utama berikutan pengembangan jenama itu selepas pengambilalihan francais Kia dan Peugeot, sekali gus menyebabkan pengembangan struktur di bahagian pasaran dan pertumbuhan yang mengatasi industri.

MBM Resources Bhd dan UMW Holdings turut tersenarai sebagai pilihan utama memandangkan kedua-dua syarikat itu merupakan proksi utama kepada pemulihan sektor berkenaan berikutan pendedahan mereka ke atas Perodua dan Toyota (UMW) – berkesan mengawal bahagian saham terbesar industri itu.

“Risiko utama kepada saranan kami adalah sekatan pergerakan selanjutnya, lonjakan inflasi yang berlanjutan, normalisasi kadar faedah yang lebih agresif daripada jangkaan dan kelembapan ringgit,” katanya.

Sementara itu, Kenanga Investment Bank Bhd telah mengekalkan penarafan ‘neutral’ ke atas sektor automotif dengan menyasarkan TIV sebanyak 600,000 unit atau pertumbuhan 18 peratus pada 2022.

Katanya, jualan pada Februari 2022 dijangka sama seperti Januari 2022 berikutan jumlah hari bekerja yang lebih singkat dan gangguan rantaian bekalan akibat banjir baru-baru ini dan kekurangan cip yang sedang berlaku.

“Pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan masih diteruskan sehingga Jun 2022 dengan pelbagai pelancaran baharu pada masa akan datang termasuk pelancaran model yang telah ditangguhkan sejak 2021,” katanya. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: NOKIA komited bantu kerajaan percepat pelaksanaan 5G
Next: Calpis Chewy sedia tawar kepuasan kepada pengguna

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.