Segak bersama pelengkap gaya Fendi

Segak bersama pelengkap gaya Fendi

DIINSPIRASI daripada sepasang mata serangga kecil, koleksi jam tangan The Momento Fendi Bugs menampilkan ciri berani dan sofistikated untuk digayakan kaum Adam.

Rekaannya yang inovasi memaparkan ‘renungan mata’ warna kuning membangkitkan gaya segar pada koleksi jam tangan tersebut. Ia diinterpretasikan dengan diameter klasik bersaiz 26 milimeter dalam keluli tahan karat yang digabungkan bersama tali kulit rona hitam.

Jam tangan Momento Fendi Bugs memiliki dail hitam yang mana minit dan detik tangan diselaraskan serentak. Sementara itu, keluli berkualiti tinggi digunakan pada bahagian gelang bagi memberikan keselesaan kepada pemakai. Jam tangan berkenaan ideal digayakan sepanjang masa dan menghadiri pelbagai acara.

Selain jam tangan, Fendi turut memperkenalkan koleksi cermin mata hitam yang melengkapkan penampilan jejaka dalam apa jua persalinan yang dipadankan.

Rekaan minimalis dan eksklusif membuatkan aksesori mata itu wajib dimiliki. Selain nuansa hitam cermin mata Fendi FF tersebut juga ditawarkan dalam warna biru.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *