Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ringgit teruskan pengukuhan minggu depan
  • ACTIVITY

Ringgit teruskan pengukuhan minggu depan

Helmi Aziz February 2, 2019 2 minutes read
173654.jpg

MOMENTUM pengukuhan ringgit dijangka berterusan minggu depan, mencecah paras 4.00 berbanding dolar AS apabila minat mengambil risiko meningkat sedikit walaupun dolar US menyusut serta pemulihan harga komoditi.

Naib Presiden Kanan (Pelaburan), Phillip Capital Management Malaysia, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata ringgit dan mata wang ekonomi pesat berkembang dijangka mengambil kesempatan daripada dolar US yang lemah, yang kini berada dalam tekanan selepas Rizab Persekutuan AS (Fed) memutuskan untuk mengekalkan kadar faedahnya.

Beliau berkata sikap memihak kepada kadar faedah rendah yang tidak dijangka oleh Pengerusi Fed, Jerome H Powell pada Rabu, yang kemungkinan menandakan berakhirnya kenaikan kadar faedah, mencetuskan rali di bursa-bursa saham serantau.

“Ini merupakan perubahan yang dramatik kerana kami menjangkakan kenaikan, namun Fed mengekalkannya. Ini sememangnya kejutan positif. Saya jangkakan ringgit akan terus mengukuh,” katanya kepada Bernama, dengan mengunjurkan ringgit akan bergerak antara 4.00 dan 4.05 minggu depan.

Nazri Khan juga berkata ketegangan politik terhadap Brexit yang semakin reda selain keyakinan bahawa penyelesaian perang perdagangan AS-China akan dicapai, akan memberi sokongan kepada sentimen minggu depan.

Delegasi 30 pegawai dari Beijing, yang diketuai Naib Perdana Menteri China, Liu He, tiba di Washington pada Rabu untuk rundingan dua hari.

White House diwakili Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin dan Wakil Perdagangan Robert Lighthizer.

Para pegawai kedua-dua negara dilaporkan memulakan perbincangan yang baik semasa sesi pembukaan.

Dalam minggu dagangan yang pendek, ringgit ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir tiga minggu pada 4.0930/0980 berbanding dolar AS pada Khamis berbanding 4.1225/1275 yang dicatatkan pada Jumaat lepas, berikutan permintaan yang lebih baik ke atas nota tempatan selain data perdagangan yang meningkat.

Jumlah dagangan Malaysia pada 2018 kekal kukuh, berkembang 5.9 peratus kepada RM1.876 trilion daripada RM1.771 trilion pada 2017, disebabkan pertumbuhan eksport yang lebih tinggi daripada jangkaan untuk tahun yang ditinjau.

Sementara itu, mata wang tempatan didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0409/0450 pada Khamis daripada 3.0346/0385 Jumaat lepas, turun berbanding yen Jepun kepada 3.7699/7749 daripada 3.7542/7598, dan lemah berbanding euro kepada 4.7000/0070 daripada 4.6704/6769.

Bagaimanapun, mata wang tempatan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3688/3758 daripada 5.3935/4004 sebelum ini kerana sentimen pasaran dipengaruhi perkembangan Brexit.

Pasaran Malaysia ditutup pada Jumaat sempena cuti Hari Wilayah Persekutuan.- Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Honda Rebel dan X-ADV
Next: Kelibat ‘nenek tua’ di Bukit Bertangga

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.