Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ringgit ditutup tinggi – Sinar Harian
  • ACTIVITY

Ringgit ditutup tinggi – Sinar Harian

Helmi Aziz March 3, 2023 2 minutes read
2104373.jpg

RINGGIT mengakhiri penurunan selama dua hari berturut-turut untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Khamis berikutan sentimen pasaran tempatan yang lebih baik dalam persekitaran harga minyak mentah global yang tinggi, kata penganalisis.

Pada jam 6 petang, unit tempatan naik kepada 4.4315/4365 berbanding dolar AS daripada 4.4420/4460 pada Rabu.

Pada masa ini, harga penanda aras minyak mentah Brent meningkat 0.25 peratus kepada AS$80.80 setong.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata, sentimen pasaran tempatan lebih baik hari ini berikutan turun naik kadar AS yang akhirnya berhenti meningkat.

“Di Asia, ketiadaan data China berakhir minggu depan berikutan data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) China akan dikeluarkan pada 28 Februari, yang dijangka dicatatkan kukuh berdasarkan trend mobiliti yang kukuh di China.

“Saya berpendapat ini menyokong pasaran mata wang tempatan berikutan kenaikan hasil AS baru-baru ini yang mula berkurangan,” katanya kepada Bernama.

Mengenai pembentangan semula Belanjawan 2023 esok, Innes berkata, belanjawan itu boleh memberi rangsangan kepada sentimen tempatan jika ia pro-perniagaan, seperti yang dinyatakan oleh sebahagian ahli ekonomi.

Sementara itu, ringgit turut diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2855/2895 daripada 3.2935/2968 pada Rabu dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2990/3032 daripada 3.3157/3189 semalam.

Ia turut meningkat berbanding euro kepada 4.6943/6996 daripada 4.7258/7301 dan naik berbanding pound kepada 5.3311/3371 daripada 5.3655/3703 sebelum ini. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Tip penyusuan badan Tya Arifin
Next: Kayuhan berbasikal rentas usia – Sinar Harian

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.