Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini

NILAI ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS kerana kitaran kenaikan kadar faedah AS disifatkan akan berakhir untuk tahun ini, sekali gus mengurangkan sentimen risiko, kata seorang penganalisis.

Pada jam 9.05 pagi, ringgit menambah nilai kepada 4.6750/6810 berbanding dolar AS daripada penutupan dagangan Jumaat lepas pada 4.7265/7320.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kadar faedah AS menghampiri puncak kitaran, sebahagiannya didorong oleh laporan gaji bukan ladang (NFP) yang lebih lemah daripada jangkaan.

“NFP yang merupakan pengukur bagi jumlah penghasilan pekerjaan di AS, meningkat pada kadar lebih perlahan kepada 150,000 pada Oktober dan ini mencadangkan kitaran kenaikan kadar faedah semakin hampir ke penghujungnya,” katanya.

Sumber