Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
  • ACTIVITY

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Helmi Aziz February 12, 2019 2 minutes read
183249.jpg

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar US hari ini ekoran keengganan pelabur untuk memasuki pasaran susulan kebimbangan mengenai geopolitik yang suram selain rundingan perdagangan Ameika Syarikat dan China yang akan datang.

Pada 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0750/0790 kepada dolar US berbanding 4.0700/0750 pada penutupan Isnin.

Seorang peniaga berkata ketidaktentuan mengenai hasil perbincangan menyebabkan pelabur kini beralih kepada mata wang yang lebih selamat.

“Jika ini berterusan, ia bukan sahaja akan menjejaskan perdagangan, malahan harga minyak. Prestasi ringgit sangat bergantung kepada kestabilan harga minyak,” katanya.

Pada 9 pagi, harga minyak mentah Brent berada pada US$61.51 setong berbanding US62.12 setong semalam.

Peniaga itu berkata hubungan antara kedua-dua kuasa besar (AS-China) itu semakin tegang, terutama dalam sektor teknologi yang melibatkan salah satu syarikat terbesar China, Huawei Technologies.

Presiden AS dilaporkan dijangka menandatangani perintah eksekutif yang melarang syarikat-syarikat tanpa wayar AS membeli peralatan telekom dari China, dengan keputusan muktamad dijangka diketahui dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

“Ini menjejaskan jualan syarikat teknologi Amerika Syarikat, Apple Inc, ekoran eksportnya ke China jatuh 19.9 peratus pada suku keempat,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9932/9973 daripada 2.9953/0001 semalam dan meningkat berbanding yen kepada 3.6871/6917 daripada 3.6913/6961.

Berbanding euro, unit tempatan meningkat kepada 4.5937/6003 daripada 4.5937/6003 dan tinggi berbanding pound British kepada 5.2413/2480 daripada 5.2495/2576. – Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Wajah baharu Proton Iriz
Next: Nestlé Health Science lancar buku nutrisi pesakit kanser

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.