Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada pagi urus niaga Isnin apabila nilai dolar AS mengukuh selepas data senarai gaji utama bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang terkini melepasi jangkaan. - Gambar hiasan

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada pagi urus niaga Isnin apabila nilai dolar AS mengukuh selepas data senarai gaji utama bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang terkini melepasi jangkaan. – Gambar hiasan

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar AS pada pagi urus niaga Isnin apabila nilai dolar AS mengukuh selepas data senarai gaji utama bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang terkini melepasi jangkaan.

Pada 9 pagi, ringgit menyusut nilai kepada 4.6750/6800 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat lepas pada paras 4.6625/6665.

Menurut laporan, data NFP AS mencatatkan sejumlah 199,000 pada bulan November berbanding anggaran konsensus sebanyak 180,000.

Bagaimanapun, Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata setelah diteliti, peningkatan mendadak dalam NFP AS disebabkan terutamanya oleh pekerja yang kembali daripada mogok mereka.

Sumber