Gambar hiasan – Foto Bernama RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas mencatatkan kenaikan dua hari berturut-turut berikutan sentimen berhati-hati walaupun prestasi dolar AS agak lemah. Indeks Dolar AS (DXY) merosot daripada setinggi 106.01 mata kepada 105.82 mata meskipun Indeks Harga Pengeluar AS bulan September adalah lebih tinggi daripada jangkaan. Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.7200/7245 berbanding dolar AS daripada penutup Rabu pada 4.7145/7180. Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, hasil Perbendaharaan AS 10 tahun turun sebanyak lapan mata asas kepada 4.58 peratus. Sumber Post navigation Sembilan daripada 10 rakyat Malaysia pilih Shopee Bursa Malaysia terus catat kenaikan menjelang Belanjawan 2024
RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas mencatatkan kenaikan dua hari berturut-turut berikutan sentimen berhati-hati walaupun prestasi dolar AS agak lemah. Indeks Dolar AS (DXY) merosot daripada setinggi 106.01 mata kepada 105.82 mata meskipun Indeks Harga Pengeluar AS bulan September adalah lebih tinggi daripada jangkaan. Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.7200/7245 berbanding dolar AS daripada penutup Rabu pada 4.7145/7180. Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, hasil Perbendaharaan AS 10 tahun turun sebanyak lapan mata asas kepada 4.58 peratus.