TAHUKAH anda bahawa halia adalah sejenis tumbuhan yang banyak khasiatnya? Selain mengeluarkan angin dalam badan, ia juga berfungsi meningkatkan metabolisme dan membakar kalori kerana sel tubuh harus mengeluarkan tenaga ekstra hingga 20 peratus untuk mengolahnya. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh. Bagaimana caranya? Mudah sahaja. 1) Ambil tiga batang serai dan tiga inci halia (diketuk). 2) Masukkan kesemua bahan tersebut bersama air dalam periuk, masak atas dapur api sederhana. 3) Perlahankan api, masak dalam satu jam hingga air bertukar warna ala-ala teh o. 4) Tunggu sejuk dan sedia diminum. Minum setiap pagi atau malam ya. Selamat mencuba! Sumber Post navigation ‘Bila-bila masa ALLAH boleh ambil nyawa saya’ Beg tangan Carlo Rino tampil dengan warna yang menarik