Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Rekaan kontemporari kurta Buranku
  • ATTRACTION

Rekaan kontemporari kurta Buranku

Helmi Aziz May 23, 2019 3 minutes read
324603.jpg

SELEPAS meniti kejayaan dalam arena lakonan, nyanyian mahupun pengacaraan, Alif Satar kini mencabar dirinya untuk menerokai bidang fesyen pula.

Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar berkata, penat lelahnya berbaloi apabila beliau akhirnya menghasilkan baju raya di bawah jenama Buranku.

Kurta jenama Buranku mendapat sambutan menggalakkan

Kurta jenama Buranku mendapat sambutan menggalakkan

Buranku merupakan perkataan Jepun yang bermaksud kosong.

“Jenama Buranku lebih memfokuskan kepada baju kurta. Terdapat dua jenis kurta iaitu Kurta Maharaja dan Kurta Mandarin (jenis slim fit) yang sesuai dipakai bukan sahaja pada hari raya malah ke mana-mana acara.

“Selain itu, terdapat juga baju Melayu yang masih mengekalkan rekaan tradisional. Fabrik baju Melayu dan kurta Alif menggunakan fabrik jenis German Cotton yang Alif jamin selesa untuk dipakai,” kata Alif ketika ditemui di Sabah baru-baru ini.

Selebriti yang terkenal dengan lagu Akhiri Penantianku itu berkata, pengorbanannya tidak sia-sia.

“Masakan tidak, tempahan awal yang diterima Alif sangat memberangsangkan, itu tidak termasuk jualan di outlet PrimaValet dan pop up store di beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan Singapura,” ujarnya yang mempercayai penangan media sosial banyak mempengaruhi peminat baharu dan lama untuk mendapat koleksi sentuhannya.

Alif memberitahu, sebahagian daripada pembelian pakaian daripada Buranku akan disumbangkan kepada Yayasan Kebajikan Negara.

Anggaran harga untuk sehelai baju Melayu dan kurta bermula pada harga RM109 dan RM119.

Baju Melayu dihasilkan Alif sangat selesa dipakai

Baju Melayu dihasilkan Alif sangat selesa dipakai

Beraya dengan koleksi sendiri

Tidak lengkap rasanya untuk tidak bertanya tentang persiapan Aidilfitri selebriti popular itu.

Alif dalam reaksi segera berkata, menariknya pada tahun ini, beliau akan bergaya dengan koleksi jenamanya sendiri.

“Alhamdulillah, saya akan pakai jenama saya sendiri. Kami sekeluarga sepakat memilih tema warna perak untuk pilihan pakaian pada pagi raya. Warna itu kami pilih selepas isteri dan anak-anak bersetuju,” katanya.

Menyambung bicara, beliau berkata, segala persiapan raya yang lain akan diserahkan kepada isteri tercinta, Shadila Halid lantaran kesibukannya.

Terbaharu, Alif sibuk mempromosikan lagu Sesungguhnya 2019 bersama kumpulan Raihan yang diberi nafas baharu.

Pada lebaran kali ini, beliau akan beraya di Kuala Lumpur bersama keluarganya.

“Pada hari sama, kami akan beraya di Rawang untuk menziarahi keluarga sebelah isteri,” ujar Alif.

Alif bergaya dengan salah satu baju yang dihasilkannya

Alif bergaya dengan salah satu baju yang dihasilkannya

ANEKDOT

NAMA: Muhamamd Alif Mohd Satar/Alif Satar

UMUR:29

ASAL : Kuala Lumpur

HOBI : Berbasikal

KERJAYA : Penyanyi, pemuzik, pelakon, pengacara

STATUS : Berkahwin. Isteri, Sha Dila dan memiliki dua orang cahaya mata, Alisha Anugerah, 4 dan Ariana Mecca, 2

MAKANAN WAJIB DI HARI LEBARAN: Ketupat dengan kari kambing.

RUMAH TERBUKA LEBARAN : Hanya untuk keluarga terdekat dan rakan-rakan.

ANUGERAH PERNAH DIPEROLEH:

1. Anugerah One In A Milion Season 1 – 2006

2. Anugerah Telenovela ‘Dia Semanis Honey’- 2017

3. BOH Cameronian Arts Awards (Anugerah Pelakon Utama Terbaik Dia Semanis Honey The Musical, 2018)

4. Anugerah Bintang Popular Berita Harian, 2017 (Artis Versatil Popular)

5. Era Digital Music Awards, 2018 (Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 40, Sesungguhnya Aku)



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Peserta cilik, ibu bapa sertai World Kids #QuranHour
Next: SAJIAN ISTIMEWA HARI RAYA AIDILFITRI

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.