Reality Club Presents….

Reality Club Presents….

 LAWATAN ASIA

Jakarta, 10 November 2023 –Reality Club akan mengadakan siri jelajah Asia untuk mempromosikan album “Reality Club Presents..” yang telah menang pelbagai anugerah dan juara carta. Siri jelajah ini bermula dari 29 Oktober sehingga 2 Disember 2023. Mereka telah singgah ke Singapura (AXEAN Festival, 29/10),Thailand (Blueprint Bangkok, 3/11), Taiwan (LUCFest, 5/11), Indonesia (Balai Sarbini, 17/11), dan seterusnya ke Malaysia (JioSpace Kuala Lumpur, 1/12), dan Filipina (123Block Manila, 2/12). Selepas lima bulan pelancaran album studio  ketiga ini mereka baru mengadakan jelajah Asia ini untuk bertemu peminat mereka yang menantikan kedatangan mereka.

Selain Malaysia dan Singapura, ini merupakan kali pertama Reality Club melawat negara- negara yang disebutkan di atas dengan harapan mendekati peminat baharu, para penganjur dan juga ahli muzik serantau. Ini juga akan diikuti dengan siri jelajah ke Amerika Syarikat yang masih lagi dalam perancangan, bersama dengan penyertaan yang sudah pun diumumkan di South by Southwest (SXSW) 2024 di Austin, Texas.

TENTANG REALITY CLUB PRESENTS…

Setiap perhubungan terdapat kisah tersendiri seperti di filem-filem, lengkap dengan masalah, saat teratas, detik terindah, pengakhiran baik dan buruk serta kisah yang kadang tergantung. Setiap kisah cinta layak mempunyai runut bunyinya tersendiri dan inilah runut bunyi tersebut. Reality Club Presents… adalah perayaan cinta, pemerhatian terhadap ajnas kisah romantis yang diceritakan dengan genre, pandangan serta rasa unik tersendiri. Ia adalah antologi kisah cinta yang terdiri daripada 10 kisah melintasi perasaan cinta terulung sehinggalah lembah kegelapan jiwa kisah-kisah cinta. Reality Club Presents… merupakan album yang membuat anda berfikir, merasai dan paling penting bertindak.

Album ini menggambarkan seolah-olah setiap lagu ada filemnya tersendiri. Ini dapat dilihat dari permulaan kempen seawal 2021 dengan lagu pertama “I Wish I Was Your Joke”, yang sudah menjadi sinonim dengan karya-karya sesudahnya seperti “You Let Her Go Again”, “Tell Me I’m Wrong”, “Anything You Want”, “Dancing In The Breeze Alone”, dan “Desire”. Setiap lagu ini terdapat video muzik sinematik tersendiri, dengan aneka gimik hebat seperti sidang media di pawagam, sehinggalah studio mainan dengan nama “Reality Club Pictures”. Dalam alam ini, Reality Club merupakan para sutradara, dan lagu-lagu merupakan episodnya.

Album ini didahului dengan lagu “Love Epiphany”, suatu kembara muzikal yang menceritakan bagaimana seseorang boleh hilang segala-galanya dan mengalami segala kepedihan cinta, namun pada waktu yang sama mereka juga mampu memenangi segalanya. Lagu ini menampilkan orkestra Budapest dengan 46 ahli muzik, yang banyak menyumbang dalam album ketiga ini. Ia juga bakal tampil dengan video muzik yang akan dilancarkan pada minggu berikutnya.Album ini telah memenangi Anugerah Musik Indonesia (AMI) 2023 untuk kategori Album Alternatif Terbaik dan Kumpulan Alternatif Terbaik.

TENTANG REALITY CLUB

Sebuah kumpulan indie–rock disuntik dengan gaya tegas serta bait-bait ayat yang ranggi. Itulah Reality Club untuk pengetahuan anda.

Ditubuhkan pada hujung 2016, Reality Club adalah pemenang AMI (Anugerah Musik Indonesia) pemenang Album Alternatif Terbaik dan Kumpulan Alternatif Terbaik (untuk Reality Club Presents…) serta calon untuk Pendatang Baharu Terbaik 2018 selain Kumpulan Alternatif Terbaik untuk tahun 2018, 2020, 2021, dan 2022. Ditubuhkan di Jakarta, mereka terus berkembang dan mencuri perhatian peminat sejak pelancaran karya pertama. Ahli kumpulan terdiri daripada Era Patigo pemain dram, Faiz Novascotia Saripudin vokalis dan pemain gitar, Fathia Izzati vokalis dan keys, serta Nugi Wicaksono pemain bass. Ingin menembusi pentas dunia, mereka sudah beraksi di Asia pada 2019, di Tokyo, Malaysia, Jeddah, Singapura, dan pernah disenaraikan untuk South By Southwest (SXSW) di Austin, Texas, 2020. Mereka juga baru selesai siri jelajah dalam talian, bermain di festival dalam talian untuk UK, Jerman, Singapura, dan USA.

***

Untuk maklumat lanjut hubungi:

Dominion Records & Entertainment

Andreas Pratama

andre@dominionrecs.com

+62 856 9127 1515