Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Raikan perbezaan agama, budaya
  • ATTRACTION

Raikan perbezaan agama, budaya

Helmi Aziz February 21, 2019 3 minutes read
195733.jpg

PENYERTAAN wanita dalam kalangan bukan Islam di negara ini telah mencipta kelainan dan keistimewaan pada acara kemuncak Hari Hijab Sedunia (Malaysia) 2019 yang berlangsung di Restoran Mohd Chan Dim Sum, Bandar Sunway, Petaling Jaya baru-baru ini.

Menariknya, wanita yang berketurunan Cina dan India yang hadir turut mengenakan selendang sebagai tanda sokongan terhadap program itu. Pada masa sama, mereka meraikan perbezaan agama dan budaya di negara ini.

Program anjuran bersama restoran Cina Muslim terkenal, Mohd Chan sebenarnya diraikan serentak di lebih 190 negara.

Pengerusi Jawatankuasa World Hijab Day Malaysia 2019, Sukmawati Budjaza berkata, Hari Hijab Sedunia yang bermula pada tahun 2013 telah diasaskan oleh seorang warga New York, Nazma Khan yang bermatlamatkan mahu menghalang sebarang diskriminasi terhadap wanita bertudung.

“Program ini telah berkembang ke seluruh dunia termasuk ke negara ini sehingga mampu menarik penyertaan wanita bukan Islam untuk memberikan sokongan.

“Sempena tema tahun ini free in hijab, ia memberi peluang kepada kita untuk terus mempromosikan hijab yang sesuai dipakai untuk pelbagai aktiviti,” katanya.

Turut hadir isteri Menteri Besar Selangor yang juga pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor, Masdiana Muhamad dan wakil Restoran Mohd Chan, Datin Aishah Sim.

Kelainan

Wanita bukan Islam nampak ayu mengenakan selendang

Wanita bukan Islam nampak ayu mengenakan selendang

Acara kemuncak tahun ini menampilkan perbezaan apabila jawatan kuasa tampil memberi anugerah Breaking Streotypes & Shattering Boundaries kepada dua wanita hebat.

Mereka ialah Leftenan Maritim, Aida Arzahari dan usahawan, Ummul Khair Afandi di atas kejayaan dan pencapaian mereka.

Berdasarkan rekod, Aida adalah wanita pertama di negara ini yang dilantik sebagai pegawai pemerintah kapal. Manakala Ummul Khair pula seorang usahawan wanita yang berjaya meskipun dilahirkan tanpa kaki.

Pihak jawatan kuasa turut menyampaikan anugerah ‘sahabah’ kepada Bkay Nair (bukan Islam) dan Zulaikha Abdullah (mualaf) kerana sentiasa menyokong aktiviti dan program Hari Hijab Sedunia sejak tahun 2013.

Bagi menghargai sokongan bukan Islam, mereka turut menobatkan top 3 pemenang hijab selfie kepada Lim Kian Ting, Vasuhi Muthiah dan Kong Pei Ying.

Manakala bagi kategori wanita Islam pula dimenangi Siti Nur Afifah Muhad Shah, Nurasyikin Ramli dan Nur Aleeya Khairul Anuar.

Tetap mengekalkan kesopanan meskipun bertudung gaya moden

Tetap mengekalkan kesopanan meskipun bertudung gaya moden

Hormat

Sementara itu, Kian Ting, 52, mengakui, beliau selesa ketika berhijab dan kelihatan sangat anggun dan tampak lebih feminim.

“Ramai beri gambaran bila pakai hijab kita akan rasa panas tetapi bila saya rasai sendiri pengalamannya, ternyata ia berbeza.

“Meskipun saya bukan Islam, namun saya langsung tak rasa segan atau malu untuk memakainya. Bila saya pakai hijab tak bermaksud saya sudah peluk Islam,” katanya yang turut memiliki hijab sendiri yang dibelinya di sebuah pasar raya lima tahun lalu.

Pertunjukan fesyen muslimah

Pertunjukan fesyen muslimah

Ejen hartanah yang kali pertama menyertai Hari Hijab Sedunia itu berkata, kehadirannya pada program itu bertujuan menyokong rakan-rakannya yang beragama Islam.

Sementara itu, Vasuhi, 54, yang merupakan ejen insurans pula mengakui kurang selesa mengenakan hijab ketika kali pertama menyarungnya pada majlis itu.

“Bagaimanapun lama-kelamaan saya rasa selesa dengan fabrik kainnya yang lembut dan tidak panas.

“Meskipun saya beragama Hindu, namun saya tetap menyokong program itu kerana kita perlu menghormati agama, adat dan budaya masing-masing-masing,” katanya.

Bagi Siti Nur Afifah, 28, pula berbeza ceritanya. Beliau yang setia mengikuti program itu sejak tahun 2013 berkata, program Hari HIjab Sedunia Malaysia 2019 banyak manfaatnya apabila turut meraikan wanita yang tidak bertudung dan bertudung termasuk mengajar kaum Hawa untuk menghormati antara satu sama lain.Sempena Hari Hijab Sedunia 2019



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Usahawan muda dalam pembikinan
Next: Ranhill eksport tenaga ke selatan Thailand

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.