#QuranHour For Gaza: Kariah surau berbasikal tanda solidariti

#QuranHour For Gaza: Kariah surau berbasikal tanda solidariti

Pasukan Berbasikal Surau Hamidean Sekysen 19 berkayuh sejauh empat kilometer bagi menjayakan #QuranHour For Gaza di Kumpulan Karangkraf di sini pada Ahad.

Pasukan Berbasikal Surau Hamidean Sekysen 19 berkayuh sejauh empat kilometer bagi menjayakan #QuranHour For Gaza di Kumpulan Karangkraf di sini pada Ahad.

SHAH ALAM – Sekumpulan komuniti di Seksyen 19 di sini menzahirkan sokongan dengan berbasikal secara berkumpulan ke lokasi #QuranHour For Gaza di Kumpulan Karangkraf di sini pada Ahad.

Ketua Pasukan Berbasikal Surau Hamidean, Shamsul Kamar Yakub, 60, berkata, kayuhan sejauh kira-kira empat kilometer itu berjaya direalisasikan sebagai tanda sokongan kepada penganjuran program berkenaan.

“Ini merupakan salah satu cara bagaimana kariah surau meliputi penduduk di sekitar kawasan ini yang prihatin terhadap musibah yang menimpa warga Palestin,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Jelasnya, ini bukan kali pertama mereka berkonvoi bagi menjayakan program anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF).

“Mesej yang cuba disampaikan ialah kami menuntut umat Islam agar bersolidariti dan menginsafi apa yang berlaku.

“Semoga dengan usaha kecil kami ini dapat membuka mata dunia terhadap kekejaman rejim Israel,” katanya.

Shamsul Kamar (kiri) dan Nadzah.

Shamsul Kamar (kiri) dan Nadzah.

Sementara itu, berkongsi perjuangan yang sama, Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Kebajikan Islam (Perkim), Nadzah Hashim, 55, berkata, pengalaman membantu 11 keluarga rakyat Palestin meneruskan kehidupan antara usaha yang dimainkan oleh NGO itu baru-baru ini.

“Program yang dianjurkan di Seremban itu adalah untuk membantu waris yang ahli keluarganya dipenjarakan oleh Zionis tanpa sebab,” katanya.

Tambahnya, selain membuat kutipan, pihaknya turut menjemput bekas tentera Zionis yang telah berubah untuk berkongsi pengalaman dan kisah kezaliman yang pernah dilakukan atas arahan ketuanya.

Sumber