Pusat kecantikan pertama BeauTfix Spa dilancarkan

Pusat kecantikan pertama BeauTfix Spa dilancarkan

KUALA LUMPUR – Syarikat BeauTfix (International) Sdn Bhd (BeauTfix) maju setapak lagi apabila dengan rasminya melancarkan pusat kecantikan pertamanya, BeauTfix Spa dengan membawakan penggunaan produk kosmetik terkenal Ruby-Cell khas dari Korea.

Ketua Pegawai Eksekutif BeauTfix, Nor Atirah Mohd Rahani, 27 berkata, beliau bersyukur dengan perkembangan tersebut yang bakal menjadi satu lagi titik kejayaannya sebagai usahawan kosmetik.

Menurutnya, dengan pembukaan BeauTfix Spa, menjadi platform untuk beliau terus mengembangkan lagi rangkaian produk Ruby-Cell di negara ini termasuk untuk pasaran antarabangsa.

“Besar harapan saya untuk melihat BeauTfix lebih maju lagi selepas ini dengan pembukaan lebih banyak lagi cawangan spa termasuk sehingga ke luar negara. Untuk permulaan kita mencari 10 peserta yang akan dilatih untuk menggerakkan mobile spa.

“Terima kasih kepada keluarga, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan atas sokongan yang tidak berbelah bahagi sehingga menjadikan BeauTfix mampu berada pada tahap ini,”katanya kepada Sinar Harian ditemui sempena Pelancaran BeauTfix Spa di Sri Hartamas, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Nor Atirah yang lebih mesra disapa Eira, berkata sempena pelancaran itu, BeauTfix Spa menawarkan potongan harga sebanyak 50 peratus untuk setiap rawatan yang disediakan di pusat kecantikan itu.

Menurutnya, tawaran berkenaan sah sehingga akhir Jun depan termasuk promosi sempena Sambutan Hari Ibu.

“Untuk pelanggan yang bawa ibu untuk mendapatkan rawatan di BeauTfix Spa, kita tawarkan percuma satu lagi sesi menjadikan kos penjimatan sebanyak 50 peratus,” katanya.

BeauTFix Spa menawarkan rawatan-rawatan yang merangkumi bahagian rambut, muka dan badan antaranya, Skin Hydrating Facial; Stem Cell Protein Extract + Lymphatic Massage; Needle Less Anti Aging Treatment; Lymphatic Drainage Massage; Detox Program dan Lipo Dissolve Treatment.

Turut disediakan rawatan Stem Cell Spray Treatment; Stem Cell Body Treatment; Hair Removal Solution; OPT Facial; LED Light Therapy; Clear Away Acne Facial dan Hydra Peel Facial.

BeauTFix Spa terletak di Unit B2-5, Plaza Damas 3, No. 63, Jalan Sri Hartamas 1, 50480 Kuala Lumpur

Ia dibuka pada hari Selasa hingga Ahad pada jam 10 pagi hingga 8 malam.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *