Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Pusat Islam UPM anjur karnival masjid mulai esok
  • ATTRACTION

Pusat Islam UPM anjur karnival masjid mulai esok

Helmi Aziz April 24, 2019 2 minutes read
283338.jpg

PUSAT Islam Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menganjurkan Karnival Masjid UPM di pekarangan masjid itu di Serdang, Selangor selama empat hari bermula esok.

Pengarahnya, Mat Razi Abdullah berkata, karnival yang dianjurkan dengan kerjasama Jawatankuasa Kariah Masjid UPM buat julung kalinya diadakan sempena 30 tahun kewujudan masjid berkenaan.

Beliau yang juga Nazir Masjid UPM berkata, penganjuran program itu selaras usaha dilakukan pihaknya dalam mengimarahkan masjid sebagai rumah ALLAH SWT yang paling seronok dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat terutama golongan muda.

“Kita ingin mendidik masyarakat untuk memahami peranan sebenar masjid bukan sahaja sebagai tempat ibadah tetapi sebagai sebuah institusi penyebaran ilmu, dakwah dan maklumat yang masih relevan pada zaman moden ini.

“Justeru, karnival itu tidak hanya tertumpu kepada pengisian berunsur dakwah menerusi ceramah agama, seminar, diskusi, forum dan persembahan nasyid. Malah, ia membuka peluang perniagaan kepada pelajar, staf dan ahli kariah di sekitarnya menerusi jualan gerai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah Karnival Masjid UPM, Ustaz Alzashah Iliyyin Zainal Alam berkata, penganjuran program itu bertepatan dengan anjuran Islam yang menggalakkan setiap muslim berperanan dalam memakmurkan masjid.

Menurutnya, konsep terawal masjid adalah tempat untuk beribadah kepada ALLAH SWT, namun, dari masa ke semasa, ia berubah kepada banyak fungsi dan peranan untuk maslahat agama serta umat Islam di seluruh dunia.

“Seperti yang kita fahami bahawa sejak zaman Rasulullah SAW, masjid bukan terhad tempat ibadah semata-mata tetapi merupakan pusat kegiatan dakwah Islam yang luas.

“Memakmurkan masjid mempunyai kesan positif bagi pembinaan masyarakat dalam rangka peningkatan kualiti hidup masyarakat dan negara,” katanya.

Jelasnya, karnival itu juga diadakan sebagai persediaan menyambut kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi.

“Justeru, kami menjemput muslimin dan muslimat untuk bersama-sama menyertai karnival itu dan pada masa, memberi sumbangan kepada aktiviti imarah Ramadan,” katanya.

Antara program menarik sepanjang karnival itu adalah klinik al-Fatihah, forum perdana, persembahan nasyid, pameran haiwan jinak, memanah dan Diskusi Fiqh Puasa.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Ini impak baik dan buruk pembedahan caesarean
Next: Lengkapi Ramadan, Syawal dengan barang Go Shop

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.