BAHAN-BAHAN: 500 mililiter (ml) air 6 gram (g) agar-agar 250 ml susu sejat 1 sudu kecil esen vanila 14 paket kecil pemanis Pal Sweet 50g buah-buahan campuran di dalam tin (dipotong kecil) 50g buah laici (dipotong kecil) 50g nanas (dipotong kecil) 50g Nata de Coco (dipotong kecil) CARA PENYEDIAAN: 1. Didihkan air dan agar-agar. 2. Apabila agar-agar telah larut masukkan susu sejat dan esen vanila. Kacau sebati. 3. Tutup api lalu masukkan Pemanis Pal-Sweet. 4. Kacau rata dan tapis campuran agar-agar tersebut. 5. Selepas itu, letak buah-buahan dan nata de coco di dalam acuan serta tuangkan campuran agar-agar. 6. Biarkan sejuk seketika dan masukkan ke dalam peti sejuk selama tiga jam. 7. Keluarkan puding dari acuan dan sedia untuk dihidang. *Potongan buah-buahan segar adalah mengikut kegemaran anda. *Cadangan hidangan antara empat hingga enam orang Sumber: www.ajinomoto.com.my Sumber Post navigation ‘Kebanyakan orang utamakan rezeki berbanding ibadah’ Racun kimia ancaman pembunuh senyap