Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Projek kereta ketiga bagi mempelajari teknologi kejuruteraan
  • ATTRACTION

Projek kereta ketiga bagi mempelajari teknologi kejuruteraan

Helmi Aziz March 19, 2019 2 minutes read
230188.jpg

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, langkah kerajaan untuk melancarkan projek kereta nasional yang ketiga adalah bagi membolehkan rakyat Malaysia mempelajari dan memahami teknologi kejuruteraan automotif.

Beliau berpendapat bahawa Malaysia “tidak tahu apa-apa” dan kurang pengetahuan berhubung dengan industri kejuruteraan automotif.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Festival GT Asia di Sirkit Antarabangsa Sepang baru-baru ini, Dr Mahathir berkata, rakyat Malaysia berpendapat bahawa kereta nasional kita adalah teruk,dan tidak menyokong rancangan kerajaan untuk melancarkan projek kereta ketiga ini.

“Orang ramai berpendapat kereta kita adalah teruk. Mereka kata jangan beli kereta Malaysia, sebaliknya beli kereta luar. Anda lihat, mereka (rakyat Malaysia) berpendapat mereka sudah tahu segala-galanya termasuk teknologi yang terlibat di sini. Itulah sebabnya mereka tidak mahu kereta ketiga dan berkata ia membazirkan sahaja wang.

“Mereka tidak tahu apa-apa mengenai kejuruteraan automotif. Itu sebabnya kami, pihak kerajaan merancang untuk memperkenalkan kereta nasional ketiga untuk mempelajari teknologi yang terlibat. Anda lihat bagaimana China maju dalam tempoh yang singkat kerana mereka menerima untuk terlibat dalam perniagaan automotif,” katanya.

Dr Mahathir, yang juga memuji penyertaan 70 Proton Saga generasi pertama, yang mengambil bahagian dalam perlumbaan Festival Kelajuan Piala Saga Malaysia, berkata bunyi enjin kereta berkenaan seperti kereta Formula One semasa berlumba.

Perlumbaan itu bagi memberi penghargaan kepada kereta ilham Dr Mahathir yang dilancarkan pada 1980-an iaitu Proton Saga.

Terdahulu, seorang pemandu perlumbaan dari Malaysia, Jazeman Jaafar membawa Dr Mahathir mengelilingi satu pusingan di trek berkenaan dalam kereta elektrik berkuasa tinggi, NiO EP9, yang juga sebuah kereta elektrik terpantas di dunia.

Ketika ditanya mengenai pengalaman duduk dalam NiO EP9, Dr Mahathir berkata beliau amat teruja dan degup jantung saya terasa naik hingga 140 denyut seminit.

Malaysia menjadi tuan rumah Festival GT Asia (di luar China) dari 15-17 Mac, yang menyaksikan lebih 30 kereta GT dari seluruh dunia berlumba bagi merebut hadiah wang tunai berjumlah RM5.45 juta.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Barbie menginspirasi kanak-kanak perempuan sejak 1959
Next: Bagaimana mahu jaga kulit kering ketika musim panas sekarang ini?

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.