Antara pegawai dan anggota polis yang menyertai Malaysia #QuranHour di Surau Ibnu Yaakob IPK Pulau Pinang. GEORGETOWN – Bacaan surah surah al-Fatihah, al-Insan dan al-Asr berkumandang di Surau Ibnu Yaakob Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini sempena Program Malaysia #QuranHour yang dijalankan secara serentak di seluruh negara. Malaysia #Quran Hour 2023 peringkat IPK Pulau Pinang diimarahkan dengan kehadiran Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad. Menurutnya, program diadakan dengan konsep membaca al-Quran, mendalami maksud, bertadabbur dan mengamalkannya. “Malaysia #Quran Hour kali ini mensasarkan objektif meraikan dan menyemarakkan semangat cintakan al-Quran. “Ia juga dapat meningkatkan dan melestarikan semangat berpasukan dalam membentuk jati diri insan al-Abrar serta mengeratkan ikatan silaturahim di kalangan warga kerja PDRM Pulau Pinang,” katanya. Malaysia #QuranHour yang berlangsung di Perpustakaan Awam Pulau Pinang. Sementara itu, program sama turut diadakan di Perpustakaan Awam Pulah Pinang. Kira-kira 100 orang menyertai program yang diadakan di Auditorium Perpustakaan Awam Seberang Jaya. Bacaan bacaan dan tadabbur ketiga-tiga surah dibimbing oleh Ustaz Mohd Aslam Mohd Shukor. Sumber Post navigation Teruja sertai Malaysia #QuranHour, wadah terbaik hayati al-Quran Tempuh perjalanan 250km demi Malaysia #QuranHour
GEORGETOWN – Bacaan surah surah al-Fatihah, al-Insan dan al-Asr berkumandang di Surau Ibnu Yaakob Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini sempena Program Malaysia #QuranHour yang dijalankan secara serentak di seluruh negara. Malaysia #Quran Hour 2023 peringkat IPK Pulau Pinang diimarahkan dengan kehadiran Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad. Menurutnya, program diadakan dengan konsep membaca al-Quran, mendalami maksud, bertadabbur dan mengamalkannya. “Malaysia #Quran Hour kali ini mensasarkan objektif meraikan dan menyemarakkan semangat cintakan al-Quran. “Ia juga dapat meningkatkan dan melestarikan semangat berpasukan dalam membentuk jati diri insan al-Abrar serta mengeratkan ikatan silaturahim di kalangan warga kerja PDRM Pulau Pinang,” katanya. Malaysia #QuranHour yang berlangsung di Perpustakaan Awam Pulau Pinang. Sementara itu, program sama turut diadakan di Perpustakaan Awam Pulah Pinang. Kira-kira 100 orang menyertai program yang diadakan di Auditorium Perpustakaan Awam Seberang Jaya. Bacaan bacaan dan tadabbur ketiga-tiga surah dibimbing oleh Ustaz Mohd Aslam Mohd Shukor.