Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ekspo
  • Pilihan isteri ‘peminta’ atau ‘pencipta’ kebahagiaan rumah tangga sendiri
  • Ekspo

Pilihan isteri ‘peminta’ atau ‘pencipta’ kebahagiaan rumah tangga sendiri

Helmi Aziz November 15, 2019 4 minutes read
494842.jpg

BUAT para isteri yang fobia dengan tindakan suami yang gemar mencari rakan wanita bagi meluahkan masalah setiap kali selepas mereka bergaduh, usah bimbang.

Pakar Perhubungan dan Keintiman, Diyana Tahir berkongsi tip untuk mengatasi kebimbangan tersebut, sekali gus menyemai kepercayaan terhadap suami.

DIYANA TAHIR

DIYANA TAHIR

Menurut beliau, amat penting bagi pasangan suami isteri sentiasa berusaha membina semula rumah tangga demi menyelamatkan kubu perkahwinan.

Ketahuilah, setiap masalah yang hadir dalam rumah tangga akan menjadikan kalian berdua lebih ikhlas mencintai antara satu sama lain.

Antara tip tersebut ialah:

1 Polarisasi dalam hubungan

Hubungan antara lelaki dan wanita adalah unik dan penuh misteri jika dirungkai rahsianya satu demi satu.

Seperkara, ciri maskulin dan feminin pada lelaki dan wanita perlulah seimbang kerana setiap pasangan tidak boleh mempunyai ciri feminin sahaja dan begitu sebaliknya.

Justeru, menjadi satu kemestian untuk kita mengenali pola pasangan masing-masing sama ada mempunyai ciri feminin atau maskulin. Fakta menarik, suami tidak akan memiliki ciri maskulin sepenuhnya kerana kaum Adam juga boleh mempunyai pola feminin.

Berdasarkan masalah itu, nampaknya suami anda terselit ciri feminin memandangkan beliau dikatakan sering mencari wanita lain yang lebih memahami untuk meluahkan perasaan berbanding rakan lelaki.

2 Komunikasi kunci utama

Komunikasi yang jelas dan tidak menyakitkan hati pasangan adalah kunci utama dalam sebuah perkahwinan bahagia dan harmoni.

Tahukah anda salah satu teknik berkesan untuk mewujudkan komunikasi yang baik dan jelas adalah menerusi Teknik Telling The Truth (TTT)? Ia merangkumi empat langkah iaitu berkongsi pemerhatian, perasaan, keperluan dan permintaan.

Teknik TTT memainkan peranan agar ketidakpuasan hati atau kesedihan yang dirasakan dapat disampaikan kepada pasangan secara diplomasi dan jelas tanpa mengguris perasaan suami.

Paling penting kata-kata yang diluah dan disampaikan haruslah dilakukan secara jujur. Sebagai contoh:

“Bila bergaduh dengan abang, sayang jadi fobia. Sebab apabila berlaku situasi ini, saya yakin abang tidak sayangkan saya lagi. Sampaikan segala pengorbanan dan kemaafan atas kecurangan yang abang lakukan jadi sia-sia.

“Apa yang saya perlukan abang bercakap jujur sama ada masih sayangkan saya ataupun sebaliknya?”

Sejurus selepas itu, anda bersedialah mendengar respon suami daripada hatinya yang jujur dan ikhlas.

KOMUNIKASI adalah kunci terbaik dalam mencapai rumah tangga bahagia.

KOMUNIKASI adalah kunci terbaik dalam mencapai rumah tangga bahagia.

3 Buat pilihan

Apa sahaja yang berlaku antara anda dan pasangan, anda sentiasa mempunyai pilihan. Pilih sama ada ingin terus menjadi ‘peminta’ atau ‘pencipta’ kebahagiaan rumah tangga sendiri.

Sebahagian besar individu apabila berdepan konflik mereka yang menunggu pasangan mengubah segalanya, tanggungjawab mencipta bahagia diserahkan kepada suami. Sekiranya gagal, para suami juga yang dipersalahkan.

Sehubungan itu, golongan isteri sekalian adalah lebih baik anda memulakan segala perubahan dan menjadi insan yang berperanan mencipta kebahagian sendiri dan rumah tangga bersama suami.

Percayalah setiap perkara positif yang dilakukan secara tidak langsung mencetuskan kebahagiaan anda sekeluarga.

4 Kenali corak pasangan

Setiap individu mempunyai corak diri berbeza. Justeru, kenali corak diri pasangan anda dan mengenal pasti sama ada corak berkenaan mendatangkan kebaikan atau sebaliknya?

Salah satu corak corak diri pasangan yang negatif adalah dengan melarikan diri dari konflik atau berdiam diri tanpa berbuat apa-apa.

Sekiranya anda dan pasangan mempunyai corak ini, ketahuilah impaknya amat tidak sihat untuk hubungan suami isteri.

Sikap sedemikian tidak mendatangkan penyelesaian, sebaliknya mengundang parah.

Jika dibiarkan berterusan bimbang memberikan impak negatif dan meletakkan anak anda sebagai mangsa keadaan.

5 Pendengar yang baik

Menjadi pasangan yang baik tidaklah sesukar mana. Ia semudah menjadi pendengar setia. Sekiranya suami meluahkan perasaan atau bercerita cuba untuk mendengar dan mengulas yang difahami.

Langkah ini sebenarnya membuatkan pasangan merasakan anda memberi perhatian penuh, memahami dan menyayanginya.

Dalam pada itu, bertanyakan kepada pasangan apakah harapannya terhadap anda?

Kebiasaannya, lelaki mudah berterus-terang dan terbuka kerana anda memberi ruang untuknya meluahkan.

Jika anda berdua saling memahami dan menyayangi, tiada alasan untuk pasangan mencari orang lain yang dikatakan memahami jiwa. Sebagai isteri, anda sudah memiliki kunci utama cintanya.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Lebih 800 sertai Malaysia #QuranHour di Johor
Next: Footbraille khas untuk orang buta

Related Stories

09
  • Business
  • Celebration
  • Collabration
  • Ekonomi
  • Ekspo
  • Gadget
  • Gaya Hidup
  • Industri Kreatif
  • music
  • News
  • Product Launch

vivo V70 FE First Sales Roadshow Janji Pengalaman Interaktif dan Persembahan DOLLA

Syahir Izani April 15, 2026
1000250427
  • Automotive
  • Business
  • Ekspo
  • Event
  • Innovation
  • Launching

SIRIM-Certified ASTRA Reinforces Bateriku’s Commitment to Quality with the Opening of Its Quality Lab

Helmi Aziz August 8, 2025
2
  • Awards
  • Ekspo
  • Music

Universal Music Malaysia Raikan Ikon Muzik di Hall of Fame, Pavilion Malaysia, Ekspo 2025 Osaka, Japan

Helmi Aziz May 14, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.