Persona ‘facelift’ lebih elegan

SELEPAS Iriz, Proton kini telah mendedahkan beberapa gambar terawal model Persona edisi facelift yang bakal dilancarkan ke pasaran tempatan. Model ini dijangka dilancarkan tahun ini, bersama dengan Iriz yang telah pun mula didedahkan awal Februari lalu.

Model ini juga antara yang pertama mendapat sentuhan kemasan ketara bahagian luaran hasil kerjasama di antara Proton dan Gelly sejak 2017. Pembaharuan luaran Persona nampaknya agak ketara mengikut sentuhan rekaan yang diwarisi daripada SUV X70 dan juga Iriz.






Ruang dalam menyaksikan pembaharuan yang sama seperti diterima oleh Iriz, termasuk paparan multi-info dengan warna pada panel instrumen.

Ruang dalam menyaksikan pembaharuan yang sama seperti diterima oleh Iriz, termasuk paparan multi-info dengan warna pada panel instrumen.

Pada bahagian depan, gril baharu memberi penampilan segar, dengan pendekatan rekaan yang sama pernah dilihat pada model X70 sebelum ini dan nampak lebih kemas serta menonjol berbanding pada Iriz. Lampu LED daytime running lamps (DRL) dikemaskan dengan kehadiran bampar baharu bersama latar belakang bercorak ‘sarang lebah’ dan ruang kemasukan udara tampil lebih elegan pada posisi lebih rendah.

Bahagian bampar Persona juga turut menerima rekaan yang dikemas kini. Perhatikan bahagian bawah bamparnya, kini dilengkapi oleh bukaan udara serta bahagian dalam bentuk trapezoid dengan tujuan yang sama.

DRL LED pula ada terletak di kedua-dua belah sisinya. Bahagian ruang dalaman selain skrin sesentuh berwarna, Persona turut bakal menerima sambungan aplikasi terkini melalui sistem fungsi arahan suara dibangunkan Proton dan ECARX adalah yang pertama dalam segmennya.



Sumber

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *