Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Pencinta rumah antik
  • ATTRACTION

Pencinta rumah antik

Helmi Aziz February 11, 2019 3 minutes read
179615.JPG

“BARANG-BARANG antik kita boleh lihat, simpan dan jaga dengan baik kerana ia tidak akan berubah. Namun, rumah-rumah lama jika tiada usaha mempertahankannya ia akan pupus. Anak cucu-cicit kita tidak akan tahu asal-usul nenek-moyang mereka yang dahulunya pernah tinggal di dalam rumah begitu cantik dan berseni,” luah Prof Madya Dr Muhammad Pauzi Abd Latif ketika memulakan bicaranya bersama Oh Lelaki! baru-baru ini.

Sebagai seorang pencipta dan pembaik pulih rumah-rumah lama, Dr Muhammad Pauzi memiliki lesen konservator daripada Jabatan Warisan Negara, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Ia membolehkan beliau diperakui sebagai konservator berdaftar bagi kerja-kerja pemuliharaan tapak atau bangunan warisan sejarah.

“Barangan antik atau lama ini adalah ‘tingkap’ untuk kita melihat masa lampau. Tidak ada dahulu, tiadalah sekarang. Ia melambangkan identiti dan jati diri warisan kita,”

Ditanya bagaimana obsesinya memelihara dan memulihara rumah lama berputik, beliau berkata, semuanya tercetus selepas melihat banyak kediaman terbiar begitu saja dan akhirnya rosak dimakan anai-anai. Malah ada yang terpaksa dirobohkan untuk memberi laluan membina rumah batu. Lantas, kata Dr Muhammad Pauzi, beliau mengambil inisiatif membeli daripada tuannya dan memasang seperti sedia kala. Usaha ini memberi peluang kedua terhadap rumah ini untuk ‘hidup’ kembali. Ia satu hobi yang membuatkan dirinya gembira, akuinya.

“Pada permulaannya, saya memasang rumah yang dibeli di tanah pusaka milik isteri di Negeri Sembilan. Daripada sembilan rumah yang dibeli, hanya lima buah yang berjaya dipasang. Rumah-rumah antik ini kemudian dijadikan sebagai rumah untuk pembelajaran dan kajian mereka yang berhajat,” cerita beliau yang mula mengumpul dan membaik pulih rumah sejak tahun 2009. Pun demikian, Dr Muhammad Pauzi tidak dapat menafikan aura arwah datuknya, Abd Samad Majid, yang mempunyai perusahaan membina sampan dan tukang rumah di Hulu Klang sangat mempengaruhinya.

“Mungkin itu salah satu sebab saya berada dalam bidang ini (memulihara rumah),” katanya tertawa kecil.

Dengan bakat ditambah dengan minat, Dr Muhammad Pauzi berkata, orang ramai mula menggunakan khidmatnya untuk memulihara rumah-rumah antik idaman kalbu.

Sebanyak 18 buah rumah berjaya dipasang di tapak baharu (di bawah milikan tuan rumah yang menghargai warisan lama ini).

Antaranya empat rumah lama yang dibina di UPM iaitu rumah Negeri Sembilan, Perak, Terengganu dan Pahang. Beberapa buah rumah dalam kalangan pencinta rumah antik seperti Tan Sri Dr Rais Yatim yang memiliki rumah Negeri Sembilan yang berusia 1,875 tahun.

Penghuni misteri

Rumah lama pasti dikaitkan dengan alam ghaib. Bagi Dr Muhammad Pauzi, sebagai manusia kita perlu percaya ada makhluk lain dicipta ALLAH. Jadi, benda-benda pelik seperti itu biasa akan terjumpa tatkala berkunjung ke rumah lama yang berkurun tidak dihuni. Apatah yang terletak di kawasan hutan.

Orang dahulu katanya, bukan sekadar membina rumah, tetapi rumah itu diberi semangat. Mereka terkenal sebagai hebat mampu membina pendinding rumah untuk menjaga ancaman luar apabila mereka tidak ada di rumah, ujar beliau.

“Untuk berhadapan dengan perkara itu, saya akan panggil orang yang ada ilmu untuk membuangnya. Kita tidak mahu apabila kita memindahkan rumah, turut membawa ‘makhluk’ ini sekali. Arwah datuk saya pernah berpesan, ‘bercakaplah dengan mereka, mereka bukannya tidak mendengar’. Jadi, saya berpegang kepada nasihat itu. Niat saya ikhlas untuk memberi peluang kepada rumah itu ‘hidup’. Dengan hajat yang baik itu, insya-ALLAH, ‘mereka’ akan keluar dengan cara baik,” ceritanya.

Menurut Dr Muhammad Pauzi, kebiasaan rumah-rumah lama ini diperoleh dengan mencarinya dan hasil laporan orang ramai, ada rumah lama tidak dihuni lagi. Turut dibantu oleh laman sosial dan kumpulan WhatsApp.

NAMA: Prof Madya Dr Muhammad Pauzi Abd Latif

UMUR: 53

JAWATAN TERKINI: Pengarah Muzium ISTAC (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)

JUMLAH KOLEKSI : 5 rumah antik Negeri Sembilan dan sebuah rumah antik negeri Melaka.

OBSESI LAIN:Mengumpul semua barangan antik.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Nikmati resipi rendah garam yang lazat!
Next: Dana asing RM138.6j masuki pasaran ekuiti minggu ini

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.