Pemilik X70 anjur pemanduan ke China

Pemilik X70 anjur pemanduan ke China

SEMBILAN pemilik Proton X70 memulakan misi pemanduan pada 26 Februari lalu dengan merentas empat negara dan 13 bandar dengan jarak perjalanan sejauh 13,000 kilometer.

Destinasi mereka ialah di Hangzhou, China iaitu bandar yang paling ramai penduduk di Wilayah Zhejiang dan merupakan pusat bandar utama bagi rakan kongsi Proton, Geely. Diketuai oleh Pasukan Borneo Automobile Leisure Touring dan Kunming Scenery-Customer International Travel Co. China, aktiviti ini turut mendapat sokongan Proton.

Syarikat menetapkan hentian di sepanjang laluan peserta di lokasi-lokasi cawangan pengedar dan pusat servis Proton untuk mengalu-alukan para peserta yang mengambil bahagian. Dimulakan dengan sesi pelepasan di Pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam, keseluruhan perjalanan yang disertai 33 peserta itu akan mengambil masa kira-kira 33 hari untuk sampai ke destinasi yang telah ditetapkan. Titik separuh perjalanan ini adalah di Hangzhou.

Di sini, peserta akan berpeluang melawat ke Pusat Pengalaman Geely dan mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana Geely berubah menjadi salah satu syarikat automotif yang paling berkembang maju.

Mereka juga berpeluang untuk melihat model-model terbaharu jenama itu. Bagi Proton, perjalanan ini dilihat sebagai satu peluang untuk mempamerkan Proton X70 kepada pembeli di pasaran luar negara terutamanya di negara Asean yang merupakan kunci utama bagi percambahan jualan pada masa hadapan.

Ia juga akan membuktikan bahawa model SUV ini mampu dipandu dalam pelbagai persekitaran yang berbeza dan keadaan-keadaan jalan raya ketika ia bergerak dari Malaysia ke China.

Bercakap semasa sesi pelepasan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Radzaif Mohamed berkata, walaupun ini adalah inisiatif tertutup, Proton dengan sukacita menawarkan sokongannya sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan.

“Proton X70 telah diterima baik oleh rakyat Malaysia. “Kami berharap dengan memperlihatkan keupayaan model ini kepada pembeli kereta serantau, kami dapat meletakkan asas bagi kejayaan jualan eksport pada masa akan,” kata beliau.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *