Pek percuma Shell Helix HX8 untuk pelanggan online

SHELL Malaysia Trading Sdn Bhd melancarkan Shell Helix HX8 baharu, minyak enjin sintetik sepenuhnya yang premium dan bermutu tinggi di Malaysia.

Minyak ini menawarkan kawalan deposit dan kestabilan kelikatan suhu tinggi 58 peratus lebih baik.

Ia juga memberi perlindungan lebih bagus terhadap hakisan (78 peratus) dan kehausan (40 peratus) dalam keadaan pemanduan berhenti dan bergerak di bandar.

Hasilnya, pemilik kereta dapat menikmati jangka hayat enjin yang lebih lama dengan penjimatan bahan api dipertingkatkan serta selang masa penukaran minyak hitam yang lebih panjang dan kos penyelenggaraan lebih rendah. Shell Helix HX8 baharu boleh didapati dalam dua pilihan kelikatan untuk memenuhi keperluan pasaran Malaysia.

Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, May Tan melahirkan keyakinan beliau bahawa rakyat Malaysia akan mengagumi kehebatan nilai Shell Helix HX8 yang baharu berbanding jenama lain di pasaran.

“Shell Helix HX8 yang baharu menawarkan prestasi minyak enjin sintetik sepenuhnya yang premium agar para pemilik kereta boleh memberikan produk yang terbaik untuk kereta mereka tanpa kompromi,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sempena meraikan pelancaran, sebanyak 888 pek Shell Helix HX8 disediakan secara percuma untuk para pemilik kereta yang mendaftar secara dalam talian. Tiada pembelian diperlukan dan pemenang bertuah akan menerima kod promo menerusi SMS.

Untuk maklumat lanjur, layari www.shell.com.my/helix atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan Shell 1300 88 1808.



Sumber

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *