Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Panduan pengambilan kurma pada bulan Ramadan
  • ATTRACTION

Panduan pengambilan kurma pada bulan Ramadan

Helmi Aziz May 21, 2019 2 minutes read
1558436037_294630.jpg

ISNIN ini, insya-ALLAH, umat Islam seluruh dunia dijangka akan mula menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan.

Pastinya, ketika ini, ramai yang sudah membuat persiapan untuk menyambut kedatangan penghulu segala bulan itu.

Selain mempersiapkan diri kita untuk meningkatkan amal ibadah pada bulan Ramadan, sudah tentu kurma antara yang tersenarai sebagai hidangan yang wajib ada, bukan?

Rasulullah SAW sendiri berbuka puasa dengan beberapa biji kurma sebelum baginda menunaikan solat.

Ia sebagaimana hadis: “Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji kurma sebelum sembahyang. Sekiranya, tiada kurma, maka baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka, baginda meminum beberapa teguk air.” (Riwayat Ahmad)

Namun, apa pula pandangan pakar pemakanan tentang khasiat pengambilan kurma dalam bulan Ramadan?

Menurut Pakar Pemakanan di Avisena Specialist Hospital, Siti Nurhayati Ali, kurma sebenarnya menyumbang tenaga serta-merta kepada mereka yang memakannya apatah lagi, selepas 12 jam berpuasa.

SITI NURHAYATI

SITI NURHAYATI

“Ia akan memudahkan seseorang beribadah dan menunaikan solat Maghrib dan tarawih.

“Pengambilan kurma yang terbaik adalah daripada kurma yang segar,” katanya kepada Sinar Islam.

Beliau turut memberikan panduan kepada kita tentang pengambilan buah kurma sepanjang bulan Ramadan.

“Bagi orang dewasa yang sihat, boleh mengambil tiga biji kurma semasa berbuka dan bersahur.

“Bagi yang ingin menjaga pengambilan kalori atau bagi pesakit kencing manis yang terkawal kandungan gula dalam darah mereka, hanya satu biji kecil kurma disarankan semasa berbuka dan satu biji lagi sewaktu bersahur,” ujar beliau.

Namun, beliau mengingatkan masyarakat agar tidak mengambil kurma secara berlebihan iaitu lebih daripada 10 biji sehari.

Jelasnya, tiga biji kurma sebenarnya dikira sebagai satu hidangan buah-buahan kerana mengandungi 15 gram gula iaitu bersamaan satu pertukaran karbohidrat.

“Mengikut Piramid Makanan Malaysia, keperluan pengambilan buah-buahan adalah dua hidangan setiap hari.

“Namun, masyarakat disarankan mengambil satu hidangan kurma dan satu hidangan buah-buahan yang lain sebagai kepelbagaian sumber vitamin dan mineral,” katanya.

Dari segi khasiatnya, Siti Nurhayati berkata, kurma tinggi kandungan nutrisi dan sumber kalium (potassium) yang bagus untuk menyeimbangkan kadar elektrolit tubuh, menormalkan degupan jantung dan tekanan darah.

“Kandungan kalium yang tinggi menyebabkan buah ini bagus jika dimakan oleh pesakit jantung.

“Namun, ia tidak sesuai bagi pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang atau dialisis,” katanya.

Siapa yang bagus mengambil buah ini? Jawab Siti Nurhayati, ia bagus diambil oleh ahli sukan untuk mengelakkan kekejangan otot dan mengembalikan tenaga dengan cepat.

“Ibu mengandung disaran mengambil kurma untuk pembentukan darah kerana kaya dengan zat besi. Kurma juga sesuai selepas bersalin,” katanya.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Pek percuma Shell Helix HX8 untuk pelanggan online
Next: Tip cergas di pejabat semasa berpuasa

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.