Blog

  • PELANCARAN RASMI TELEFON PINTAR FLAGSHIP TERBAIK DI MALAYSIA, REALME X2 PRO

    PETALING JAYA, 2 December 2019 – realme sebagai jenama telefon pintar terpantas berkembang di dunia bagi tahun 2019, diperakui kajian Counterpoint secara rasminya hari ini melancarkan telefon pintar kelas flagship atau high end dengan ciri-ciri premium iaitu realme X2 Pro. Kini,
    rakyat Malaysia mempunyai akses kepada model with 64MP Hawk-Eye Quad Camera menggunakan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 855 Plus, iaitu yang terpantas bagi mana-mana telefon Android.
    “Kami begitu gembira berpeluang melancarkan peranti hebat seperti realme X2 Pro di Malaysia.
    Sejak dua bulan yang lalu, kami telah mendengar daripada rakan-rakan, media dan peminat realme yang mereka inginkan telefon pintar yang paling berbaloi dan terbaik – realme X2 Pro.


    Peranti berkelajuan penuh ini adalah hasil dari slogan Dare to Leap kerana kami yakin dalam menawarkan servis dan akses terbaik kepada pelanggan,” kata Tiffany Teh, Pengurus Jenama realme Malaysia. Tambahnya, “Tampak muda dan bergaya, inilah reka bentuk dan penampilan yang ditonjolkan pada model ini sekaligus memberi nafas baharu kepada gaya penggunanya. Kami yakin, realme X2 Pro adalah pilihan yang tepat buat mereka yang inginkan kepantasan dan prestasi tiada bandingan pada tanda harganya”.

    realme X2 Pro – The Full Speed Flagship
    Sejak hari pertama, realme telah berjaya memenuhi keperluan teras pengguna muda menerusi pembangunan teknologi, inovasi dan pengalaman yang berterusan. Kali ini, prestasi realme X2 Pro telah ditingkatkan sepenuhnya dengan pemproses okta Snapdragon 855 Plus yang memaparkan proses 7nm dan Adreno 640 GPU. Ini membolehkan pemproses mengerjakan 15% graphic rendering yang lebih cepat berbanding Snapdragon 855. Ia menjamin kualiti visual sebenar dan pengalaman permainan 3D yang lebih baik.
    Dari segi hayat bateri, realme X2 Pro tampil dengan bateri berkapasiti 4000 mAh selain menyokong teknologi penyejukan AI yang membantu untuk mengesan aplikasi yang tidak digunakan dengan kerap dan menghentikan mereka daripada beroperasi, bahasa mudah ianya menjimatkan bateri.
    realme X2 Pro juga dilengkapi teknologi 50W SuperVOOC Flash Charge melalui sambungan USB-C yang mana bateri boleh meningkat daripada 0% ke 100% dalam masa 35 minit sahaja. Kelajuan pengecasan ini dilindungi oleh sistem cip lima teras pintar yang menyediakan pemantauan masa nyata arus elektrik. Selain itu, model ini ditambah baik dengan ciri Dolby Atmos Dual Stereo Speakers untuk penghayatan bunyi permainan video dan tontonan filem on-the-go yang berkualiti tinggi. Menarik bukan?

    (more…)
  • Lengkapkan percutian dengan produk HUAWEI dari hanya RM8.97 sehari! Menarik kan…

    Lengkapkan percutian dengan produk HUAWEI dari hanya RM8.97 sehari! Menarik kan…

    Hujung tahun ini kalau dapat pergi bercuti di mana-mana destinasi sama ada dalam atau luar negara mestilah best. Sebab semua orang pun sedang dalam mood bercuti, jadi tak adalah kita sahaja yang duduk sengal dalam pejabat sedangkan kawan-kawan yang lain post gambar mereka sedang bersuka ria.

    Ada yang posing tepi pantai, ada yang makan best-best dan ada yang dalam kelab hiburan. Gambar dan video mereka pula cukup cantik. Jadi bila tengok tu rasa sakit hati juga. Kita pun nak bercuti, ada gambar dan video yang cantik untuk post di Facebook dan Instagram.

    Bagi yang sedang merancang untuk bercuti, inilah masa yang ditunggu-tunggu sebab HUAWEI sekarang sedang buat promosi HUAWEI Together 2020 Travel Package. Pakej ini cukup jimat sebab kita akan dapat empat (4) barang HUAWEI dengan harga ansuran hanya RM22.13 sehari sahaja.

    Apa yang ditawarkan dalam HUAWEI Together 2020 Travel Package?

    HUAWEI Mate 30 series

    Mula-mula adalah telefonnya iaitu HUAWEI Mate 30 series yang akan memastikan kita dapat sentiasa berhubung dengan sesiapa sahaja, di mana sahaja. Jadi walaupun sedang bercuti, kita tidak akan ketinggalan berita-berita hot dalam dan luar negara. Masih boleh bergosip.

    Mate 30 Pro ini mempunyai Kirin 990 yang lebih berkuasa. Sensor SuperSensing RYYB dan Cine Camera RGGB 3:2 yang digunakan bukan sahaja besar dari segi saiz megapixel malahan saiz fizikalnya sendiri. Dengan saiz sensor 1/5.4″ dan 1/1.7″, ia adalah jauh lebih besar berbanding pesaingnya.

    Selain itu, HUAWEI SuperCharge juga memudahkan kita untuk caj telefon dengan cepat dan tahan lama. Tak perlulah risau jika asyik nak caj sahaja.

    Tidak rugi anda memiliki HUAWEI Mate 30 series ini kerana kelebihan kameranya akan menghasilkan gambar yang cantik dan video yang menarik.

    Dah alang-alang bercutikan, mesti nak post gambar lawa-lawa di Instagram dan Facebook. Boleh juga simpan jadi kenangan. Jadi, tak perlu buang masa edit gambar guna filter atau app, gambar original sahaja sudah cantik.

    Harga normal Mate 30 Pro ditawarkan adalah RM3,899.00

    HUAWEI Tablet M6

    Bila dah ada telefon Mate 30 Pro, lengkapkan pula dengan HUAWEI Tablet M6. Barulah ngam.

    HUAWEI Tablet M6 ini adalah tablet dengan spesifikasi yang hebat seperti dijana Kirin 980, GPU Turbo 3.0, skrin 2K HD dan merupakan pertama di dunia yang menggabungkan Dolby Atmos dan Dolby Vision bersama pembesar suara Harmon/Kardon.

    Audio dan kesan khas video adalah di peringkat kelas pertama. Begitu juga dengan bunyinya yang dikatakan terbaik dalam seluruh jenama tablet seiring dengannya.

    Sementara tunggu flight, boleh lah main games dulu. Kalau berehat tepi swimming pool atau pantai, boleh juga tonton YouTube. Percutian pasti lebih santai dengan adanya HUAWEI Tablet M6.

    Jadi dengan ciri-ciri ini kita boleh bermain game sampai lebam. Puas hati sangat ni.

    Harga HUAWEI Tablet M6 ditawarkan adalah RM1,899.00

    Gentle Monster x HUAWEI Eyewear

    HUAWEI memang tahu cara travel yang sebenar. Tak lengkap tanpa cermin mata Gentle Monster x HUAWEI Eyewear.

    Kaca mata pintar ini adalah hasil kerjasama dengan Gentle Monster. Paling best terdapat fungsi pintar iaitu kita boleh boleh menerima atau menamatkan panggilan hanya dengan cermin mata. Wow sangat macam James Bond.

    Selain itu, ia juga membolehkan orang yang memakainya memainkan atau menghentikan lagu kegemaran jika kita nak buat aktiviti lain. Ia juga mengawal sokongan gestur, pengecasan nirwayar dengan kerangka pengecasan khas yang disertakan.

    Sudah la nampak bergaya bila pakai cermin mata ni, lepas tu ada muzik sekali. Barulah syiokk!

    Harga Gentle Monster x HUAWEI Eyewear ditawarkan adalah RM1,599.00

    HUAWEI FreeBuds 3

    Untuk melengkapkan lagi pakej HUAWEI ini turut disertakan adalah HUAWEI FreeBuds 3 iaitu fon telinga tanpa wayar yang cukup menarik. Kita nak bercuti, mahukan ketenangan jadi kadang kala kita perlukan suasana yang sunyi tanpa gangguan atau bunyi bising.

    HUAWEI FreeBuds 3 rekaannya lebih ringkas dan selesa dipakai walau dalam jangka masa yang lama. Ia memberikan penyelarasan audio yang seimbang dan baik pada kedua-dua telinga anda.

    Ia juga mempunyai dua saluran unik supaya kita tidak merasa kelewatan bunyi apabila menggunakannya.

    HUAWEI FreeBuds 3 juga memberikan pengalaman bunyi yang selari dan memang real.

    Ciri paling menarik pada HUAWEI FreeBuds 3 adalah sokongan untuk pembatalan bunyi aktif bagi menghilangkan bunyi latar dan pada masa yang sama meningkatkan output suara ketika panggilan mahupun mendengar muzik.

    HUAWEI FreeBuds 3 turut mempunyai kesan stereo baik, kualiti bunyi yang jelas dan latensi ultra rendah.

    Jadi kalau nak pergi bercuti ke, pergi hiking ke, membeli-belah ke, pakai je HUAWEI FreeBuds 3 ni, pasti lebih mudah guna fon tanpa wayar.

    Harga normal ditawarkan HUAWEI FreeBuds 3 adalah RM679.00

    Jom dapatkan HUAWEI Together 2020 Travel Package

    HUAWEI Together 2020 Travel Package ini, dengan empat (4) barang, anda hanya perlu membayar sebanyak RM22.13 sahaja. Menarik!

    Anda dapat telefon HUAWEI Mate 30 series serba canggih, HUAWEI Tablet M6 yang unik, Gentle Monster x HUAWEI Eyewear yang stailo dan HUAWEI FreeBuds 3 yang versatil.

    Terima kasih HUAWEI kerana mencipta teknologi yang super power dan memudahkan dunia digital tanpa sempadan.

    Jadi, apa tunggu lagi… produk Smartlife HUAWEI ini sesuai untuk semua gaya hidup dan keperluan yang berbeza. Apa yang menarik, tawaran pakej ini boleh dibeli secara berasingan.

    Jadi, dengan pelan ansuran ini akan memudahkan rakyat Malaysia memiliki apa sahaja produk keluaran HUAWEI.

    Untuk maklumat lanjut dan sebarang pembelian boleh layari huaweitogether2020.3ex.com.my

    Sumber

  • Jom JUMPA @ Sungei Wang!

    Jom JUMPA @ Sungei Wang!

    Sungei Wang Plaza yang telah tersergam lebih 40 tahun telah berubah. Kalau tengok di luar kelihatan sama namun cuba masuk ke dalam plaza tersebut. Satu blok tambahan (annex) telah total transform.Blok tambahan ini ada enam tingkat. Terdapat lebih daripada 100 buah kedai dalam blok. Setiap level ada konsep yang tersendiri.

    Terdahulu ada terdapat pasaraya Parkson disitu. Kawasan itu telah diubahsuai ruang niaga yang baharu dan lebih banyak kedai dan pelbagai pilihan untuk membeli-belah. Ada butik pakaian, spa kecantikan, pakaian berjenama dan taman permainan interaktif.

    Antara kedai yang terdapat di Jumpa @Sungei Wang seperti Anta, Skechers, Love, Bonito, Boundlezz, Puma dan Outside. Jenama besar juga terdapat di situ seperti Giant, MR DIY dan Daiso.

    Di JUMPA @ Sungei Wang banyak kafe Dan restoran yang boleh menjadi tempat untuk chill dengan kawan-kawan. Daya penarik Jumpa Sungei Wang di ruang pasar Little Asia yang mengetengahkan unsur warisan dengan jubin bercetak gaya Peranakan. Konsep moden dan suasana yang santai sangat sesuai dengan gaya hidup masa kini yang menyukai  ambience yang menarik dan ada kelainan.

    Januari 2020 nanti akan dibuka premis baru iaitu MinNature. Tempat tersebut merupakan lokasi pameran miniatur cetakan 3D yang terbesar di Malaysia. Antaranya rekabentuk miniture rumah kayu, istana, dan banyak lagi. Pelancong luar negara amat sesuai berkunjung ke MinaNature kerana dapat melihat secara menyeluruh seni, budaya dan corak kehidupan rakyat Malaysia dalam satu bumbung.

    Terdapat kawasan Main Creative Hub di JUMPA. Tempat ini diwujudkan untuk penggiat seni dan usahawan untuk mempamerkan hasil kerja mereka. Ada yang menganjurkan kelas jahitan, bengkel melukis dan menjual aksesori serta kraftangan

    Bagi yang nak merasa aktiviti sukan indoor dan aktiviti rekreasi bolehlah berkunjung ke Camp5 yang merupakan gimnasium sukan memanjat dalam bangunan yang moden di Asia. Gaya hidup sihat dan aktif amat penting dan seiring dengan hidup penuh cita rasa dan bergaya.

    Banyak lokasi dan sudut di Sungei Wang yang instagrammable. Apalagi, jom serbu Sungei Wang Plaza untuk membeli-belah, bersenam, bergembira atau berehat.

  • Tahu apa itu driver komputer?

    Tahu apa itu driver komputer?

    ADAKAH anda tahu fungsi driver terhadap komputer selama ini?

    Bukan sahaja berfungsi sebagai pemacu sesuatu hardware, fail driver juga membantu menghubungkan hardware dengan windows.

    Masih keliru dengan peranan driver? Pensyarah Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran Unisel Kampus Bestari Jaya, Muhammad Fairuz Abd Rauf ada panduan berkaitan.

    Saksikan perkongsian tip menarik untuk mengetahui lebih mendalam mengenai peranan penting driver dalam sesebuah komputer. Selamat mencuba!

    Sumber

  • TNF-MMTF 2019 sukan lasak wanita, lelaki

    TNF-MMTF 2019 sukan lasak wanita, lelaki

    NORTH Face Malaysia Mountain Trail Festival 2018 (TNF-MMTF 2018) antara sukan lasak yang berjaya menghimpunkan peserta lelaki dan wanita dari pelbagai negara.

    Selepas memperoleh sambutan memberangsangkan tahun lalu, kini TNF-MMTF acara berlari di dalam hutan kembali dengan semangat baharu di Taiping, Perak bermula pada 13 hingga 15 Disember ini.

    TNF-MMTF 2019 bakal menyaksikan lebih daripada 1,900 pelari dari 27 negara bersaing ‘menerokai’ laluan mengikuti kategori jarak dipertandingkan.

    Kategori tersebut terdiri daripada jarak 10 kilometer (km) dan 25km termasuk cabaran ultra sejauh 55km dan 84km. Kesemua laluan berkenaan diiktiraf International Trail Running Association (ITRA).

    Wakil penganjur TNF-MMTF, Ewegene Tan berkata, penganjuran sukan lasak terbabit secara tidak langsung mempromosi negeri Perak khususnya Taiping.

    Sebelum ini, Taiping dinobatkan sebagai bandar ketiga terbaik dunia bagi kategori Anugerah 100 Destinasi Lestari Terbaik Dunia pada Anugerah Peringkat Antarabangsa Bagi Pelancongan Lestari Dunia 2018 di Berlin, Jerman.

    “Melihat jumlah penyertaan semakin meningkat, ia membuktikan rakyat Malaysia semakin cenderung mengamalkan gaya hidup sihat,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Femina baru-baru ini.

    Sumber

  • Menyimpan wuduk dalam keadaan bermekap

    Menyimpan wuduk dalam keadaan bermekap

    MENJADI kelaziman wanita untuk mengoles mekap pada wajahnya biarpun hanya sekadar menyapu bedak bayi dan secalit gincu bibir apabila hendak ke mana-mana.

    Ya, manusia secara fitrahnya memang sukakan kecantikan.

    Keayuan itu akan semakin terserlah apabila kita sentiasa dalam keadaan berwuduk.

    Namun, bagaimanakah wanita yang bermekap mahu mengekalkan wuduknya?

    Segmen Soal Jawab Netizen pada hari ini menampilan Editor Kanan Penerbitan Al-Quran Karya Bestari, Ustaz Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil merungkai persoalan berkenaan.

    Sumber

  • IBN Highlands City

    28 November 2019, GENTING HIGHLANDS – IBN CORP officially launched IBN Highlands City, the first phase of this project with an exciting event that was well-attended by the community, local leaders and interested buyers. The addition of this development project in Genting Highlands is set to enhance the tourism industry and become a new tourist hotspot. 
    IBN Highlands City is a joint-venture project between IBN Corp and B&G Property that seeks to redefine luxury living in Genting Highlands. The project has a total built-up area of 780 000 m² (or 8 400 000 sq.ft) with the serviced apartments taking up 580 000 m² (or 6 240 000 sq.ft) and the commercial area taking up 28 000 m²  (or 300 000 sq.ft). During the launch< IBN is offering promotional price for all 244 fully-furnished units of Tower 2, with each unit having a built-up area ranging between 753 to 1 346 sq.ft.
    This mixed-use development is comprised of 12 blocks of leasehold serviced apartments, luxury hotel and a commercial area. Exceptionally well located in Genting Permai, this development project sits within the mountain range of Genting Highlands, providing you with a home close to nature that enjoys spring-like weather all year round,yet allowing full accsess to the capital city of Kuala Lumpur and the international airport within an hour. Some of the major highlights of this project includes infinity pool with glass bottom, hanging garden in the sky and well-developed surrounding facilities and amenities. This residential property truly encapsulates the design concept of ‘Your Home, Your Resort” perfectly. 
    The official launch of IBN Highlands City was celebrated with Snowderland in the Sky Carnival the lasts for 4 days from 28 November to 1 December 2019. Visitors are treated to fun games and activities, such as ice-skating, magic show,Elsa cosplay photo sessions and scrumption with this celebration, all buyers are guaranteed a free car – Proton X70 with the purchased of each unit to welcome them to thier new home!
    The opening celebration was oficiated by the representative of Director General of Tourism Malaysia, YBhg. Mr. Iskandar Mirza Mohd. Yusof, Senior Director of Corporate Communication Division, Tourism Malaysia.In his officiating speech, he states that Malaysia needs more tourism real estate developer like IBN Corp to initiated integrated developments, which will further enhance Malaysia’s tourism growth and real estate growth, and subsequently the overall economic growth. “Genting Highlands is one of the most popular tourist destinations in Malaysia that attracts more than 60 000 tourists daily. However, there is limited amount of hotel rooms available currently. “i am very excited that IBN Highlands City will be able to provide more comfortable homes and hotel rooms to cater to the continual increment of tourists in Genting,” he said.”We see a huge potential for our project in the market due to its strategic location and high demands. “The chilly weather here and great accessibility to the surrounding facilities and amenities such as Highlands International Boarding School, Awana Golf Course and Genting Highlands Premium Outlets will provide you with an idea vacation home that is second to none in Malaysia,” he added.The project’s unique building deign, excellent geographical location and peaceful living environment is also recognised by the Malaysia-born celebrity – Eric Moo, which will be making a special appearance at the sales gallery on 30 November 2019 as the project ambassador.For more information about IBN Highlands City please call us at 03-6106 0666 or visit us at our sales gallery at Jalan Meranti, Genting Highlands, 69000 Pahang (Waze: IBN Highlands City).—————————————————————————————————————————About IBN Corp IBN Corp Ltd is a multinational enterprise that focuses on tourism real estate development and construction investment in Southeast Asia countries. The company operates based on the core value of integrity to deliver innovative and high-quality projects. Using its expertise in industrial development and operating capital management, the company is able to cover six fields of business comprising project development, tranding, property management, services, hotel management and utilities. To better manage the projects initiated in Southeast Asia, IBN Corp has set up a regional business hub in Malaysia with various subsidiaries based in China, Singapore and Malaysia. It will continue to grow with the completion of one of its core projects in Genting Highlands – IBN Highlands City. For more information, please visit www.ibn.com.

  • Rebut tawaran hebat Jualan Akhir Tahun Genting

    Rebut tawaran hebat Jualan Akhir Tahun Genting

    JUALAN Akhir Tahun Genting melibatkan pusat beli-belah SkyAvenue, First World Plaza, Awana SkyCentral dan Genting Highlands Premium Outlets (GHPO), bermula 13 hingga 15 Disember ini.

    Lebih menarik, ahli kad Ganjaran Genting (GR) Emas dan Platinum berpeluang membeli-belah awal, sehari sebelum Jualan Akhir Tahun bermula iaitu pada 12 Disember dengan pelbagai tawaran eksklusif.

    Resort World Genting dalam satu kenyataan berkata, diskaun sehingga 80 peratus ditawarkan untuk sebarang pembelian hadiah istimewa musim perayaan dan pelbagai promosi, selain hadiah menanti di outlet peruncitan serta minuman dan makanan (F&B) yang mengambil bahagian termasuk taman tema.

    “Kadar parkir istimewa bersama tiket pergi dan balik Awana SkyWay bernilai RM40 ditawarkan pada harga hanya RM12 yang boleh dibeli di RWG One Hub di GHPO.

    “Dapatkan GR iaitu Pas Previu Taman Tema Tertutup Skytropolis berharga RM18 yang bernilai RM60 dan ke atas dengan pembelian minimum RM200, maksimum dua resit,” kata kenyataan itu.

    Menurut kenyataan itu lagi, Peraduan Tangkap, Muat Naik, Menang turut dianjurkan dan untuk menyertainya, peserta perlu menangkap gambar dengan masthead Jualan Akhir Tahun Genting 2019 serta muat naik ke Facebook atau Instagram dengan tanda pagar #RWGYES.

    “Sahkan muat naik peraduan atau mohon untuk menjadi ahli Ganjaran Genting di kaunter yang disediakan di Aras 2, First World Plaza.

    “Di Ripley’s Adventureland, nikmati tawaran beli satu tiket percuma satu atau percuma satu tiket dengan pembelian minimum RM30 dalam satu resit daripada outlet F&B Only World Group terpilih.

    Buat mereka yang gemarkan makanan, Jualan Akhir Tahun Genting turut menyediakan sesuatu untuk anda,” menurut kenyataan itu.

    Singgah di restoran Burger and Lobster dan nikmati Burger Mayfair secara percuma dengan pembelian dua hidangan udang karang.

    Selain itu, pengunjung juga boleh mengunjungi beberapa restoran lain seperti Wanhoi Yamch’a, Tampopo, Tai Bae, C Chuan Village, Nicsmann 1940s, Beauty in The Pot, Hansburger dan Pie in the Sky yang turut menawarkan tawaran beli satu percuma satu dan diskaun 50 peratus.

    Outlet-outlet berjenama seperti Clé de Peau Beauté, Furla, Tory Burch, Longines dan Sulwhasoo turut menawarkan tawaran menarik dan hadiah dengan setiap pembelian.

    Jualan Akhir Tahun Genting akan bermula pada 12 Disember, secara eksklusif buat ahli Kad GR Emas dan Platinum sebelum ia dibuka kepada orang ramai bermula 13 hingga 15 Disember.

    Sumber

  • Sos salad istimewa

    Sos salad istimewa

    JENAMA Hellmann’s menampilkan tiga jenis sos salad iaitu Roasted Sesame, Smoky Thousand Island dan Smoky Caesar.

    Sos istimewa tersebut dicipta khusus bagi meningkatkan keenakan rasa sajian salad.

    Dengan menggunakan ramuan sebenar, sos salad Roasted Sesame Hellmann’s dirumus khas untuk memberikan tekstur bijan panggang bagi meningkatkan rasa.

    Mengikut konsep yang sama, Hellmann’s juga menggabungkan rasa smoky unik pada sos salad Thousand Island dan Caesar untuk menghasilkan hidangan salad yang lebih beraroma.

    Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman, Unilever Malaysia, Shiv Sahgal berkata, selepas berjaya menambat hati pengguna di pelbagai negara, kini Hellmann’s melebarkan sayap baharu di Malaysia.

    “Keutamaan kami adalah untuk menjadikan hidangan biasa pada luar biasa,” jelasnya.

    Sos salad Hellmann’s

    Harga: RM9 (210ml sebotol)

    Lokasi: Pasar raya utama, pasar raya besar dan laman e-dagang seperti Lazada dan Shopee

    Sumber

  • Definisi cantik Shima Anuar

    Definisi cantik Shima Anuar

    SIBUK menguruskan dua cahaya mata sedikitpun tidak menghalang pelakon jelita, Shima Anuar menitikberatkan aspek penjagaan kulit wajah.

    Bicara wanita berusia 28 tahun itu, untuk memiliki kulit mulus, bersih dan berseri, selain mengamalkan gaya hidup sihat pemilihan produk turut memainkan peranan utama. Ia berikutan penggunaan item yang tidak bersesuaian bimbang menjejaskan kondisi kulit wajah kelak.

    “Bagi saya, solekan tebal bukan ukuran untuk menilai kecantikan wajah seseorang. Tiada gunanya bersolek, sedangkan kulit kita berada dalam keadaan tidak sihat.

    “Atas faktor tersebut, meskipun hanya mengenakan solekan minimalis, saya akan memastikan wajah masih tampak segar dan glow (berseri) sepanjang hari. Rangkaian produk wajah Clinelle Caviar Gold membantu saya,” jelas Shima, Duta Produk Clinelle ketika ditemui Femina pada Majlis Pelancaran Clinelle Caviar Gold Treatment Concentrate di Putrajaya baru-baru ini.

    Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Kumpulan Ethetics International Group Berhad (EIG), Roderick Chieng dan Pengurus Besar Kanan EIG Pharma Asia, Corina Lee.

    Tambah Shima, set lengkap produk Clinelle Caviar Gold, bukan sahaja membantu menganjalkan, malah turut meningkatkan kelembapan, membaiki dan mengurangkan garis-garis halus serta kedutan.

    Ini disebabkan bahan-bahan semula jadi seperti ekstrak kaviar (emas hitam), 24k nano emas dan tumbuhan emas phyto memberikan kesan antipenuaan cepat dan berpanjangan.

    “Selain Firming Cleanser, Firming Lotion, Firming Eye Serum, Firming Serum, Firming Cream dan Firming Facial Mask, saya turut mengaplikasi Clinelle Caviar Gold Treatment Concentrate setiap pagi dan malam.

    “Aromaterapi terkandung di dalamnya menenangkan kulit wajah dan minda. Tambahan pula, teksturnya yang ringan memudahkan ia menyerap serta-merta ke dalam kulit wajah termasuk ideal dijadikan primer sebelum menyolek,” jelasnya yang anggun dalam persalinan gaun mini rona kuning keemasan.

    Produk Clinelle Caviar Gold Treatment Concentrate diperkaya dengan enam ekstrak minyak botani seperti seabuckthorn antioksida, badam manis, avocado, benih meadowfoam, benih macadamia dan hazelnut.

    Ekstrak minyak avocado yang kaya dengan omega-3 dan vitamin A, D dan E misalnya, bertindak untuk kelembapan kulit secara mendalam, manakala ekstra minyak seabuckthorn antioksida pula melindungi kulit daripada radikal bebas.

    Selain mengaplikasi Clinelle Caviar Gold Treatment Concentrate, Shima turut melakukan rejim kecantikan sampingan seperti:

    – Pilih set penjagaan kecantikan bersesuaian dengan kondisi kulit wajah

    – Amalkan minum antara tiga hingga empat liter air putih untuk mengekalkan kelembapan

    – Menikmati tidur berkualiti supaya badan kekal cergas dan elak lingkaran hitam di bawah mata

    – Berfikiran positif dan ceria

    INFO

    Clinelle Caviar Gold Treatment Concentrate

    Harga: RM89.90 (20ml)

    Lokasi: Watson di seluruh negara

    Sumber