Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ekspo
  • Definisi cantik Shima Anuar
  • Ekspo

Definisi cantik Shima Anuar

Helmi Aziz December 9, 2019 2 minutes read
554394.jpg

SIBUK menguruskan dua cahaya mata sedikitpun tidak menghalang pelakon jelita, Shima Anuar menitikberatkan aspek penjagaan kulit wajah.

Bicara wanita berusia 28 tahun itu, untuk memiliki kulit mulus, bersih dan berseri, selain mengamalkan gaya hidup sihat pemilihan produk turut memainkan peranan utama. Ia berikutan penggunaan item yang tidak bersesuaian bimbang menjejaskan kondisi kulit wajah kelak.

“Bagi saya, solekan tebal bukan ukuran untuk menilai kecantikan wajah seseorang. Tiada gunanya bersolek, sedangkan kulit kita berada dalam keadaan tidak sihat.

“Atas faktor tersebut, meskipun hanya mengenakan solekan minimalis, saya akan memastikan wajah masih tampak segar dan glow (berseri) sepanjang hari. Rangkaian produk wajah Clinelle Caviar Gold membantu saya,” jelas Shima, Duta Produk Clinelle ketika ditemui Femina pada Majlis Pelancaran Clinelle Caviar Gold Treatment Concentrate di Putrajaya baru-baru ini.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Kumpulan Ethetics International Group Berhad (EIG), Roderick Chieng dan Pengurus Besar Kanan EIG Pharma Asia, Corina Lee.

Tambah Shima, set lengkap produk Clinelle Caviar Gold, bukan sahaja membantu menganjalkan, malah turut meningkatkan kelembapan, membaiki dan mengurangkan garis-garis halus serta kedutan.

Ini disebabkan bahan-bahan semula jadi seperti ekstrak kaviar (emas hitam), 24k nano emas dan tumbuhan emas phyto memberikan kesan antipenuaan cepat dan berpanjangan.

“Selain Firming Cleanser, Firming Lotion, Firming Eye Serum, Firming Serum, Firming Cream dan Firming Facial Mask, saya turut mengaplikasi Clinelle Caviar Gold Treatment Concentrate setiap pagi dan malam.

“Aromaterapi terkandung di dalamnya menenangkan kulit wajah dan minda. Tambahan pula, teksturnya yang ringan memudahkan ia menyerap serta-merta ke dalam kulit wajah termasuk ideal dijadikan primer sebelum menyolek,” jelasnya yang anggun dalam persalinan gaun mini rona kuning keemasan.

Produk Clinelle Caviar Gold Treatment Concentrate diperkaya dengan enam ekstrak minyak botani seperti seabuckthorn antioksida, badam manis, avocado, benih meadowfoam, benih macadamia dan hazelnut.

Ekstrak minyak avocado yang kaya dengan omega-3 dan vitamin A, D dan E misalnya, bertindak untuk kelembapan kulit secara mendalam, manakala ekstra minyak seabuckthorn antioksida pula melindungi kulit daripada radikal bebas.

Selain mengaplikasi Clinelle Caviar Gold Treatment Concentrate, Shima turut melakukan rejim kecantikan sampingan seperti:

– Pilih set penjagaan kecantikan bersesuaian dengan kondisi kulit wajah

– Amalkan minum antara tiga hingga empat liter air putih untuk mengekalkan kelembapan

– Menikmati tidur berkualiti supaya badan kekal cergas dan elak lingkaran hitam di bawah mata

– Berfikiran positif dan ceria

INFO

Clinelle Caviar Gold Treatment Concentrate

Harga: RM89.90 (20ml)

Lokasi: Watson di seluruh negara

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: 10 taman tema air yang boleh anda kunjungi
Next: Sos salad istimewa

Related Stories

09
  • Business
  • Celebration
  • Collabration
  • Ekonomi
  • Ekspo
  • Gadget
  • Gaya Hidup
  • Industri Kreatif
  • music
  • News
  • Product Launch

vivo V70 FE First Sales Roadshow Janji Pengalaman Interaktif dan Persembahan DOLLA

Syahir Izani April 15, 2026
1000250427
  • Automotive
  • Business
  • Ekspo
  • Event
  • Innovation
  • Launching

SIRIM-Certified ASTRA Reinforces Bateriku’s Commitment to Quality with the Opening of Its Quality Lab

Helmi Aziz August 8, 2025
2
  • Awards
  • Ekspo
  • Music

Universal Music Malaysia Raikan Ikon Muzik di Hall of Fame, Pavilion Malaysia, Ekspo 2025 Osaka, Japan

Helmi Aziz May 14, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.