Blog

  • Magis motif alam, hidupan safari

    Magis motif alam, hidupan safari

    TIDAK pernah mengecewakan! Busana bermotifkan alam semula jadi dan hidupan safari umpama sentuhan magis yang memberikan nafas baharu buat koleksi siap pakai (RTW) musim bunga dan panas 2019/2020.

    Safari Collections rekaan pereka fesyen tersohor, Ezuwan Ismail itu cukup mengujakan hingga mencuri tumpuan mata dan lensa kamera pada Kuala Lumpur Feshion Week 2019 baru-baru ini.

    Jika sebelum ini bapa kepada dua anak yang berusia 37 tahun itu tampil dengan busana pengantin unik bertemakan elemen surat cinta, koleksi terbaharu nampaknya lebih garang dan berani.

    Eksklusif dengan menampilkan 18 rekaan dikhususkan untuk golongan wanita yang berani menonjolkan karisma diri, empat lagi koleksinya membangkitkan sisi maskulin lelaki.

    PELBAGAI jenis fabrik digabungkan untuk melengkapkan koleksi termasuk satin, sifon, kapas, polister, baldu, sekuin dan neoprene.

    PELBAGAI jenis fabrik digabungkan untuk melengkapkan koleksi termasuk satin, sifon, kapas, polister, baldu, sekuin dan neoprene.

    Menurut Ezuwan, rekaannya itu diinspirasikan menerusi keindahan safari dan mengetengahkan pelbagai motif haiwan liar yang pastinya mencetuskan trend baharu dalam fesyen tempatan.

    “Alhamdulillah, pertunjukan fesyen kali ini cukup mengujakan kerana saya dapat memeriahkan pentas KLFW 2019 dengan mengetengahkan pelbagai elemen istimewa dan luar biasa.

    “Sebenarnya secara peribadi, koleksi itu saya anggap unik kerana fabriknya ditempah khas yang sememangnya rare dan dicetak mengikut kreativiti tersendiri,” katanya kepada e-Trend baru-baru ini.

    Mengulas lanjut mengenai fabrik yang digunakan, penyanyi Kumpulan E1 itu menjelaskan, pelbagai jenis fabrik digabungkan untuk melengkapkan koleksi termasuk satin, sifon, kapas, polister, baldu, sekuin dan neoprene.

    “Saya juga memilih warna alam semula jadi seperti coklat, krim, hijau, hitam dan putih selain cetakan kulit ular serta harimau bintang yang menjadi motif utama koleksi kali ini.

    “Apa yang unik mengenai rekaan itu, setiap potongan sangat berbeza berbanding kebiasaan kerana boleh dipakai untuk outfit of the day (OOTD) harian atau dipadankan aktiviti lasak,” katanya.

    KOLEKSI yang bertemakan alam semula jadi dan hidupan safari tampak lebih garang dan berani.

    KOLEKSI yang bertemakan alam semula jadi dan hidupan safari tampak lebih garang dan berani.

    Berkongsi mengenai perancangan masa depan, meskipun sibuk dengan dunia fesyen, beliau bijak membahagikan waktu untuk menyanyi bersama kumpulan E1 yang ditubuhkan.

    “Memang tidak dinafikan selepas raya tempoh hari, sambutan yang diberikan terhadap E1 cukup menggalakkan. Ramai menghargai bakat yang kami ada dan berjaya buktikan kemampuan diri.

    “Meskipun sibuk dengan beberapa pertunjukan fesyen, namun minat mendalam dalam bidang nyanyian memberikan saya kelainan untuk berkarya. Sebab tak ramai pereka boleh menceburi bidang nyanyian.

    “Bukan sekadar fesyen yang ingin ditonjolkan dalam siri pertunjukan tempatan dan luar negara, tetapi lagu dan bakat kepada semua. Mungkin akan muncul lagu baharu ketiga tahun depan,” ujarnya yang kini ligat dengan rekaan penuh kejutan untuk KLFW 2020.

    SETIAP potongan Safari Collection berbeza berbanding kebiasaan kerana boleh dipakai untuk outfit of the day (OOTD) harian atau dipadankan aktiviti lasak.

    SETIAP potongan Safari Collection berbeza berbanding kebiasaan kerana boleh dipakai untuk outfit of the day (OOTD) harian atau dipadankan aktiviti lasak.



    Sumber

  • Harvey Norman buka cawangan baharu di Ipoh

    Harvey Norman buka cawangan baharu di Ipoh

    IPOH – Harvey Norman terus mengukuhkan rangkaian perniagaannya di negara ini dengan pembukaan cawangan baharu di Ipoh.

    Pusat jualan ke-22 Harvey Norman di Malaysia itu juga merupakan pertama di Perak dibuka di Ipoh Parade.

    Pengarah Urusan Harvey Norman Asia, Kenneth Aruldoss berkata, pembukaan itu membuktikan penghargaan syarikat penyelesaian rumah dari Australia terbabit kepada pelanggannya di negeri ini.

    Menurutnya, Perak menunjukkan prestasi jualan yang memberangsangkan apabila syarikat itu banyak melakukan penghantaran tempahan jualan ke negeri ini menerusi cawangannya di sekitar Lembah Klang.

    “Jadi dengan pembukaan ini, pelanggan di Perak tidak lagi perlu datang jauh ke cawangan-cawangan kami yang lain.

    “Ruang jualan besar yang disediakan di tingkat tiga Ipoh Parade ini menyediakan pelbagai barangan dengan kualiti dan harga yang sama sepertimana di Lembah Klang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan gedung jualan Harvey Norman di Ipoh Parade di sini hari ini.

    Kenneth (tengah) bersama pengurusan Harvey Norman di pembukaan pusat jualan Harvey Norman di Ipoh Parade hari ini.

    Kenneth (tengah) bersama pengurusan Harvey Norman di pembukaan pusat jualan Harvey Norman di Ipoh Parade hari ini.

    Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Harvey Norman, Katie Page dan Pengarah Urusan Harvey Norman Asia, Tetsuya Kimura.

    Kenneth berkata, pada kebiasaan cawangan lain, jualan atau sambutan akan meningkat dalam tempoh beberapa bulan, namun di Ipoh ia mula dikunjungi pelanggan sejak hari pertama dibuka akhir November lepas.

    “Bagi menghargai sokongan pelanggan, kami menawarkan promosi dan harga runtuh pelbagai barangan termasuk barangan elektrik, komputer, kelengkapan bilik tidur dan perabot selama tiga hari sehingga 15 Disember ini,” katanya.

    Beliau berkata, sebagai pelan jangka panjang, pihaknya merancang untuk membuka 27 lagi cawangan baharu menjadikan jumlah keseluruhan kepada 50 premis.

    Selepas Perak katanya, perasmian pembukaan cawangan ke-23 syarikat itu akan diadakan di Gedung Ikea Batu Kawan Januari depan, pusat jualan terbabit bagaimanapun telah dibuka kepada pengunjung semalam.

    Kenneth menunjukkan antara tawaran produk yang dijual di pusat jualan Harvey Norman Ipoh Parade, hari ini.

    Kenneth menunjukkan antara tawaran produk yang dijual di pusat jualan Harvey Norman Ipoh Parade, hari ini.

    “Kami amat optimis dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan yang bukan sahaja mahukan barangan berkualiti, tetapi pada harga berpatutan.

    “Kelebihan kami tentulah polisi perkhidmatan pelanggan selepas jualan yang mana pasukan kami akan menyelesaikan masalah sama ada membaiki, bayaran semula atau memberikan pertukaran barang bergantung pada kes,” katanya.



    Sumber

  • Roh dikelirukan syaitan antara punca mimpi buruk

    Roh dikelirukan syaitan antara punca mimpi buruk

    “MALAM tadi, aku mimpi patah gigi. Aku risaulah, takut ada petanda buruk nanti. Macam mana ini?”

    Begitulah luahan Nadia Othman, 25, kepada rakan sekerjanya, Hanim Isa yang sebaya dengannya. Menjadi kelaziman Nadia untuk berkongsi semua cerita dengan Hanim yang merupakan rakan baiknya sejak dari zaman belajar di institusi pengajian tinggi lagi.

    Untuk menenangkan Nadia, Hanim berkata: “Alah, tak ada apa-apa pun mimpi tu. Ia cuma mainan tidur. Lupakan sajalah mimpi engkau itu.”

    Barangkali situasi berkenaan pernah dialami sebahagian daripada kita. Sama ada baik ataupun buruk sesuatu mimpi, semacam menjadi kebiasaan kita untuk menceritakannya kepada orang lain.

    Ketahuilah bahawa Islam sebenarnya mengajar umatnya agar tidak menghebahkan mimpi kepada orang lain.

    Sudah tentu ada sebab tertentu kepada larangan tersebut. Kenapa kita tidak boleh menceritakan mimpi kepada orang lain? Apakah mimpi sebenarnya mempunyai ‘petanda’ tertentu?

    Tiga pecahan mimpi

    Sinar Islam melontarkan segala persoalan itu kepada pendakwah Ustaz Fauzi Mustafa. Sebelum merungkaikan jawapannya, beliau mengajak kita untuk menyelami definisi mimpi.

    USTAZ FAUZI

    USTAZ FAUZI

    Mimpi adalah perkara yang berlaku ketika tidur dan kita melihat sesuatu di dalamnya, terang agamawan itu.

    “Ia sangat berkait rapat dengan roh kerana apabila kita tidur, roh kita akan keluar pergi ke mana-mana. Roh itu akan berbuat sesuatu,” jelas beliau ketika diwawancara Sinar Islam.

    Dalam Islam, jelas beliau, mimpi ada tiga pecahan iaitu mimpi yang benar daripada ALLAH, mimpi daripada syaitan dan mainan tidur.

    “Mimpi yang benar daripada ALLAH adalah mimpi yang baik seperti menunaikan umrah, pergi haji, mimpi solat dan seumpamanya. Adapun, mimpi daripada syaitan itu adalah mimpi yang buruk, contohnya mimpi terjun bangunan dan dikejar anjing gila.

    “Sementara itu, mimpi mainan tidur pula disebabkan oleh sesuatu yang kita bawa daripada alam sedar hingga diheret masuk ke alam tidur. Ia seperti kita menonton perlawanan bola sepak, kemudian kita terbawa-bawa perlawanan bola itu ketika tidur,” ujarnya.

    Kenapa mimpi mainan tidur berlaku? Jawab Ustaz Fauzi, ia boleh berlaku apabila kita tidur tanpa adab-adab tidur seperti tiada wuduk, tidur tidak menghadap kiblat dan tidak mengiring ke kanan, tidak membaca ayat al-Quran yang selalu dilazimi oleh Nabi Muhammad SAW, ayat Kursi dan doa tidur.

    “Jadi, syaitan akan mengelirukan roh kita sebab mimpi berlaku kerana roh kita berbuat sesuatu. Ketika tidur, separuh daripada roh kita akan pergi ke suatu tempat dan lakukan suatu perkara.

    “Disebabkan tiada adab-adab tidur tadi, roh itu akan dikelirukan oleh syaitan ketika kita tidur. Itu yang kita boleh mimpi yang buruk-buruk seperti patah gigi, terjun bangunan, jatuh basikal dan sebagainya.

    “Selain itu, tanda mimpi mainan syaitan adalah mimpi itu buruk. Lazimnya, apabila kita tersedar daripada bermimpi sesuatu yang buruk berlaku dalam hidup kita, kita terkejut. Ia seperti kita mimpi terjatuh bangunan. Sebelum kita ‘terhempas’, kita terjaga dan terkejut. Ini kerana roh sudah masuk balik dalam badan. Sebab itulah kita macam termengah-mengah kerana roh kita tadi melarikan diri,” terangnya lanjut.

    Ikuti sunah nabi

    Begitupun, Ustaz Fauzi menitipkan pesan agar ikutilah ajaran Nabi Muhammad SAW apabila bermimpi buruk. Pertama, pusingkan kepala dan wajah kita ke kiri, ludah tanpa air liur sebanyak tiga kali.

    “Ludah tersebut sekadar buang angin pada mulut kita. Ia ibarat ada satu benda macam nasi yang ada di bibir kita yang hendak dilontarkan keluar.

    “Kemudian, berlindunglah dengan ALLAH daripada mainan syaitan tadi dengan menyebut A’uzu billahi minashaitanir rajim. Ketiga, apabila bangun keesokan pagi, maka nabi berpesan agar jangan hebahkan kepada sesiapa,” jelas beliau.

    BACALAH ayat Kursi, tiga qul dan doa sebelum tidur untuk menjauhkan diri daripada gangguan ketika tidur.

    BACALAH ayat Kursi, tiga qul dan doa sebelum tidur untuk menjauhkan diri daripada gangguan ketika tidur.

    Baik mimpi baik, mahupun buruk, Ustaz Fauzi mengingatkan kita sekali lagi agar tidak menceritakannya kepada orang lain sepertimana yang dilakukan oleh segelintir masyarakat pada hari ini.

    Sebenarnya, mimpi yang kita alami semasa tidur, ia berada di atas ‘sayap burung’ sama ada baik atau buruk suatu mimpi itu, demikian kata agamawan berkenaan.

    “Apabila kita menceritakan (mimpi) kepada orang lain pada keesokan paginya, mimpi itu akan ‘jatuh’ sayap burung berkenaan. Maka, ia akan menjadi realiti (kenyataan). Sebab itulah jangan cerita pada sesiapa pun apa sahaja pasal mimpi buruk, tidak kiralah sama ada (mimpi) patah gigi, ada orang mati dan sebagainya.

    “Sebaiknya ikutilah cara yang Nabi Muhammad SAW anjurkan tadi. Maka, mimpi buruk tadi tidak akan menjadi kenyataan. Jadi, tidak perlulah kita takut dengan mimpi buruk kita tadi,” jelas beliau.

    Demikian juga apabila kita bermimpi sesuatu yang baik. Ujar Ustaz Fauzi, jika diceritakan kepada sembarangan orang atau secara terbuka di laman sosial seperti Facebook, ia dikhuatiri akan mengundang tafsiran yang buruk dan salah.

    “Namun, jika hendak cerita juga, ceritakan kepada orang tertentu seperti agamawan, orang alim, orang yang tidak bercakap sesuatu yang lagha (sia-sia),” ujar beliau sambil menjelaskan perkara itu ada dinyatakan dalam al-Quran menerusi Surah Yusuf, ayat 4-5 berkisarkan kisah Nabi Yusuf yang bermimpi 11 bintang, matahari dan bulan sujud kepadanya, namun baginda ditegah oleh ayahandanya, Nabi Ya’akub daripada menceritakan mimpi tersebut kepada saudara-saudaranya.

    Mimpi bertemu Rasulullah SAW

    Bagi mengupas tentang ciri-ciri mimpi bertemu Rasulullah SAW, Sinar Islam mendapatkan pendakwah Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid.

    USTAZ WAN AKASHAH

    USTAZ WAN AKASHAH

    Jelas agamawan itu, ia adalah mimpi yang betul sepertimana yang dinyatakan dalam hadis Nabi Muhammad SAW.

    Sabda baginda SAW: “Sesiapa yang bermimpi melihat aku sesungguhnya ia akan melihat aku di waktu jaga atau seolah-olah ia melihat aku semasa jaga kerana syaitan tidak akan dapat menyerupaiku.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    Ujar Ustaz Wan Akashah, bukan semua orang boleh bermimpikan Rasulullah SAW. Ia merupakan satu anugerah.

    “Sekiranya kita bermimpi bertemu Rasulullah SAW, sebaik-baiknya, jangan diceritakan kepada orang lain kerana dikhuatiri akan berlaku fitnah.

    “Sedangkan kita tak tahu bagaimana orang yang (mimpi) bertemu Rasulullah SAW, cuma kita tahu apa ciri-ciri baginda. Orang yang bermimpi Rasulullah SAW itu bukan calang-calang orang.

    “Jika orang itu tidak menjaga solat dan mendakwa bermimpi Rasulullah, bagaimana kita hendak percaya? Kesimpulannya, memang boleh berlaku mimpi bertemu Rasulullah, tetapi hanya orang yang terpilih sahaja seperti wali-wali ALLAH, orang yang warak, orang yang diketahui peribadinya cukup terbaik, dan bukan sembarangan orang,” tegas beliau.

    Apapun, ujar beliau, mimpi tidak boleh dijadikan hujah dalam hidup. Kebanyakan mimpi hanyalah mainan tidur dan tidak boleh dipercayai.

    “Ambillah wuduk sebelum tidur. Ia adalah sunah Nabi Muhammad SAW, kemudian baca tiga qul iaitu Surah al-Falaq, al-Ikhlas dan al-Nas. Insya-ALLAH kita akan dielakkan daripada mimpi yang bukan-bukan,” nasihat beliau.

    Mohon perlindungan ALLAH jika mimpi buruk

    Masyarakat diingatkan agar jangan suka-suka untuk mentafsirkan mimpi, sama ada mimpi sendiri ataupun orang lain, tegas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

    DR ZULKIFLI

    DR ZULKIFLI

    Jelas agamawan itu, perkara tersebut adalah kerana dikhuatiri mimpi berkenaan disalahtafsirkan dan disalah anggap oleh masyarakat sehingga menjadi fitnah.

    “Kadangkala kefahaman membawa kepada mimpi tasyri’ ILAHI atau yang perlu dipatuhi selain daripada nas syarak. Dalam hal itu, ulama usul fiqh menjelaskan bahawa mimpi bukan termasuk dalam sumber nas syarak,” katanya dipetik daripada artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri ke-233: Mimpi Orang Soleh Sebagai Peringatan daripada ALLAH?’ yang disiarkan dalam laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

    Dalam perihal mimpi, Zulkifli turut berkongsi persoalan berkaitan yang dipernah dilontarkan kepada Imam Malik.

    Imam Malik pernah ditanya: “Bolehkah seseorang itu mentafsirkan mimpi secara sembarangan sahaja?”

    Beliau menjawab: “Adakah dia hendak bermain-main dengan kenabian? Mimpi itu satu bahagian daripada kenabian. Maka tidak boleh bermain-main dengan kenabian!”

    Justeru, Zulkifli menasihatkan mereka yang bermimpi baik agar memohon kepada ALLAH. Sekiranya bermimpi tidak baik, maka hendaklah memohon perlindungan daripada ALLAH.

    “Begitu juga mimpi yang membabitkan ummah sejagat seperti datangnya bala atau petaka, maka lebih baik ia sembunyikan dan berdoa memohon keampunan serta perlindungan kepada ALLAH. Ajaklah manusia bertaubat kepada ALLAH dan memberi ilmu dan pengetahuan dalam pengajarannya kepada masyarakat. Inilah cara yang terbaik,” jelas beliau.

    Sementara itu, pendakwah Ustaz Ahmad Hazran Ahmad Kamal atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Aran mengingatkan bahawa mimpi tidak boleh dijadikan hujah dalam hidup.

    IMAM MUDA ARAN

    IMAM MUDA ARAN

    “Memang tidak dinafikan ada mimpi yang mempunyai sebab-sebab tertentu. Namun, ia bergantung juga kepada keadaan seseorang itu seperti apa yang dilakukan pada waktu siang atau sebelum tidur atau terlampau memikirkan sesuatu hingga terbawa-bawa dalam mimpi.

    “Ada juga mimpi baik dan buruk. Dalam keadaan tertentu contohnya tiada apa-apa, tetapi bermimpi, kadangkala ada tafsiran tertentu menurut para ulama,” katanya.

    Selain itu, ujar Imam Muda Aran, terdapat mimpi yang benar sepertimana yang dialami oleh Nabi Yusof AS. Baginda kemudian menceritakan kepada ayahnya tentang mimpi melihat 11 bintang, matahari dan bulan sujud kepadanya.

    “Begitu juga dengan mimpi Nabi Ibrahim AS menyembelih anaknya, Nabi Ismail. Sesungguhnya mimpi para nabi adalah benar dan tiada bangkangan,” ujar beliau.

    Sumber

  • Kertas perundingan rangka kerja bank digital dikeluar akhir tahun ini

    Kertas perundingan rangka kerja bank digital dikeluar akhir tahun ini

    BANK Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan draf pendedahan mengenai kertas perundingan untuk mendapatkan maklum balas berhubung rangka kerja bank digital menjelang akhir tahun ini, kata Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

    Kertas perundingan itu akan membolehkan bank pusat mengkaji semula dan mengetatkan rangka kerja sebelum ia dilaksanakan pada tahun hadapan.

    “Ia akan siap pada akhir tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pameran Baharu Muzium dan Galeri Seni BNM di sini hari ini.

    Bertemakan ‘Demi Tanah Air: 60 Tahun sebagai Bank Pusat’, ia disempurnakan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhun Tuanku Munawir.

    Pengarah Jabatan Inovasi dan Pembangunan Kewangan BNM, Suhaimi Ali berkata, lebih 10 pihak telah menyatakan minat untuk menubuhkan bank digital di negara ini.

    Menurutnya, mereka terdiri daripada gabungan pendatang baharu dan penggiat kewangan.

    Rangka kerja itu bertujuan melindungi sistem dan memberi perkhidmatan kepada segmen yang tidak mendapat perkhidmatan seperti syarikat pemula niaga dan perusahaan mikro. – Bernama

    Sumber

  • BNM perlu bebas, profesional bagi jamin kestabilan monetari negara

    BNM perlu bebas, profesional bagi jamin kestabilan monetari negara

    PERANAN Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai bank pusat yang bebas dan profesional seperti yang diperuntukkan oleh Akta Bank Negara Malaysia penting bagi menjamin kestabilan monetari dan kewangan yang kondusif kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan.

    Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, peranan bebas tersebut juga membolehkan BNM memberi tumpuan kepada perspektif ekonomi dan sistem kewangan untuk jangka panjang.

    “Biarpun berdepan dengan persekitaran global yang semakin mencabar serta turun naik dalam pasaran antarabangsa, BNM sebagai pelindung dan pemegang amanah sistem kewangan negara akan terus memegang mandat itu dan menjadikannya sebagai keutamaan.

    “Berakarkan nasional, berakalkan global, BNM akan memastikan langkah-langkah yang diambil seiring dengan peredaran masa untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, penuh integriti dan profesional untuk kepentingan negara,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada majlis perasmian pameran baharu pihak Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia yang disempurnakan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhun Tuanku Munawir.

    Pameran bertajuk ‘Demi Tanah Air: 60 Tahun sebagai Bank Pusat’ itu akan di buka mulai 16 Disember hingga 30 Jun 2020.

    Pengunjung berpeluang menyaksikan lebih 100 bahan pameran berusia seawal 80 tahun lalu, termasuk pelbagai artifak, filem dan foto-foto nostalgia menarik yang belum pernah dipamerkan sebelum ini. – Bernama

    Sumber

  • GTR optimis terokai Asia Tenggara

    GTR optimis terokai Asia Tenggara

    PENGENDALI hab kargo udara, Ground Team Red (GTR) optimis melebarkan sayap perkhidmatannya ke Asia Tenggara selepas negara ini.

    Ketua Pegawai Eksekutif Ground Red Team Kevin Chin berkata, ini kerana perkhidmatan kargo udara dijangka akan terus berkembang.

    “Dengan pemain e-dagang global yang melabur di rantau ini, peningkatan kapasiti dan digitalisasi akan meningkatkan perkhidmatan pengendalian kargo udara,” katanya.

    GTR merupakan sebuah syarikat usaha sama antara AirAsia Bhd dan SATS Ltd.

    Hab kargo udara GTR terletak di Kargo Udara KLIA Terminal 1 (KACT 1) meliputi kawasan seluas 93,000 kaki persegi dan dibina dengan kos RM 23 juta.

    Kawasan tambahan ini turut bergabung dengan gudang seluas 40,000 kaki persegi sedia ada dan kemudahan ini mampu mengendalikan sebanyak 300,000 tan muatan setiap tahun selari dengan matlamat Malaysia untuk menjadi hab logistik serantau.

    Hab kargo udara ini membolehkan GTR untuk mengembangkan keupayaannya dengan mengendalikan operasi kargo pesawat berbadan kecil dan lebar serta mempunyai sistem pengendalian bahan bermotor yang memudahkan pengendalian Unit Beban Peranti (ULDs).

    Ia juga mempunyai kemudahan rantaian sejuk setinggi 10,000 kaki persegi dibina khas untuk pengendalian khusus bagi produk mudah rosak dan farmaseutikal.

    Perasmian hab kargo udara GTR disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

    Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

    Sumber

  • Mimpi berkait rapat dengan roh yang keluar ketika kita tidur

    Mimpi berkait rapat dengan roh yang keluar ketika kita tidur

    PERASAN atau tidak, apabila bermimpikan sesuatu lebih-lebih lagi yang buruk, kita akan termengah-mengah sejurus terjaga daripada tidur.

    Meskipun hanyalah mimpi, namun ketahuilah bahawa ia berkait rapat dengan separuh daripada roh kita yang keluar ketika tidur.

    Jikalau bermimpikan suatu yang buruk dalam hidup kita, Islam menganjurkan agar ikutilah apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

    Salah satu daripada ajaran baginda SAW adalah jangan menceritakan mimpi kepada orang lain sepertimana yang dilakukan oleh kebanyakan masyarakat pada hari ini.

    Kenapa mimpi tidak boleh dicerita dan dikongsikan dengan orang lain? Apakah mimpi itu adalah angkara syaitan atau mainan tidur?

    Segala tanda tanya itu akan dijawab menerusi sisipan Sinar Islam esok.

    Sumber

  • Jakel buka cawangan ke-22 di Pulau Langkawi

    Jakel buka cawangan ke-22 di Pulau Langkawi

    LANGKAWI – Pusat gedung tekstil terkemuka, Jakel membuka cawangan yang ke-22 di Langkawi Fair, Kuah di sini yang dirasmikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ahad lalu.

    Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, pembukaan cawangan itu adalah antara pencapaian terbaik Jakel yang mengekalkan momentum dalam mengemudi perniagaan dalam keadaan ekonomi sangat kompetitif kini.

    Menurutnya, ia jelas menunjukkan Jakel sangat komited dalam meneruskan legasi perniagaan industri tekstil yang bertapak selama 35 tahun di Malaysia.

    “Pembukaan Jakel itu memacu dan membantu membangunkan ekonomi Langkawi dengan menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar membeli-belah di Langkawi seterusnya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan,” katanya kepada Sinar Harian.

    Dr Mahathir (tengah) memotong riben sebagai simbolik perasmian Jakel Langkawi pada Ahad lalu.

    Dr Mahathir (tengah) memotong riben sebagai simbolik perasmian Jakel Langkawi pada Ahad lalu.

    Beliau berkata, pembukaan Jakel terbaru itu membantu meringankan beban warga Langkawi untuk mendapatkan kain-kain Jakel dengan lebih mudah.

    Mohamed Faroz berkata, lokasi yang sangat strategik iaitu di pusat membeli-belah di Pekan Kuah yang menjadi lokasi tumpuan pelancong antara faktor pembukaan cawangan ke-22 berkenaan.

    “Harga di Jakel ini adalah 10 peratus lebih rendah berbanding dengan cawangan Jakel lain di Semenanjung kerana Langkawi adalah pulau bebas cukai.

    “Sempena pembukaan cawangan baharu ini, Jakel Langkawi memberi tawaran istimewa separuh harga bagi barangan terpilih dan tawaran junaman harga besar-besaran sehingga 75 peratus buat semua warga Langkawi dan pelanggan sehingga 5 Januari 2020,” katanya.

    Dr Mahathir (dua dari kiri) melihat fabrik yang dijual di Jakel Langkawi sambil dibantu Mohamed Faroz.

    Dr Mahathir (dua dari kiri) melihat fabrik yang dijual di Jakel Langkawi sambil dibantu Mohamed Faroz.

    Beliau berkata, Jakel Langkawi turut mengadakan Jualan Akhir Tahun Jakel seperti cawangan lain di seluruh negara.

    Katanya, Kempen Jualan Akhir Tahun menghimpunkan koleksi kain-kain terbaru dan terkini serta mengikut cita rasa pelanggan.

    Menurutnya, butik Galeri Ariani turut dibuka serentak dengan pembukaan Jakel Langkawi di Langkawi Fair.

    “Selaku anak syarikat yang bernaung di bawah Kumpulan Jakel, Galeri Ariani sentiasa inovatif dalam menghasilkan rekaan tudung dengan pemahaman lebih jelas dan baik mengenai pemilihan kain, warna, tema dan keselesaan tudung untuk disesuaikan dengan semua peringkat dan golongan.

    “Sempena pembukaan rasmi ini, Galeri Ariani mengadakan jualan pembukaan yang menawarkan potongan tambahan sebanyak lima peratus daripada potongan bebas cukai sedia ada,” katanya.

    Mohamed Faroz berkata, sebanyak 20 koleksi terbaru diperkenalkan sempena jualan pembukaan kali ini yang merangkumi koleksi selendang, satin square dan tudung instant polos serta bercorak.

    Sumber

  • Inovasi teknologi SKYWORTH di Sukan SEA ke-30, Para ASEAN 2020

    Inovasi teknologi SKYWORTH di Sukan SEA ke-30, Para ASEAN 2020

    MANILA – Perintis Kecerdasan Buatan Pelbagai Benda (AIoT) dan jenama televisyen global terkemuka, SKYWORTH membawa inovasi teknologi ke temasya Sukan SEA ke-30 yang menghimpunkan atlet serta peminat sukan dari 11 negara di Filipina.

    Jenama yang mempromosikan sukan menerusi inovasi teknologi itu menjadi Penaja Televisyen Elektronik Eksklusif dan Rakan Platinum Rasmi untuk Sukan SEA ke-30 tahun ini serta Sukan Para ASEAN ke-10 pada 2020.

    Pengarah Jabatan Pengurusan Jenama Luar Negara TV SKYWORTH, Jack Lee berkata, penajaan seiring komitmen Skyworth dalam meningkatkan hiburan sukan berserta teknologi terkini.

    Katanya, dikuasakan oleh TV SKYWORTH, penonton dapat menikmati kualiti imej menakjubkan yang dibawa oleh teknologi pampasan gerakan.

    Beliau berkata, pembantu peribadi SKYWORTH yang dikuasakan oleh AI juga membolehkan penonton mencari maklumat berkaitan permainan seperti profil pemain dan keputusan permainan terkini sambil menonton perlawanan secara langsung.

    “Terima kasih kepada ekosistem AI proprietari, peminat sukan bebas menyambungkan TV dengan peranti pintar lain untuk memanfaatkan kelebihan yang dibawa oleh konsep kehidupan pintar.

    “Teknologi telah menjadi sebahagian daripada setiap permainan sukan dan SKYWORTH bangga menjadi penaja rasmi Sukan SEA serta membawa hiburan sukan terbaik kepada peminat di Asia Tenggara,” katanya.

    Jack Lee berkata, rantau Asia Tenggara sentiasa menjadi pasaran penting, justeru SKYWORTH berusaha untuk membawa detik-detik terbaik Sukan SEA 2019 kepada penonton.

    Katanya, sepanjang Sukan SEA 2019, peminat dan atlet boleh melawat Zon Peminat SKYWORTH untuk menikmati permainan secara langsung yang menarik.

    Menurutnya, permainan, cabutan bertuah bertemakan Sukan SEA turut disediakan di kedai offline SKYWORTH untuk menghargai peminat.

    SKYWORTH melancarkan UB7500 di Filipina bagi meraikan penajaannya untuk Sukan SEA 2019.

    SKYWORTH melancarkan UB7500 di Filipina bagi meraikan penajaannya untuk Sukan SEA 2019.

    Dalam pada itu, SKYWORTH melancarkan UB7500 di Filipina bagi meraikan penajaannya untuk Sukan SEA 2019.

    TV kelas premium 4K AI dengan skrin infiniti itu dilengkapi OS Android 9.0 terkini.

    Sistem itu membolehkan pengguna menyambungkan TV dengan pelbagai aplikasi seperti kamera, mikrofon, bar bunyi dan gamepad selain menyesuaikan teknologi audio serta visual canggih TV menerusi platform pintarnya.

    SKYWORTH mengubah UB7500 menjadi hab kawalan yang membolehkan sambungan dan kawalan mudah ke semua peranti pintar yang berhubung kait dengan ekosistem AIoT sama.

    UB7500 berfungsi sebagai pembantu peribadi futuristik yang membantu pengguna sepenuhnya untuk menikmati kehidupan pintar.

    Menggunakan teknologi Dolby Vision dan Pure HDR, UB7500 memberikan kualiti visual tiada tandingan dan lebih menonjol berbanding TV 4K lain.

    Dilengkapi pelbagai fungsi hiburan, UB7500 membolehkan pengguna menggunakan Google Assistant untuk memeriksa maklumat seperti profil pemain dan keputusan perlawanan pada masa nyata.

    Membawa tontonan sukan pengalaman ke peringkat seterusnya, pengguna juga boleh memuat turun dan menikmati pelbagai permainan sukan menerusi Google Play.

    SKYWORTH UB7500 didatangkan dalam model 50″, 55 “dan 65” serta dilancarkan di Indonesia September 2019, Vietnam pada Oktober dan Malaysia serta Thailand November lalu.

    Untuk maklumat lanjut, sila layari http://seagames.skyworthoverseas.com/ dan informasi mengenai produk SKYWORTH di Malaysia boleh didapati di http://www.skyworth.com.my/ atau halaman Facebook https://www.facebook.com/SkyworthMalaysia/

    Sumber

  • Jutawan bintang YouTuber

    Jutawan bintang YouTuber

    HANYA dengan mencipta akaun secara percuma di dalam platform saluran YouTube dan memuat naik video menarik, durian runtuh boleh diperoleh sekelip mata! Tidak percaya?

    Itulah yang dilakukan 10 YouTuber yang berjaya meraih pendapatan luar biasa pada usia yang muda. Lebih sukar diterima akal, kanak-kanak yang berusia tujuh tahun pun boleh menjadi kaya-raya hasil penangan kuasa media sosial itu.

    Tidak hairanlah jika mereka bijak menggunakan peluang yang ada untuk menarik perhatian pelayar Internet dengan pelbagai video menarik, rakaman muzik dan aksi bermain permainan atas talian yang hangat di pasaran.

    Sebenarnya, bukan mudah untuk menjadi popular sebagai bintang Youtube. Lebih-lebih lagi memerlukan keyakinan yang tinggi dan content yang mampu memenuhi selera pelayar Internet yang sentiasa ‘laparkan’ input baharu dan video tular.

    Namun dengan wujudnya lebih 1.3 bilion pengguna media sosial, mereka mampu mencipta ‘duit segera’ sekelip mata bergantung kepada jumlah langganan yang diterima seluruh dunia.

    Berikut serba ringkas mengenai kejayaan hidup dan jumlah kekayaan yang dikumpulkan selepas mencipta nama dalam saluran Youtube masing-masing.

    DANIEL MIDDLETON.

    DANIEL MIDDLETON.

    1-Daniel Middleton

    Siapa kata menghabiskan masa dengan bermain game tidak menguntungkan? Lelaki kacak kelahiran British itu membuktikan minat mampu memberikan kekayaan sehingga mencecah $16.5 juta (RM68.82 juta).

    Dengan 22.3 juta langganan, usahawan yang berusia 28 tahun itu meraih kekayaan hanya dengan video Minecraft sahaja dan pemilik akaun saluran Youtube DanTDM yang cukup popular seluruh dunia.

    EVAN FONG yang popular dengan saluran Youtube VanossGaming.

    EVAN FONG yang popular dengan saluran Youtube VanossGaming.

    2.Evan Fong

    Meskipun memiliki lebih empat juta langganan berbanding DanTDM, namun pendapatan yang diterima hanya $15.5 juta (RM64.65 juta) sahaja meletakkan pemilik akaun Youtube VanossGaming itu di tempat kedua.

    Bukan sahaja memiliki kepakaran suntingan video kerana berpengalaman sebagai pengarah kreatif permainan video, Dead Realm, penulis bersama siri animasi komputer, Paranormal Action Squad itu juga berjaya menarik 9.3 bilion tontonan menerusi The VanossGaming Channel yang diwujudkan pada September 2011 lalu.

    DUDE PERFECT.

    DUDE PERFECT.

    3.Dude Perfect

    Lain pula kisah lima sahabat termasuk pasangan kembar terkenal, Cory dan Coby Cotton yang berjaya mencipta nama selepas rancangan sukan hiburan, Dude Perfect mendapat sambutan luar biasa.

    Bukan sahaja memiliki saluran Youtube bernilai $14 juta (RM58.39 juta), lima sahabat yang juga bekas penuntut Universiti Texas A&M itu turut memegang pelbagai rekod dunia Guinness selain meraih 43 juta langganan seluruh dunia.

    RANCANGAN popular, Markiplier dengan jumlah 23 juta langganan dan bernilai $12.5 juta (RM52.14 juta).

    RANCANGAN popular, Markiplier dengan jumlah 23 juta langganan dan bernilai $12.5 juta (RM52.14 juta).

    4.Mark Edward Fischbach

    Seorang lagi produser video permainan yang merupakan anak kelahiran Honolulu, Hawai berusia 30 tahun sedang menuju senarai top 10 bintang Youtube paling kaya dunia dengan rancangan popular, Markiplier.

    Dengan jumlah 23 juta langganan, rancangan bernilai $12.5 juta (RM52.14 juta) itu lebih kepada permainan video seram dan indie seperti Amnesia: The Dark Descent atau Slender: The Eight Pages.

    LOGAN PAUL.

    LOGAN PAUL.

    5. Logan Paul

    Seorang vlogger terkenal yang sentiasa mencuri tumpuan ramai termasuk siri pengembaraan terbaharu di Jepun yang cukup kontroversi kerana merakam insiden bunuh diri di Hutan Aokigahara yang terkenal dengan nama The Suicide Forest.

    Bagaimanapun, kontroversi itu tidak menjejaskan popularitinya sebagai seorang pelakon dan bintang Internet apabila meraih tiga bilion tontonan dalam tempoh tiga tahun sahaja selain masih menerima 19 juta langganan dengan pendapatan mencecah $12.5 juta (RM52.14 juta).

    PELAWAK warganegara Sweden itu meraih keuntungan hanya melalui rancangan PewDiePie dengan pendapatan $12.5 juta (RM52.14 juta).

    PELAWAK warganegara Sweden itu meraih keuntungan hanya melalui rancangan PewDiePie dengan pendapatan $12.5 juta (RM52.14 juta).

    6. Felix Arvid Kjellberg

    Boleh dikatakan masih bergelar pengantin baharu selepas mendirikan mahligai cinta bersama kekasih hatinya dua bulan lalu, pelawak warganegara Sweden itu meraih keuntungan hanya melalui rancangan PewDiePie dengan pendapatan $12.5 juta (RM52.14 juta).

    Bintang Youtube berusia 30 tahun itu menerima langganan sebanyak 96 juta apabila menjadi rancangan paling banyak dilanggan selain menjadi pengulas rancangan The Swedish Gaming pun meletakkan beliau sebagai selebriti internet paling kaya dengan anggaran nilai bersih $50 juta (RM208.55 juta).

    ANTARA lagu yang menjadi hit dendangan Jake Paul.

    ANTARA lagu yang menjadi hit dendangan Jake Paul.

    7. Jake Paul

    Adik kepada Logan Paul ini juga tak kurang hebatnya. Dengan pendapatan mencecah $11.5 juta (RM47.9 juta), bakat Jake yang juga pelakon, pemuzik dan produser video Youtube itu mula mendapat pengiktirafan dalam Vine.

    Sejak penglibatan dalam Youtube pada 2013 dan beberapa tahun berikutnya, video yang dikongsi menerima lebih 4 bilion tontonan dan tidak ketinggalan, lagu ‘It’s Everyday Bro’ yang dilancarkan 2017 lalu menerima 70 juta tontonan dalam sebulan.

    RYAN bersama ibu bapanya menjayakan rancangan Ryan ToysReview.

    RYAN bersama ibu bapanya menjayakan rancangan Ryan ToysReview.

    8. Ryan ToysReview

    Hanya bermain dengan permainan, superstar cilik itu mampu menjana pendapatan $11 juta (RM45.82 juta) sekali gus menjadikan dirinya satu-satunya kanak-kanak berusia tujuh tahun yang mampu mendapatkan 14 juta langganan dalam tempoh tiga tahun.

    Rancangan yang menerima 19 juta langganan itu dikatakan memberi kesan kepada industri permainan berbanding gelombang tsunami dibawa PewDiePie dan setakat ini, video paling popular berjaya menarik perhatian ramai ialah ‘Huge Eggs Surprise Toys Challenge’ dengan 1.3 bilion tontonan.

    SMOSHdikatakan antara saluran Youtube paling lama sejak pelawak slapstick duo, Hecox dan Anthony Padilla menyertai platform itu pada 2005.

    SMOSHdikatakan antara saluran Youtube paling lama sejak pelawak slapstick duo, Hecox dan Anthony Padilla menyertai platform itu pada 2005.

    9. Smosh

    Boleh dikatakan antara saluran Youtube paling lama sejak pelawak slapstick duo, Hecox dan Anthony Padilla menyertai platform itu pada 2005. Bertahun lamanya mereka menghasilkan parodi lucu dan muzik video permainan ikonik sehingga dikenali ramai.

    Bagaimanapun, banyak berlaku perubahan drastik selepas Padilla mengumumkan untuk mengundur diri. Pun begitu, Smosh masih mampu mencapai pendapatan sehingga $11 juta (RM45.82 juta) dengan 24 juta langganan. Selepas pengurusan baharu ambil alih, krew lama masih dikekalkan dan kini beroperasi di pejabat Mythical Entertainment’s Los Angeles.

    LILY menjadi tulang belakang dalam pembikinan Superwoman yang cukup terkenal.

    LILY menjadi tulang belakang dalam pembikinan Superwoman yang cukup terkenal.

    10. Lilly Singh

    Satu-satunya bintang Youtube wanita yang mempunyai pendapatan $10.5 juta (RM43.74 juta) dengan 14 juta langganan seterusnya menduduki carta ke-10 paling kaya di dunia.

    Bukan sahaja seorang vlogger warganegara Kanada, Lilly yang juga seorang produser video komedi dan penyanyi itu menjadi tulang belakang dalam pembikinan Superwoman yang cukup terkenal.

    Sumber