Blog

  • Tip memikat suri hati

    Tip memikat suri hati

    KEKEMASAN rambut, pilihan nuansa baju dan personaliti cukup penting untuk mereka yang julung-julung kalinya berhasrat keluar dating.

    Maklumlah imej maco dan sisi maskulin perlu ditonjolkan demi memikat si penawan hati.

    Bak kata Mohd Fareez Zamri, impresif pandangan pertama adalah penting sebelum menginjak ke langkah seterusnya.

    Penampilan diri juga boleh menjadi skop penentu sama ada kisah cinta pasangan itu berpanjangan atau tidak.

    Lebih menarik, perkongsian pereka fesyen yang juga pemilik jenama Fareez Zamri Couture itu turut mementingkan pilihan lokasi pertemuan dan elemen kejutan supaya misi si pencuri hati berjaya untuk percubaan kali pertama!

    Jejaka yang pemurah dengan senyuman itu turut menyimpulkan beberapa tip menarik buat si teruna yang ingin bertemu suri hati untuk dikongsikan kepada pembaca e-Trend minggu ini.

    PENAMPILAN sangat penting bagi memberikan impresif menakjubkan untuk pandangan mata pertama kerana kekemasan diri turut dinilai ketika pertemuan itu.

    PENAMPILAN sangat penting bagi memberikan impresif menakjubkan untuk pandangan mata pertama kerana kekemasan diri turut dinilai ketika pertemuan itu.

    1. Penampilan

    Elemen penting dalam perhubungan adalah penampilan diri. Buat si jejaka berjambang, disarankan supaya merapi janggut untuk nampak lebih kemas.

    Percayalah, jika anda membuat dandanan rambut baharu lebih stailo, pasti akan membawa kelainan pada wajah!

    2. Pilihan busana

    Tidak perlu berfesyen sehingga memakai sut tuksedo demi memikat hati. Cukup dengan pilihan busana yang santai dan selesa.

    Lebih-lebih lagi cuaca di Malaysia yang panas lembap, pilihlah pakaian yang bersesuaian yang boleh menampilkan sisi maskulin anda.

    PILIHAN busana yang selesa dan sesuai memberikan keyakinan diri buat si jejaka yang pertama kali menjalinkan hubungan percintaan.

    PILIHAN busana yang selesa dan sesuai memberikan keyakinan diri buat si jejaka yang pertama kali menjalinkan hubungan percintaan.

    3. Personaliti

    Jadilah diri sendiri. Tidak perlu berlakon menjadi orang lain untuk membanggakan hati pasangan. Hanya perlu jujur pada hari pertemuan dan tunjukkan keperibadian sebenar.

    Biarpun gabra, jangan menampakkan ekspresi panik, berbual isu yang menarik seperti profil diri. Jangan sesekali menjadi si monopoli perbualan, dengarlah juga si dia bercerita.

    RANCANG lokasi pertemuan yang tenang dan mendamaikan kerana pertemuan pertama adalah momen yang paling diingati.

    RANCANG lokasi pertemuan yang tenang dan mendamaikan kerana pertemuan pertama adalah momen yang paling diingati.

    4. Rancang pertemuan

    Rancang lokasi pertemuan yang tenang dan mendamaikan. Selalunya pertemuan pertama adalah momen yang paling diingati.

    Tempahlah ruang khas untuk bersama si dia demi menjaga privasi dan elakkan bertemu di tempat bising kerana suasana itu boleh merosakkan mood.

    HADIAH kejutan menjadi elemen tambahan untuk memikat hati pasangan.

    HADIAH kejutan menjadi elemen tambahan untuk memikat hati pasangan.

    5. Hadiah kejutan

    Jika mahu jadikan pertemuan pertama lebih diingati, bawalah hadiah sebagai kejutan untuk bakal suri hati.

    Tidak perlu aksesori mewah, sekuntum ros merah atau sejambak bunga sudah memadai bagi menggambarkan anda seorang yang prihatin dan penyayang.



    Sumber

  • Kerjasama bangunkan kilang senjata api pertama di Malaysia

    Kerjasama bangunkan kilang senjata api pertama di Malaysia

    ANAK syarikat milik penuh Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM), KOP Mantap Berhad mengorak langkah setapak lagi dalam industri keselamatan dan pertahanan negara apabila menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat pembuat senjata api terkemuka di Turki iaitu TISAS-TRABZON.

    Pada majlis tersebut, Pengerusi KOP Mantap Berhad, Datuk Seri Ayub Yaakob dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KOP Mantap Berhad, Datuk Iskandar Datuk Abdul Malik bertukar MoU bersama Pengerusi TISAS TRABZON, Ahmet Alemdaroglu dan Timbalan Pengerusi TISAS-TRABZON, Abdullah Ardem.

    Majlis pertukaran MoU itu diadakan sempena KL Summit 2019 dan disaksikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di Putrajaya semalam.

    Melalui perjanjian berkenaan, sebuah kilang pembuatan dan pemasangan senjata api yang pertama di Malaysia bakal dibangunkan melalui pertukaran teknologi daripada TISAS-TRABZON kepada KOP Mantap Berhad dengan kerjasama IDC Technologies Sdn Bhd.

    “Projek ini bertujuan untuk memastikan bekalan senjata api untuk kegunaan anggota keselamatan sentiasa mencukupi sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap negara luar,” kata KOP Mantap Berhad dalam kenyataan akhbar semalam.

    Selain itu, menurut KOP Mantap Berhad, projek berkenaan juga menyasarkan pasaran antarabangsa khususnya negara-negara Asean.

    “KOP Mantap Berhad juga akan melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) mengikut teknologi semasa serta menyediakan latihan kepada penggiat dalam industri ini,” katanya.

    TISAS

    – Syarikat pembuatan senjata api Turki

    – Ditubuhkan pada 1993 di Trabzon

    – Hasilkan pistol, rifel dan aksesori senjata api

    – Digunakan secara meluas di serata dunia

    – Fatih 13 merupakan pistol pertama dikeluarkan

    Fatih 13 merupakan pistol pertama dikeluarkan syarikat TISAS.

    Fatih 13 merupakan pistol pertama dikeluarkan syarikat TISAS.



    Sumber

  • Azrul dilantik MD, CEO PDB baharu

    Azrul dilantik MD, CEO PDB baharu

    SATU pengumuman cukup dinantikan apabila Petronas Dagangan Bhd (PDB) melantik Azrul Osman Rani sebagai pengarah urusan (MD) dan ketua pegawai eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa 1 Januari depan.

    Ketika ini, Azrul juga merupakan Ketua Pembangunan Komersial dan Pembentukan Usahasama di Petronas Refinery & Petrochemical Corporation (PRPC) yang berperanan sebagai CEO PRPC Utilities & Facilities.

    Dalam satu kenyataan, Azrul yang juga penerima biasiswa Petronas itu memulakan kerjayanya di perniagaan runcit PDB sebelum di Malaysian International Trading Corporation Sdn Bhd (MITCO) yang memasarkan pelbagai produk petrokimia untuk pasaran Indonesia.

    Menurut kenyataan itu, beliau menunjukkan kemahiran kepimpinan yang padu sekali gus membawanya menjadi antara pengurus negara termuda dilantik untuk menerajui beberapa unit dalam MITCO serta bahagian lain dalam Petronas Group.

    “Sejak dari tahun 2014 sehingga 2018, beliau menerajui rundingan strategik yang membawa kepada pembentukan usahasama antara Petronas dan Saudi Aramco melalui Kompleks Bersepadu Pengerang yang menjadi pelaburan terbesar bernilai $27 bilion (RM112.44 bilion).

    “Azrul kemudiannya mengambil alih tugas daripada Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed M Tahir, yang pertama kali dilantik sebagai naib presiden pemasaran dan perniagaan hiliran Petronas pada Julai 2017 dan seterusnya sebagai MD dan CEO pada Jun 2018,” menurut kenyataan itu lagi.



    Sumber

  • Fitur baharu manisan lebah

    Fitur baharu manisan lebah

    PROSES mengasingkan air dalam manisan semula jadi madu lebah bukanlah mudah.

    Pun demikian, kesukaran dihadapi usahawan madu kelulut itulah menjadi titik tolak buat penyelidik Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) Sabak Bernam, Selangor mencipta inovasi yang ekstravaganza.

    Gabungan idea empat penyelidik PSIS berjaya menghasilkan Mesin Pengasingan Air Dalam Madu yang diberi nama Polyvapour Drying Machine for Homey (Polyvapour) sekali gus mengharumkan nama institusi berkenaan.

    Cukup membanggakan apabila inovasi itu hanya mengambil enam bulan sahaja. Ya, kepakaran penyelidik tempatan dalam bidang itu tidak dapat disangkal lagi.

    Mohamed Rizal Muhd Tayab, Saifulbahari Mohd Rashid, Mohd Azli adnan dan Wan Izma Azniza Mohamed Roseli membuktikan pencapaian mereka. Geran penyelidikan Public Pivate Research Network (PPRN) bagi tujuan pembangunan inovasi terbabit berjaya diperoleh.

    Wakil penyelidik, Mohamed Rizal menjelaskan, Polyvapour dibangunkan diharap dapat membantu merungkai permasalahan yang dihadapi oleh usahawan indusri kecil dan sederhana (IKS) madu kelulut.

    “Sebelum ini, mereka berdepan masalah khususnya dalam pengekalan kualiti madu dan perlu menjalani kaedah terbaik untuk mengasingkan air yang terdapat dalam manisan tersebut.

    “Kami memikirkan fitur baharu yang bersesuaian dengan fungsi untuk mengeluarkan cecair selain madu dan mengambil masa enam bulan untuk menyiapkannya,” ujarnya kepada e-Trend.

    MESIN Polyvapour yang berjaya dihasilkan empat penyelidik PSIS Sabak Bernam.

    MESIN Polyvapour yang berjaya dihasilkan empat penyelidik PSIS Sabak Bernam.

    Mengulas lanjut mengenai inovasi berkenaan, Mohamed Rizal berkongsi, mesin Polivapour dibangunkan sejak Mac 2019 itu menggabungkan dua konsep. Double boiling dan continuous drying digunapakai bagi memastikan kualiti madu dapat dikekalkan.

    Kaedah gabungan itu dikatakan bersesuaian sebagai jalan penyelesaian bagi mengatasi permasalahan yang dihadapi oleh ramai pemain dalam industri madu terutamanya madu kelulut.

    “Kita sedia maklum mereka sering berdepan masalah kandungan air yang tinggi dalam madu hingga menyebabkan kualiti madu tersebut rendah dan tidak tahan lama.

    “Melalui kaedah double boiling iaitu pemanasan terkawal dengan suhu antara 40 darjah Celsius hingga 60 darjah Celcius yang boleh diselaraskan, ia dapat mengeluarkan air yang terdapat dalam madu secara perlahan melalui proses pemeluapan,” jelasnya.

    Kualiti

    Kaedah continuous drying pula menggunakan instrumen hogger. Ujar Mohamed Rizal, ia bertujuan untuk memastikan pengeringan madu dilakukan secara sekata dengan membalik-balikkan madu semasa proses pengeringan dilakukan.

    “Gabungan dua konsep iaitu double boiling dan continuous drying itu diyakini dapat memastikan air dalam madu dikeluarkan menggunakan kaedah pemanasan terkawal dan pemeluapan yang sekata.

    “Demi menjaga kualiti, mesin tersebut mampu memproses madu sehingga 500 liter padu dalam satu-satu masa. Proses ini dapat menurunkan kandungan madu yang melebihi 30 peratus semasa madu dikutip kepada maksima 20 peratus kandungan air dalam tempoh kurang 24 jam,” katanya.

    PENGARAH PSIS, Ishanuddin (kanan) mendengar penerangan mengenai inovasi yang menerima geran penyelidikan PPRN.

    PENGARAH PSIS, Ishanuddin (kanan) mendengar penerangan mengenai inovasi yang menerima geran penyelidikan PPRN.

    Kaedah yang cukup berinovatif itu katanya, bukan sahaja dapat menjimatkan masa bahkan tenaga dan kos.

    Berbanding dengan kaedah yang digunakan sebelum itu, ia memerlukan masa lebih 48 jam untuk mengeluarkan air dalam madu pada kapasiti maksima 100 liter padu sahaja.

    “Inovasi itu juga diharapkan dapat memberikan impak positif dalam industri pengeluaran madu kelulut tempatan,” katanya yang berkongsikan fitur sofistikated itu kepada e-Trend baru-baru ini.

    Kejayaan diperoleh bukanlah semudah memetik jari. Kongsi penyelidik PSIS, Mohamed Rizal, antara kekangan yang dihadapi penyelidik semasa menyiapkan pembuatan mesin Polyvapour itu adalah mendepani proses pembuatannya.

    “Kami perlu berdepan dengan situasi menggunakan sepenuhnya bahan keluli tahan karat dan bahan yang tebal melalui proses pemotongan menggunakan laser.

    “Tahap kualiti bahan yang tinggi juga perlu dipastikan untuk spesifikasi makanan kerana melibatkan madu, selain sistem permotoran yang bersesuaian,” ujarnya.

    Mesin Polyvapour berkenaan diserahkan kepada Syarikat Trigona Bee Sdn Bhd iaitu pengusaha IKS yang terlibat dalam industri pengeluaran madu kelulut tempatan.

    Majlis penyerahan mesin Polyvapour itu disempurnakan Pengarah PSIS, Ishanuddin Hussin di Ladang Kelulut, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang baru-baru ini.

    INOVASI mesin pengasingan air daripada madu kelulut menjadikan produk lebih berkualiti dan tahan lama.

    INOVASI mesin pengasingan air daripada madu kelulut menjadikan produk lebih berkualiti dan tahan lama.



    Sumber

  • Sajian kombinasi ala Timur, Barat di Concorde Shah Alam

    Sajian kombinasi ala Timur, Barat di Concorde Shah Alam

    KEPADA pencinta hidangan ala Barat, jangan lepaskan peluang mengunjungi Melting Pot Cafe di Hotel Concorde Shah Alam, Selangor bermula pada 24 Disember ini.

    Festival Menu berkenaan dijadualkan berlangsung selama empat hari sahaja iaitu pada 24, 25 dan 31 Disember 2019 serta 1 Januari 2020.

    Sama seperti tahun sebelum ini, Hotel Concorde Shah Alam dilihat masih meneruskan tradisi hidangan minum petang dan bufet makan malam yang bersesuaian dengan selera pengunjung khususnya masyarakat lokal.

    Menurut Cef Eksekutif Hotel Concorde Shah Alam, Alham Daldiri, pada tahun ini pihak hotel menyuntik kelainan.

    CONN6

    CONN6

    “Sebut sahaja festival, pasti kita membayangkan sajian variasi rasa, warna dan tekstur. Disebabkan itu, kami mengambil inisiatif menyediakan makanan konsep timur dan barat bagi memberi kepelbagaian menu kepada pengunjung.

    “Selain masakan Melayu pelanggan juga berpeluang menikmati menu tradisional ala barat bersesuaian dengan selera semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur dan latar belakang,” jelas beliau ketika ditemui Femina pada Majlis Pelancaran Menu Festival Hotel Concorde Shah Alam baru-baru ini.

    MELTING Pot Cafe di Hotel Concorde Shah Alam, Selangor menampilkan dekorasi dan ruang duduk yang selesa.

    MELTING Pot Cafe di Hotel Concorde Shah Alam, Selangor menampilkan dekorasi dan ruang duduk yang selesa.

    Antara yang ditawarkan ialah hidangan ayam belanda panggang bersama sos lada hitam, ikan tuna yang disajikan dengan sos wasabi madu, seleksi keju, sup asparagus berkrim, variasi roti dan ayam roulade tomato concase.

    Tambah menarik, selain menu utama para pelanggan juga berpeluang menjamu selera dengan aneka pemanis mulut dan biskut termasuk kek yang menerapkan dekorasi comel dan menarik.

    ANEKA manisan yang lazat dan menyelerakan.

    ANEKA manisan yang lazat dan menyelerakan.

    “Istimewanya semua hidangan daripada pembuka selera, sajian utama, minuman hinggalah manisan semuanya dimasak oleh barisan cef dalaman hotel ini,” jelas beliau lanjut.

    Bufet makan malam

    Harga:

    RM120 nett dewasa

    RM60 nett kanak-kanak (4-6 tahun)

    Masa operasi: 7 malam-10.30 malam

    (24 Disember 2019)

    Hi-Tea

    Harga:

    RM70 nett dewasa

    RM35 nett kanak-kanak (4-6 tahun)

    Masa operasi: 12 tengah hari- 4.30 petang (25 Disember 2019)

    Lokasi: Melting Pot Cafe, aras bawah, Hotel Concorde Shah Alam, Selangor

    Web: https://shahalam.concordehotelsresorts.com



    Sumber

  • Seni bina Dubai terselit simbolik, tersendiri

    Seni bina Dubai terselit simbolik, tersendiri

    (SIRI 2)

    SETIAP binaannya tidak akan lari daripada menyelitkan simbolik dan makna tersendiri. Itu keistimewaan hampir kesemua pembinaan struktur bangunan yang terdapat di kota Emiriah Arab Bersatu, Dubai.

    Biarpun serba-serbi memanfaatkan teknologi moden, yang pastinya kota wisata kosmopolitan itu tidak pernah melupakan sejarah permulaan kemasyhurannya.

    Uniknya, biarpun lebih lebih 70 peratus penghuni di Dubai bukanlah berstatus warga Emirati (penduduk asal), aspek seni dan budaya asalnya tetap dipelihara.

    Jika pada Siri 1 terdahulu, Jom Relaks mengetengahkan kunjungan ke Alserkal Avenue, La Mer, Burj Khalifa, Dubai Mall dan Global Village, kali ini ikuti destinasi lebih menarik penjejakan seni dan budaya sebagai tarikan di Dubai.

    Dubai Frame

    DUBAI Frame

    DUBAI Frame

    Selain bangunan pencakar langit yang paling tinggi, pusat membeli-belah terbesar dan sistem metro tanpa pemandu yang paling lama di dunia, Dubai menambah satu lagi superlatif melalui binaan bingkai gambar terbesar di planet ini.

    Setinggi 93 meter, Dubai Frame adalah struktur ikonik yang menyajikan pemandangan menarik Old Dubai (lokasi lama) dan New Dubai (lokasi baru). Ia berfungsi sebagai jambatan memperlihatkan metafora besar yang menghubungkan masa lampau Emiriah dengan masa kini yang mewah.

    Pasti meningkatkan adrenalin ketika berpeluang berjalan di sepanjang laluan lorong lantai berkaca sambil nikmati pemandangan ke bandar lama Deira di utara dan menara-menara Sheikh Zayed di selatan.

    Dengan bayaran kira-kira 50 AED, melalui struktur tingkat paling atas bangunan yang telah dibuka sejak dua tahun lalu itu, pengunjung dapat melihat perancangan menakjubkan untuk Dubai 15 tahun akan datang.

    Dubai Camel Racing Club

    DUBAI Camel

    DUBAI Camel

    Lazimnya kita hanya menonton sukan berkuda. Namun di Dubai, kecapilah pengalaman menarik terletak di sepanjang jalan Al Ain, di Al Marmoom Dubai untuk menonton perlumbaan unta di Dubai Camel Racing Club.

    Menarik perhatian ramai pengunjung dari seluruh dunia, ia salah satu sukan tradisional popular di Dubai yang sangat menonjol kepada dunia sejak tahun 1970-an. Kini ia telah menjadi sebahagian daripada tradisi mereka di situ sejak lama.

    Musim perlumbaan unta di situ biasanya bermula pada bulan Oktober sehingga Mac. Jangan tidak percaya, unta robot joki juga telah menjadi trend terkini! Tempat terbaik untuk melihat perlumbaan itu di Dubai adalah di Al Marmoum Camel Racing Track, 45 minit dari bandar.

    Gurun padang pasir

    GURUN padang pasir.

    GURUN padang pasir.

    Rizab Konservasi Gurun Dubai (DDCR) Margham adalah kawasan perlindungan yang ditetapkan untuk pemuliharaan ekosistem gurun di pedalaman asli Dubai. Ia merangkumi 4.7 peratus dari keseluruhan kawasan darat Dubai Emirate dan merangkumi 225km ekosistem padang pasir.

    DDCR adalah ahli Kesatuan Antarabangsa untuk Konservasi Alam (IUCN) dan mendapat pengiktirafan antarabangsa dari Program Alam Sekitar PBB (UNEP). DDCR adalah rumah kepada 57 spesies tumbuhan, lebih daripada 120 ekor burung dan 43 mamalia dan reptilia termasuk Oryx Arab ikonik. Menarik bukan?

    Penulis sendiri berpeluang merasai pengalaman bersafari meredah lautan bukit bukau padang pasir dengan kenderaan pacuan empat roda yang sememangnya mengundang keterujaan.

    Apa tidaknya memacu di lereng bukit yang mencabar kadangkala, efek tujahan tayar mengundang simbahan pasir ke cermin tingkap penulis. Tubuh ‘melonjak’ di dalam kenderaan seperti menaiki roller coster meningkatkan adrenalin.

    Sememangnya kunjungan ke gurun padang pasir itu akan membawa pengunjung ke alam beberapa abad lalu. Rasailah pengalaman menaiki unta dan menikmati waktu malam di khemah terbuka.

    Sambil melihat keindahan bulan dan bintang, pengunjung boleh berhibur dengan tarian raqs sharqi, penari lelaki dengan baju berlampu yang berpusing lebih 10 minit tanpa henti dan tarik gelek penari wanita yang mengasyikkan.

    Muzium Dubai

    MUZIUM Dubai

    MUZIUM Dubai

    Terletak di Al Fahidi Fort, Muzium Dubai yang dibina pada tahun 1787 merupakan bangunan tertua. Sesuailah muzium yang dibuka oleh Raja Dubai pada tahun 1971 dijadikan bertujuan menyampaikan cara hidup tradisional di Emirat Dubai.

    Tatkala memasukinya, pengunjung dapat melihat benteng kubu di pintu masuk. Terdapat lalu mendorong ke galeri yang memaparkan budaya masyarakat terutama pada tahun 1800-an.

    Hayatilah keunikan barangan antik tempatan dan artifak dari negara-negara Afrika dan Asia yang suatu ketika dahulu pernah didagangkan dengan Dubai. Pastinya menerujakan apabila dapat mengimbau kehidupan di emirat sebelum penemuan minyak, sekitar 3000 Sebelum Masihi.

    Dikatakan masa Muzium Dubai seluas 4000 meter persegi itu menerima paling banyak kunjungan dari bulan Ogos hingga April.

    Sheikh Mohammed Centre for Cultural Understanding

    WAKIL SMCCU memberikan penerangan tentang budaya dan tradisi masyarakat Emirati iaitu penduduk tempatan di Dubai.

    WAKIL SMCCU memberikan penerangan tentang budaya dan tradisi masyarakat Emirati iaitu penduduk tempatan di Dubai.

    Sheikh Mohammed Centre for Cultural Understanding atau SMCCU adalah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang mempromosikan kesedaran tentang budaya, adat istiadat, tradisi dan agama.

    Di SMCCU pengunjung boleh membayangkan suasana sebenar berada di kediaman Emirati. Nikmati hidangan tradisional dan berbual santai dengan wakil yang menyambut kedatangan tetamu.

    Selain itu, penulis sendiri berpeluang mencuba jubah wanita tradisional selain menunaikan solat di rumah tradisi terletak di kejiranan Al Fahidi bersejarah Bur Dubai itu.

    Jika anda dari Malaysia, jangan terkejut apabila salah seorang penyambut tetamunya yang pernah bekerja di negara ini menyapa anda dengan fasih dalam bahasa Melayu!

    Al Fahidi Historical Neighbourhood

    AL-FAHIDI

    AL-FAHIDI

    Mahu merasai gaya hidup tradisional di Dubai dari pertengahan abad ke-19 hingga tahun 1970-an? Cerminan rentetan saat itu ada di Kejiranan Bersejarah Al-Fahidi.

    Di sini terdapat banyak bangunan dengan menara udara yang tinggi (barajeel), dibina dengan bahan bangunan tradisional seperti batu, gipsum, jati, kayu cendana, daun palem dan kayu sawit.

    Menariknya, bangunan dibina rapat bersebelahan. Hanya dipisahkan dengan lorong, laluan dan dataran awam. Biarpun bangunan batu terlihat sama, kami difahamkan perbezaannya boleh dilihat daripada jenis pintu dan material digunakan. Lebih mahal, menandakan status hidup seseorang pada zaman itu.

    Tidak jauh dari SMCCU, berdasarkan lokasi strategiknya di Dubai Creek (Khor Dubai), kawasan itu banyak terdapat aktiviti kebudayaan dan seni yang bervariasi (baik dari segi awam dan swasta) dari pameran seni, muzium khusus, kebudayaan dan kesenian.

    Sempat penulis singgah di Muzium Kopi di situ. Malam harinya pula kami melalui lorong-lorong juga terdapat jualan terutama makanan dan cenderahati di sepanjang muara sungai Creek yang bercahaya pada waktu malam. Terdapat juga bot peribadi dan mewah di situ untuk disewa.

    Deira

    GOLDEN Souk

    GOLDEN Souk

    SPICE Souk

    SPICE Souk

    Deira antara kawasan syurga perindustrian wajib dikunjungi. Mengekalkan keajaiban sejarahnya, paling menarik di situ ialah penempatan lokasi membeli-belah dengan harga berpatutan.

    Pasti peminat barangan kemas akan terpesona dengan kepelbagaian jenis koleksi di ‘pasar’ emas, Gold Souk di situ. Yang pastinya harga emas 22k dan 34k nya lebih rendah berbanding di sini.

    Sementara di Spice Souk, terdapat aneka rempah ratus boleh didapati. Selain rempah masakan, terdapat pelbagai lagi barangan dan pakaian berasaskan timur tengah boleh dibeli atau dibawa pulang sebagai cenderamata.

    Dubai Opera

    DUBAI Opera

    DUBAI Opera

    Sama fungsinya seperti Istana Budaya, Kuala Lumpur, Dubai Opera adalah destinasi definitif untuk seni persembahan seni, muzik dan budaya oleh artis dari dalam dalam dan luar negara.

    Terletak di lokasi ‘kilometer persegi paling terkenal di dunia di Downtown Dubai, merangkumi peranannya sebagai pusat kreatif pelbagai persembahan dan acara termasuk teater, opera, balet, orkestra, konsert, pameran fesyen, hiburan, persidangan, galeri dan pameran seni.

    Tanpa tenaga manusia, kecanggihannya untuk mengalihkan hampir 2,000 tempat duduk untuk menjadi sebuah dewan bagi pelbagai acara seperti majlis perkahwinan, pameran perdagangan, galeri seni dan pameran, majlis dan pesta, menggunakan mod ‘lantai rata’ sememangnya penulis kagumi.

    Wajarlah bangunan berkelas dunia berbentuk seperti sebuah kapal laut itu dibuka untuk dilawati.



    Sumber

  • Pendapatan ASB 5.50 sen seunit

    Pendapatan ASB 5.50 sen seunit

    PERMODALAN Nasional Bhd (PNB) menerusi anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 5 sen seunit dan bonus 0.50 sen untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun 2019.

    Kelembapan pasaran dunia adalah antara sebab utama mengapa jumlah pengagihan ASB adalah rendah untuk tahun tersebut.

    Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dalam satu sidang media khas di Kuala Lumpur hari ini.

    Beliau berkata ia membabitkan pengagihan berjumlah RM9.00 bilion dan turut memaklumkan jumlah pemegang unit ASB kini mencecah 10 juta orang.

    Bagi tahun 2019, jumlah pengagihan ASB adalah 5.50 sen seunit.

    Tahun 2018, ASNB mengagihkan pendapatan sebanyak 6.50 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit yang dianggap sebagai pulangan terendah dalam sejarah.



    Sumber

  • Diabetes penyakit utama punca buta

    Diabetes penyakit utama punca buta

    JUMLAH pesakit diabetes kini meningkat di seluruh dunia terutamanya di negara-negara membangun di benua Asia. Prevalens di Malaysia, tidak kurang ‘hebatnya’.

    Institut Diabetes Negara (NADI) menganggarkan sejumlah 4.5 juta penduduk menghidap diabetes dengan separuh daripadanya berkemungkinan tidak mengetahui yang mereka sebenarnya mempunyai penyakit itu.

    Menurut NADI, ‘pencapaian’ tersebut menjadikan Malaysia memegang rekod tidak patut dibanggakan sebagai sebuah negara yang mana mempunyai kadar diabetes paling tinggi di Asia Tenggara.

    Apa tidaknya, diabetes pembunuh dalam senyap yang akan merosakkan organ-organ badan tanpa sebarang simptom yang jelas kepada pesakit.

    Sedarilah bahawa implikasi buruk boleh dihidapi penghidapnya. Selain komplikasi seperti kegagalan buah pinggang, amputasi, strok dan serangan jantung, masalah kebutaan juga boleh berlaku!

    Apakah di sebalik penyakit boleh mengundang mimpi ngeri itu? Di sebalik fakta, adakah kita benar-benar faham dan mempunyai kesedaran mengenai penyakit tersebut?

    Sihat:Aktif memperincikannya bersama pakar berkaitan dalam Medik minggu ini.

    DARI hari ke hari, penglihatan mata Nafsiah Abdullah semakin kabur. Kesulitan dihadapi oleh wanita berusia 58 tahun itu hingga menjejaskan urusan hariannya.

    Sangka bekas guru itu, penglihatan matanya yang makin terhad dek faktor usia. Malangnya ia bukan penyebab utama, sebaliknya apa dihadapinya berpunca akibat diabetes.

    “Saya tahu ada penyakit kencing manis. Memang doktor telah menasihati saya supaya merujuk kepada doktor mata.

    “Tetapi disebabkan masalah tidak dapat hadir semasa temu janji dibuat, saya menangguhkan perjumpaan dengan pakar hingga terus terlupa,” ceritanya.

    Nafsiah mengakui kecewa apabila doktor mengesahkan masalah ‘rabun’ teruk dihadapinya itu disebabkan diabetes, malah jika dibiarkan tidak mustahil menyebabkan kebutaan!

    Menakutkan bukan kesan kencing manis atau diabetes melitus kepada penglihatan?

    Penyakit kronik yang berkaitan dengan kandungan gula (glukosa) yang tinggi dalam darah itu kini menjadi masalah atau penyakit global dalam masyarakat.

    Secara rambang, jumlah pesakit manis sememangnya membimbangkan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada tahun 2030, seramai 2.48 juta rakyat Malaysia mempunyai masalah diabetes melitus.

    Ironinya, seramai 48 peratus pesakit itu yang berumur lebih 40 tahun dikatakan tidak menyedari bahawa mereka sedang ‘dibunuh’ secara halus dengan penyakit tersebut.

    Merujuk kes Nafsiah tadi, biarpun beliau sendiri sejak awal tahu dirinya menghidap diabetes, namun bersikap sambil lewa untuk merujuk doktor mata. Bayangkanlah apa nasib golongan yang langsung tidak menyedarinya.

    Masyarakat kita barangkali sudah lali mendengar natijah angkara diabetes. ‘Perlu mengambil insulin’, ‘cuci buah pinggang’ atau dialisis, makan ubat, ‘potong kaki’ dan seumpamanya sudah dianggap ‘perkara biasa’.

    Namun satu lagi perkara yang sering dilupakan adalah kesan ‘serangan’ diabetes yang mampu menjejaskan pancaindera mata? Ya, dunia boleh menjadi gelap selamanya.

    Mengulas lanjut mengenai fakta itu, pakar perunding kesihatan mata, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad melontarkan pandangannya.

    DR Muhaya

    DR Muhaya

    Sering diabaikan

    Sudah lumrah, pada peringkat awal terkena penyakit diabetes, kebanyakan pesakit ditemuinya akan berasakan tidak memerlukan pemeriksaan mata.

    Pun begitu, ketahuilah bahawa perkara dirasakan tidak perlu pada peringkat awal penyakit itu boleh mengundang impak berpanjangan, kata Dr Muhaya.

    “Alasan ‘saya masih nampak’ itu salah. Sepatutnya sebaik seseorang itu disahkan ada kencing manis, lakukanlah pemeriksaan mata. Doktor mata akan buat pemeriksaan keseluruhan.

    “Namun jika lambat bertindak dikhuatiri terlewat kerana punca utama kebutaan disebabkan penyakit adalah diabetes. Jika tidak mengawal kencing manis, kemungkinan untuk buta ialah 25 kali ganda!,” katanya ketika ditemui di Pusat Mata & Lasik Prof Muhaya di Kajang, Selangor.

    Pesakit diabetes lazimnya berasa kebas kaki dan tangan akibat dipengaruhi oleh semua salur darah kecil. Sudah pasti tidak dapat lari daripada meninggalkan efek pada mata, jelas Dr Muhaya lagi.

    Maka, penting buat pesakit diabetes untuk memastikan doktor yang merawat dirinya turut merujuk kepada pakar mata untuk melakukan pemeriksaan penglihatan.

    Menarik perkongsian Dr Muhaya tentang pesakit diabetes yang sudah sampai ke peringkat memerlukan ‘potong kaki’ atau dialisis, bermakna ‘sudah sah’ mata mereka sudah ke peringkat kerosakan awal.

    Ironinya, ramai yang menjejak ke peringkat itu masih tidak berjumpa doktor mata, sedangkan diabetes boleh memberi kesan buta dengan dua cara.

    Pertama, apabila gula terlalu tinggi, salur darah akan bocor hingga lemak berkumpul menyebabkan kesan pada retina hingga mata tidak boleh melihat.

    Kedua, boleh berlaku pendarahan tiba-tiba yang mana mata terus melihat gelap. Keadaan lebih sukar apabila sampai ke peringkat berdarah.

    “Apabila berdarah, kos pembedahannya boleh menelan belanja lebih tinggi antara RM10,000 hingga RM15,000. Kalau perlu suntikan pula, sekali cucuk ada mencecah beribu, jadi banyak duit habis kalau sudah terlewat. Rugi tak jika kita tidak cegah (diabetes)?

    “Lebih teruk jika diabetes tidak dicegah, pada ketika pesakit makan apa sahaja, ia boleh menyebabkan pendarahan tiba-tiba dalam mata. Tiada petanda awal itu akan berlaku,” kata pakar motivasi terkenal itu.

    Rentetan itu, Dr Muhaya menasihati supaya baik diabetes atau penyakit apapun, supaya mencegah daripada merawat.

    Ganggu organ Sementara itu, Pakar Perunding Oftalmologi, Hospital Pakar AnNur Bangi, Selangor, Dr Norlaili Mustafa, tidak menafikan kencing manis adalah penyakit sistemik yang boleh memberi kesan kepada pelbagai organ di dalam tubuh.

    DR Norlaili

    DR Norlaili

    Mata adalah salah satu organ yang boleh menyebabkan pesakit mengalami komplikasi akibat diabetes.

    Struktur mata terdiri daripada bola mata, otot-otot ekstraokular, tisu-tisu sekitar bola mata seperti lemak dan tisu perantara, kelopak mata, kelenjar-kelenjar kecil dan segala saraf serta salur darah adalah berkaitan mata. Kesemua struktur itu boleh mendapat kesan daripada penyakit kencing manis.

    Bagaimana kencing manis boleh mengganggu organ dan struktur mata?

    Pertama, jelas Dr Norlaili, seseorang yang menghidap kencing manis tetapi tidak mengawal penyakit itu dengan baik akan sentiasa terdedah kepada jangkitan kuman disebabkan imuniti yang rendah.

    “Jangkitan kuman pada mata dan strukturnya seperti ketumbit pada kelopak mata atau abses pada kelopak mata, akhirnya boleh merebak ke seluruh tisu sekeliling mata, melarat hingga ke otak seterusnya membahayakan nyawa.

    “Infeksi boleh melarat hingga ke dalam bola mata menyebabkan kerosakan saraf atau lebih teruk lagi buta,” katanya lagi, senada Dr Muhaya.

    Tambah Dr Norlaili lagi, diabetes yang tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan kanta mata berselaput lebih awal dari masanya. Akibatnya, pesakit terpaksa menjalani rawatan pembedahan katarak lebih awal.

    Pesakit itu juga lebih berisiko mendapat masalah saraf iaitu glaukoma yang boleh membawa kepada kebutaan.

    Jangan gosok mata

    Mengupas lanjut berhubung masalah mata yang sering berkait dengan diabetes, kesan banyak berlaku adalah pada struktur retina iaitu ‘diabetik retinopati’. Ulas Dr Norlaili, justeru pemantauan awal amat penting.

    Di peringkat awal, pemantauan berkala adalah penting sebelum mencapai tahap serius yang memerlukan rawatan laser atau pembedahan.

    “Dalam menangani komplikasi penyakit diabetes di mata, faktor penting adalah bagaimana seseorang individu itu mengawal penyakit diabetes dihidapinya sendiri. Maka rawatan bersama pakar mata dan pakar endokrin memainkan peranan utama.

    “Pesakit dinasihatkan tidak mengambil ringan temu janji bersama pakar mata dan pakar endokrin untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rundingan,” katanya.

    PENGAMBILAN ubat-ubatan dan insulin seperti dinasihati oleh doktor perlu diikuti.

    PENGAMBILAN ubat-ubatan dan insulin seperti dinasihati oleh doktor perlu diikuti.

    Disebabkan pesakit diabetes cenderung mendapat jangkitan kuman, penjagaan kebersihan mata sangat penting bagi mengelakkan jangkitan kuman berlaku.

    Amalan selalu menggosok-gosok mata juga perlu dikurangkan atau diberhentikan sama sekali. Struktur kornea pada bola mata boleh luka dan mengundang jangkitan kuman.

    “Seperti kecederaan pada anggota lain, jika pesakit diabetes mendapat mata merah, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan sesuai.

    “Harus diingat tidak semua penyakit mata merah itu kerana konjunktivitis. Terdapat pelbagai lagi masalah mata yang manifestasinya adalah mata merah,” pesan Dr Norlaili.

    Peka komplikasi lain akibat diabetes

    JANGAN mengambil mudah kesan komplikasi penyakit diabetes kerana risikonya sangat tinggi. Sentiasa peka dengan keadaan kesihatan semasa dengan melakukan pemeriksaan secara berkala.

    Itu nasihat Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Kodiang, Kedah, Dr Mohamad Suaidi Mohamad Sazali atau Dr Mohamad Suaidi ketika berkongsi implikasi boleh diundang akibat diabetes.

    DR Mohamad Suaidi

    DR Mohamad Suaidi

    Menurutnya, terdapat dua pecahan utama terhadap komplikasi kencing manis iaitu kesan kepada pembuluh darah kecil dan pembuluh darah besar.

    “Komplikasi kesan kencing manis kepada pembuluh darah kecil melibatkan mata, ginjal dan saraf periferi,” katanya sambil menyifatkan bahagian mata akan melibatkan saluran darah di dalam mata yang boleh ‘bocor’.

    Menurutnya, hal itu akan menyebabkan berlakunya radangan dan dalam keadaan teruk, pendarahan di dalam mata yang boleh menyebabkan kebutaan.

    Tambahnya lagi, ginjal pula boleh terganggu akibat kencing manis yang tidak terkawal. Akhirnya masalah itu akan menyebabkan kegagalan fungsi ginjal.

    “Akibat kandungan gula yang tinggi juga menyebabkan kerosakan kepada saraf periferi yang memberi simptom seperti kebas dan berasa sakit kepada jari-jari.

    “Keadaan kulit yang kebas menyebabkan luka berlaku di kaki tidak disedari dan boleh menyebabkan kereputan anggota badan seperti jari kaki,” katanya.

    Seperkara, penyakit diabetes dikatakan boleh mengakibatkan komplikasi kepada pembuluh darah besar. Kesannya melibatkan bahagian otak, jantung dan boleh menyebabkan penyakit salur darah periferi.

    Otak yang merupakan bahagian dominan di dalam tubuh badan berisiko untuk terjadinya angin ahmar atau ‘stroke’ kerana pembuluh darah menjadi keras kesan keadaan diabetes yang tidak terkawal. Akibatnya pesakit kencing manis juga sangat berisiko berhadapan dengan serangan jantung.

    Tambahnya lagi, salur darah yang keras akan tersumbat pada hujung anggota badan seperti tangan dan kaki. Sebelum tersumbat secara sepenuhnya, pesakit mempunyai simptom seperti sakit kaki apabila berjalan jauh dan kulit berubah menjadi nipis, pada akhirnya menyebabkan kematian anggota kaki atau tangan.

    ANEKDOT

    Komplikasi akibat diabetis melitus:

    Diabetik retinopati

    Kegagalan buah pinggang

    Penyakit jantung

    Diabetik neuropati

    Diabetic foot disease

    Apa itu diabetik retinopati?

    Diabetik retinopati ialah kerosakan pada retina yang disebabkan oleh komplikasi diabetes. Paras gula yang tinggi dalam darah menyebabkan salur darah tersumbat dan terhasil salur darah baru yang rapuh dan mudah pecah. Ini mengakibatkan penglihatan mata merosot seterusnya boleh menyebabkan kebutaan.

    Tanda dan gejala:

    1) Tiada tanda dan gejala di peringkat awal.

    2) Melihat apungan (floaters) atau bintik hitam di dalam mata.

    3) Penglihatan kabur dan terhalang (black spot) di kawasan tengah penglihatan.

    4) Sukar melihat di waktu malam.

    5) Diplopia (melihat imej berganda).

    6) Mata merah.

    7) Peningkatan tekanan mata.

    Faktor risiko diabetik retinopati:

    Menghidap diabetes mellitus lebih lama.

    Paras gula dalam darah tidak dikawal.

    Obesiti

    Merokok

    Lain-lain masalah kesihatan – darah tinggi dan kolesterol yang tidak terkawal.

    Pesakit diabetes yang sedang hamil.

    Jenis diabetik retinopati:

    Retinopati tanpa proliferasi – Biasanya tidak mengganggu penglihatan. Berlaku sedikit pendarahan.

    Pembengkakan makular – Terjadi akibat cairan retina yang bocor. Boleh merosakkan penglihatan tengah.

    Retinopati proliferasi – Berlaku apabila salur darah baharu yang tidak normal dan rapuh terbentuk. Salur darah itu mudah pecah dan mengakibatkan pendarahan dalam mata yang menyebabkan buta secara tiba-tiba.

    Bagaimana jika mempunyai faktor risiko?

    Pesakit digalakkan untuk menjalani saringan mata dan pemeriksaan mata menyeluruh secara berkala atau setahun sekali.

    Sumber: myhealth.gov.my



    Sumber

  • dUCk lancar butik keenam di Setia Alam

    dUCk lancar butik keenam di Setia Alam

    SELEPAS melancarkan butik dUCk kelima di pusat beli-belah 1Utama, Petaling Jaya, Selangor sempena simbolik usia jenama tersebut pada bulan Oktober lalu, kini Kumpulan dUCK membuka cawangan keenam.

    Butik baharu yang beroperasi di Setia City Mall, Shah Alam, Selangor itu masih mengekalkan konsep perpustakaan bagi menyuntik kelainan dan keistimewaan.

    Lazimnya, jika menjengah masuk ke dalam perpustakaan, pastinya kita disajikan pelbagai buku, artikel dan jurnal.

    Namun begitu, berbeza pula dengan ‘library’ dUCk kerana yang memenuhkan para-para warna putih adalah himpunan kotak rona ungu berisi variasi hijab menawan.

    Hiasan dalaman dan dekorasi tersebut membuatkan pengunjung seolah-olah berada di dalam sebuah perpustakaan.

    Suntikan konsep di butik baharu itu secara tidak langsung mencerminkan personaliti dUCk yang feminin dan moden.

    Sementara itu, Bar Kosmetik dUCk dihiasi batu marmar pula merupakan sudut membolehkan wanita mencuba tekstur dan warna alat solek yang bersesuaian dengan ton kulit wajah.

    Pengasas Kumpulan dUCk, Vivy Yusof, menzahirkan keterujaan apabila berjaya membuka dua buah butik pada tahun ini. Kegembiraan itu turut bercambah apabila berpeluang menjalinkan kerjasama dengan pihak Disney bagi koleksi tudung The Disney x dUCk Frozen.

    “Saya menggelarkan butik, ‘dUCk It Your Way’ kerana di sini pengunjung bukan sahaja berpeluang membeli koleksi tudung, bahkan boleh mendapatkan kosmetik dan tas tangan.

    “Selain dijadikan koleksi peribadi kepelbagaian produk dUCk juga ideal dihadikan untuk yang tersayang,” jelasnya dalam satu kenyataan kepada Femina baru-baru ini.

    Terdahulu, Kumpulan dUCk turut membuka butik yang kelima di pusat beli-belah 1Utama, Petaling Jaya, Selangor simbolik dengan usia jenama berkenaan.

    SELAIN kosmetik, pengunjung juga berpeluang memiliki koleksi hijab yang berkualiti.

    SELAIN kosmetik, pengunjung juga berpeluang memiliki koleksi hijab yang berkualiti.



    Sumber

  • Haramkah gantung gambar keluarga di rumah?

    Haramkah gantung gambar keluarga di rumah?

    MENJADI kebiasaan kita untuk menggantung gambar di dalam rumah bagi menyerikan lagi kediaman.

    Lazimnya, gambar yang memberikan makna kepada diri seperti gambar keluarga, konvokesyen dan perkahwinan sering menjadi pilihan untuk digantung.

    Ya, barangkali itu antara cara kita untuk ‘memahat’ momen indah itu sebagai kenang-kenangan.

    Begitupun, dalam Islam, sebenarnya ada larangan khusus berkaitan menggantung gambar di rumah.

    Apakah larangan berkenaan? Adakah salah tindakan kita menggantung gambar keluarga? Benarkah malaikat tidak akan masuk ke rumah jika ada gambar makhluk hidup digantung?

    Bersama Editor Kanan Penerbitan Al-Quran Karya Bestari, Ustaz Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil untuk merungkai jawapannya dalam segmen Soal Jawab Netizen pada hari ini.

    (ARTIKEL BERKAITAN: Larangan gantung gambar makhluk bernyawa dalam rumah)

    (ARTIKEL BERKAITAN: Hukum gantung gambar manusia pada dinding rumah)



    Sumber