Blog

  • Awas! Ubat boleh bertukar menjadi racun.

    Awas! Ubat boleh bertukar menjadi racun.

    Tips mengelakkan keracunan ubat.

    Apakah keracunan ubat-ubatan?

    Hampir setiap rumah mempunyai atau menyimpan ubat sama ada dalam bentuk ubat biji atau cecair yang boleh dimakan, atau bentuk yang tidak boleh dimakan seperti ubat sedut, supositori, krim, salap, losyen dan ubat titis.

    Setiap ubat adalah racun sekiranya tidak digunakan mengikut peraturan yang disarankan.

    Oleh itu, setiap arahan penggunaan pada label atau yang diberitahu oleh doktor dan petugas di kaunter farmasi mestilah difahami dan dipatuhi untuk mengelakkan risiko keracunan.

    Selain itu, keracunan juga boleh berlaku akibat kelalaian ibu bapa atau penjaga dalam mengambil langkah-langkah tertentu memastikan semua ubat-ubatan dalam rumah sentiasa dijauhkan daripada kanak-kanak.

    Apakah keracunan tanpa disedari dan keracunan tidak sengaja?

    • Keracunan ubat-ubatan pada kanak-kanak boleh berlaku secara tidak disedari atau tidak sengaja. Keracunan tanpa disedari biasanya terjadi kerana salah anggapan ibu bapa atau penjaga terhadap ubat. Kebanyakan kita menganggap bahawa ubat adalah ‘sangat selamat’ dan mengambil sikap sambil lewa semasa memberikan ubat tersebut kepada anak. Untuk mencegah, beberapa perkara berikut adalah disarankan:
    • Pastikan anda memahami betul-betul arahan yang tercatat pada label ubat contohnya dos atau sukatan ubat yang betul, masa penggunaan dan cara penggunaan ubat yang tepat. Selain itu, arahan tambahan yang diberikan oleh petugas di kaunter farmasi juga perlu difahami dengan baik.
    • Sukatan ubat cecair mesti tepat dan menggunakan penyukat yang betul.
    • Elakkan memberi formulasi ubat untuk orang dewasa kepada kanak-kanak.
    • Goncang botol ubat cecair dahulu sebelum menyukat untuk memastikan kandungannya dicampurkan dengan baik.
    • Buang semua ubat-ubatan yang telah luput atau rosak seperti:

    i. Ubat yang telah berubah warna, bau atau rasa.

    ii. Ubat yang telah tamat tarikh luput atau melebihi dua tahun dalam simpanan anda.

    iii. Krim atau salap yang telah berubah warna serta pecah.

    iv. Ubat cecair antibiotik lebihan yang tidak habis dimakan.

    v. ubat titis mata yang tidak habis dipakai.

    • Elakkan mengambil ubat yang telah dipreskribkan kepada orang lain walaupun anda mempunyai tanda-tanda sakit yang serupa.

    Sumber: Pusat Racun Negara

    Bagaimana mencegah keracunan ubat?

    • Elakkan daripada mengambil ubat di hadapan kanak-kanak kerana mereka selalunya akan cuba meniru perbuatan orang dewasa.
    • Jangan panggil ubat-ubatan sebagai ‘gula-gula’.
    • Gunakan penutup botol jenis yang tidak dapat dibuka oleh kanak-kanak untuk menyimpan ubat dan produk kesihatan lain. (Orang dewasa yang menghadapi masalah untuk membuka penutup botol jenis tersebut boleh minta untuk mendapatkan penutup botol jenis biasa yang senang untuk dibuka).
    • Simpan kesemua ubat (preskripsi dan bukan-preskripsi) di dalam bekas asal masing-masing.
    • Sentiasa pasangkan lampu semasa memberi atau mengambil ubat.
    • Semak tarikh luput ubat anda dari masa ke semasa. Sekiranya ubat anda tidak dilabel dengan tarikh luput, anda boleh membuat anggapan bahawa ubat tersebut akan luput dalam tempoh 6 bulan selepas anda beli.
    • Elakkan daripada membuang ubat ke dalam tong sampah yang tidak bertutup di bilik masak atau bilik mandi kerana kebanyakan ubat orang dewasa adalah merbahaya dan ini boleh menyebabkan kematian kanak-kanak dan binatang kecil.
    • Berhati-hati dengan cara penyimpanan vitamin, terutamanya produk yang mengandungi zat besi kerana ia boleh menyebabkan keracunan jika diambil dalam dos yang tinggi. Kanak-kanak adalah lebih mudah mengalami kesan advers berbanding dengan orang dewasa jika terambil dos vitamin berlebihan.
    • Sekiranya bekas ubat tidak mempunyai sebarang label, atau labelnya tidak jelas dan anda tidak dapat membaca cetakan atas label dengan jelas, jangan gunakan ubat berkenaan.
    • Pastikan beg yang mengandungi ubat-ubatan disimpan jauh daripada kanak-kanak pada setiap masa.
    • Sentiasa bersihkan kabinet ubat.

      JANGAN panggil ubat-ubatan sebagai ‘gula-gula’.

      JANGAN panggil ubat-ubatan sebagai ‘gula-gula’.

    Sumber: www.myhealth.gov.my/



    Sumber

  • Tip penting memilih CPU

    Tip penting memilih CPU

    SEKECIL-KECIL peranti seperti central processor unit (CPU) atau unit pemproses pusat, ia cukup penting dalam sesebuah komputer.

    Bagi kaki gamer, pemilihan CPU yang bersifat high performance sangat signifikan dengan harga agak premium berbanding peranti untuk penggunaan biasa yang boleh dibeli dengan harga munasabah.

    Bagaimana pengguna perlu bijak memilih CPU yang sesuai memandangkan banyak dijual di dalam pasaran dengan pelbagai harga dan jenama?

    Jangan bimbang kerana Pensyarah Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran Unisel Kampus Bestari Jaya, Muhammad Fairuz Abd Rauf ada panduan berkaitan.

    Saksikan perkongsian tip menarik untuk mengetahui lebih mendalam mengenai CPU dalam sesebuah komputer. Selamat mencuba!



    Sumber

  • Tingkatkan pengambilan kalori dan protein dalam diet pesakit kanser.

    Tingkatkan pengambilan kalori dan protein dalam diet pesakit kanser.

    Masalah pemakanan berkaitan kesan daripada penyakit kanser dan rawatannya.

    Kanser dan rawatannya, iaitu radioterapi dan kemoterapi, boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan yang boleh mempengaruhi pengambilan makanan.

    Beberapa faktor akan menentukan tahap kesan sampingan seperti:

    1. Jenis kanser yang dihidapi
    2. Bahagian anggota yang terlibat dengan rawatan anti kanser
    3. Dos dan tempoh rawatan anti kanser.

    Secara umumnya, rawatan kemoterapi dan radioterapi akan menyebabkan:

    1. Kurang selera makan
    2. Berasa loya
    3. Muntah (kadang-kadang)
    4. Perubahan deria rasa dan bau

    Penurunan sel darah putih, sel darah merah dan platlet juga boleh berlaku dan menyebabkan pesakit akan berasa letih.

    Khusus bagi rawatan radioterapi, kesan sampingan adalah bergantung kepada bahagian anggota yang diberikan rawatan radioterapi. Sebagai contoh:

    1. Jika radioterapi diberikan pada bahagian mulut atau muka (facial), maka rawatan radioterapi tersebut akan menyebabkan radang pada mukosa mulut yang juga dipanggil mucositis di mana pesakit akan berasa sakit dalam mulut.

      – Sakit tekak juga boleh berlaku dan menyebabkan kesakitan semasa menelan makanan.

      – Selain itu, pesakit juga mengalami perubahan deria rasa dan bau.

    2. Jika radioterapi diberikan pada bahagian pelvis, contohnya dalam kanser usus besar, kanser servik atau endometrium, maka pesakit akan mengalami cirit-birit sebagai kesan sampingan daripada radioterapi tersebut.

    Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa semua kesan sampingan yang disebabkan oleh rawatan kemoterapi dan radioterapi adalah suatu keadaan yang sementara sahaja yang berlaku ketika rawatan dan kemungkinan berterusan sehingga 3 bulan selepas rawatan. Ia akan pulih selepas tempoh tersebut.

    Kepentingan Pemakanan

    Kesan daripada rawatan kanser seperti yang dinyatakan di atas akan mempengaruhi proses:

    1. Penghadaman
    2. Penyerapan nutrien
    3. Kebolehdapatan nutrien yang penting daripada makanan yang diambil oleh pesakit kanser.

    Kekurangan nutrien yang penting akan meningkatkan risiko kepada kekurangan zat makanan atau dikenali sebagai malnutrisi.

    Cancer Treatment Centers of America melaporkan hampir 65% hingga 70% pesakit kanser mengalami malnutrisi.

    Kanser berkaitan malnutrisi akan menyebabkan pesakit berasa letih, lemah dan tidak dapat mencapai matlamat rawatan kanser yang diberikan.

    Justeru, pengambilan pemakanan yang optimum semasa dan selepas rawatan kanser adalah sangat penting untuk:

    1. Meningkatkan tindakbalas dan penerimaan pesakit terhadap rawatan yang diberikan
    2. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan mengurangkan risiko jangkitan kuman
    3. Meminimumkan kesan sampingan daripada rawatan anti kanser
    4. Memberi kekuatan dan tenaga kepada tubuh badan
    5. Membantu proses pemulihan dan penyembuhan
    6. Mengekalkan berat badan.

    Keperluan Tenaga

    Keperluan tenaga bagi pesakit kanser adalah berbeza bagi setiap individu. Ia bergantung kepada:

    1. Berat badan dan ketinggian
    2. Jenis rawatan
    3. Kesan sampingan rawatan anti kanser yang dialami.

    Secara dasarnya, keperluan tenaga bagi pesakit kanser adalah tinggi; ia bertujuan untuk:

    1. Mencegah kehilangan berat badan
    2. Meningkatkan kesan rawatan kanser

    Keperluan Protein

    Protein adalah salah satu nutrien yang tidak boleh diabaikan bagi pesakit kanser. Protein memainkan peranan dalam membentuk dan mengekalkan:

    1. Otot
    2. Tisu
    3. Sel darah merah
    4. Hormon
    5. Memberi kekuatan dalam meningkatkan sistem pertahanan tubuh untuk melawan jangkitan kuman

      Tips Untuk Meningkatkan Pengambilan Kalori dan Protein

      Melalui penambahan makanan berkalori tinggi kepada makanan yang diambil:

      – Tambahkan minyak, mentega atau marjerin ke dalam masakan yang bersesuaian seperti nasi, pasta, kentang, sayur-sayuran dan sup.

      – Sapu mentega, coklat, jem atau madu pada roti, ban atau biskut.

      – Makan lempeng, wafel atau buah-buahan bersama aiskrim.

      – Tambahkan yogurt atau sos salad ke dalam salad buah-buahan dan sayur-sayuran.

      – Tambahkan susu ke dalam masakan seperti sup krim, lempeng, telur hancur, kentang lenyek dan puding.

      – Tambahkan isi ayam atau telur ke dalam sup, salad dan omelet.

      – Taburkan kacang ke dalam pencuci mulut seperti buah-buahan, aiskrim dan puding.

      – Minum susu suplemen rumusan khas yang mempunyai kalori dan protein yang tinggi.

      Melalui cara dan tabiat pengambilan makanan:

      – Makan pada setiap kali waktu makan utama iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.

      – Makan snek yang sihat seperti jagung rebus, sandwich dan aneka bubur untuk 2 atau 3 kali dalam sehari.

      – Pastikan perut tidak kosong kerana ia akan menimbulkan rasa loya.

      – Elak makanan yang berlemak, pedas serta sangat manis semasa mengalami rasa loya.

      – Ambil kebanyakan minuman atau cecair antara waktu makan.

      – Minum sedikit demi sedikit jus yang sejuk atau mana-mana minuman yang tidak mengganggu perut.

      – Cuba makanan yang sejuk kerana ia kurang bau serta mudah hadam.

      – Elakkan minum berselang-seli semasa makan kerana ia akan membuatkan anda berasa cepat kenyang.

      – Melakukan sedikit aktiviti fizikal yang ringan mengikut kemampuan untuk meningkatkan selera makan.

      – Cuba memakai pakaian yang longgar sekiranya sedang mengalami rasa loya.

    Sumber: www.myhealth.gov.my/



    Sumber

  • Perodua Tweckbot temui pelanggan di Sabah

    Perodua Tweckbot temui pelanggan di Sabah

    SEBAGAI satu inisiatif di bawah Program Keselamatan Jalan Raya, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) bakal memberikan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan percuma melalui program Tweckbot.

    Tweckbot akan berlangsung di ITCC Mall, Penampang, Sabah bermula jam 10 pagi hingga 5 petang pada 21 dan 22 Disember ini akan menawarkan pemeriksaan percuma ke atas kenderaan Perodua.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, pelanggan yang memeriksa kenderaan mereka dengan Tweckbot akan menerima baucar diskaun 20 peratus yang boleh ditebus untuk pembelian alat ganti dan aksesori terpilih di mana-mana pusat servis Perodua yang sah.

    “Menjelang perayaan Krismas dan Tahun Baharu yang bakal tiba, ramai yang akan menggunakan jalan raya untuk bercuti dan melawat keluarga dan juga sahabat handai.

    “Kami berharap pelanggan mengambil peluang menerusi program ini bagi memastikan perjalanan pulang ke kampung halaman bagi meraikan hari penting dengan selamat,” katanya sambil menambah pasukan Tweckbot akan memeriksa kenderaan pengguna dan memberi laporan secara percuma.

    Semasa menunggu, kakitangan Perodua akan mempelawa pelanggan untuk menyertai pelbagai aktiviti menyeronokkan yang antara lain akan meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya.

    Sebagai info, Perodua Tweckbot telah memeriksa lebih 8,000 kenderaan sejak pengenalannya pada tahun 2011.



    Sumber

  • Penangan rona merah jambu

    Penangan rona merah jambu

    PENGACARA televisyen dan penulis makanan popular kelahiran Bath, United Kingdom (UK), Mary Berry gemar mencipta kelainan terutamanya dalam bab berfesyen.

    Buktinya, pada saat wanita seusianya selesa menyarungkan busana palet warna pastel dan lembut, namun Berry berusia 84 tahun tampil berani menggayakan koleksi pakaian berasaskan merah jambu terang.

    Lihat sahaja penampilan beliau mengenakan dres separa lutut polos warna berkenaan dalam satu program televisyen yang turut diserikan dengan kehadiran pasangan diraja Putera William dan isteri, Kate Middleton pada 16 Disember lalu.

    BERRY (tengah) diapit Price William (kiri) dan Kate Middleton membuktikan wanita berusia emas juga ideal menggayakan busana jenama Damsel in a Dress merah jambu. Foto: www.hellomagazine.com

    BERRY (tengah) diapit Price William (kiri) dan Kate Middleton membuktikan wanita berusia emas juga ideal menggayakan busana jenama Damsel in a Dress merah jambu. Foto: www.hellomagazine.com

    “Selain busana merah jambu, saya juga akan memakai beberapa lapis bulu mata palsu dan memilih warna pemerah pipi atau pembayang mata terang supaya tidak tampak lesu,” jelasnya dalam satu temu bual bersama media antarabangsa.

    Kemunculan beliau dalam persalinan merah jambu terang koleksi Damsel in a Dress tersebut bukan sahaja menjadi perbualan netizen, bahkan turut mendapat perhatian pemain industri fesyen antarabangsa.

    Majoriti menyifatkan inisiatif Berry memilih warna berkenaan secara tidak langsung membuktikan bahawa merah jambu bukan hak mutlak baik untuk kanak-kanak perempuan mahupun kelompok remaja yang meminati fesyen Pop Art.

    Bicara Berry, wanita seharusnya berani dan bebas bereksperimentasi untuk menterjemahkan perkara diminati dalam medium penggayaan.

    Sememangnya, faktor usia bukan penghalang bagi seseorang itu tampil stailo, apatah lagi memilih item fesyen rekaan dan warna moden seperti merah atau merah jambu.

    Hakikatnya, nuansa itu ideal digayakan wanita daripada pelbagai peringkat umur asalkan bijak mempraktikkan konsep suai dan padan bersama pakaian, aksesori, tas tangan dan sepatu pilihan.

    Koleksi Cole Haan

    Dalam pada itu, khas buat wanita yang meminati warna romantik dan feminin, koleksi pelengkap gaya Cole Haan antara jenama pilihan bersesuaian. Sebagai penutup tirai 2019 label gaya hidup keluaran Amerika Syarikat tersebut menampilkan rangkaian Cole Haan x Rodarte berasaskan rona merah jambu.

    Pilihan warna sedemikian tampak serasi apabila dipadankan bersama pakaian warna pastel, hitam, putih dan biru termasuk pakaian motif flora, geometri atau abstrak.

    Menerusi kolaboratif itu, wanita berpeluang bersantai sambil menyarungkan sneakers dan tampil anggun dengan kasut bertumit tinggi.

    Ini bermakna, Cole Haan bukan sahaja menawarkan konsep fesyen kasual, bahkan turut menerapkan gaya stailo, comel dan menawan.

    Kasut bertumit tinggi misalnya, ideal dipadankan bersama gaun kembang, dres labuh ataupun busana tradisional.

    Selain digayakan pada majlis formal, ia juga boleh dipakai ketika memenuhi undangan majlis perkahwinan atau acara minum petang.

    Menariknya, bagi menyuntik kelainan pada kasut tumit tinggi tersebut, Cole Haan menggabungkan warna hitam bahagian belakang manakala merah jambu permukaan muncung hadapan kasut.

    KOMBINASI warna merah jambu dan hitam pada sepatu jenama Cole Haan menyuntik penampilan sofistikated.

    KOMBINASI warna merah jambu dan hitam pada sepatu jenama Cole Haan menyuntik penampilan sofistikated.

    Selain itu, jenama popular itu turut menghasilkan tas tangan pelbagai saiz yang sesuai digayakan oleh semua bentuk badan.

    Bagi wanita bertubuh langsing dan tinggi, pilih saja beg jenis lebar berbanding bertali pendek untuk mengelakkan diri kelihatan rendah.

    Wanita yang berbadan gempal pula, beg tangan bersaiz kecil dan bulat serta bersegi pilihan sepadan.



    Sumber

  • Ford Ranger XLT 2.2L hadir penuhi gaya hidup lebih stail

    Ford Ranger XLT 2.2L hadir penuhi gaya hidup lebih stail

    BAGI menghargai pelanggan setianya di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia telah melancarkan model baharu Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas yang hanya dihasilkan dalam unit terhad.

    Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas itu hadir dalam warna Absolute Black dan Arctic White serta dilengkapi dengan dapra lebar (fender flare), kamera undur (rear view camera) dan penutup tonneau.

    Untuk meningkatkan lagi tawaran gaya hidup Ranger tersebut, sistem infotainmen dinaik taraf dengan menggunakan skrin sesentuh bersaiz 9 inci yang lebih besar.

    Jentera itu turut lengkapi dengan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto yang menyokong aplikasi-aplikasi mobil seperti Spotify, Waze, YouTube dan Google Chrome melalui sambungan hotspot agar perjalanan anda lebih seronok dan memudahkan.

    Pelekat bercorak geometri diserikan pada bahagian kiri dan kanan trak itu untuk melengkapkan gaya sporty dan lasaknya.

    RANGER itu juga hadir dengan ruang kabin yang luas dan selesa menjadikan ia kenderaan paling ideal untuk tugasan atau rekreasi.

    RANGER itu juga hadir dengan ruang kabin yang luas dan selesa menjadikan ia kenderaan paling ideal untuk tugasan atau rekreasi.

    Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas baharu menggunakan enjin Ford Duratorq 2.2L turbo diesel dan dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan automatik. Ia mampu menghasilkan 160 PS dan daya kilas setinggi 385 Nm.

    Antara kelengkapan lain untuk Ford Ranger XLT 2.2L termasuklah teknologi pintar dan fungsi keselamatan tercanggih seperti 4X4 Shift-On-The-Fly, bilah pengelap dengan pengesan hujan, sistem stereng berkuasa Electric Power Assisted Steering yang ringan, lincah lampu daytime running lights dan lampu hadapan untuk penglihatan lebih terang.

    Dijual pada harga RM120,888 untuk Semenanjung Malaysia dan RM126,388 untuk Sabah dan Sarawak (harga atas jalan, tanpa insuran), Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas baharu itu kini telah berada di semua bilik pameran Ford Semenanjung Malaysia. Untuk Sabah dan Sarawak, trak tersebut akan mula dipamerkan pada minggu ketiga Disember ini.



    Sumber

  • KNOWLEDGE TUMBLES FROM BEYOND THE SNOWS OF CHRISTMAS!
    @ BERJAYA TIMES SQUARE HOTEL, KUALA LUMPUR

    The annual tradition of the season of giving has returned this year at Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur (BTHKL) through the proliferation of knowledge and wisdom via our CSR event, the Gift of Knowledge, proudly co-sponsored by Times Bookstore, Ty Malaysia, AiFM, The Giving Bank, and Orient Snow. This earnest tradition that merges the spirit of love, giving, sharing, and celebrating comes together with a resplendent Christmas indulgence for a total of 50 children from three orphanage homes: Trinity, Rumah Hope, and Assunta. BTHKL takes great pride and gratification in our effort to make significant contributions through our series of CSR activities and events, which goes in line with the company’s objective to give back to the community. The event will be held at the Manhattan Ballroom, located on the 14th floor. 

    For this year’s CSR, commemorating the spirit of Christmas celebration, BTHKL is pleased to present the Gift of Knowledge campaign that promotes the unparalleled value and merit of knowledge, wisdom, and education. As such, we have come together to provide a deeply educational and rewarding experience for all the children involved. The Book Wish List will be hung on the Christmas tree at participating Times Bookstore outlets in Klang Valley for guests to purchase books for the children.

    We are enormously honored to have a collaborative effort with our esteemed partners and sponsors, AiFM, Times Bookstore, Ty Malaysia, The Giving Bank and Orient Snow, who are responsible for transforming our Manhattan Ballroom into a magical, winter celestial for one whole day. This includes artificial snows that carpet the entire ballroom floor, which brings the ambiance and backdrop of winter to our guests and children. On the other hand, fitting the theme of knowledge, wisdom, and education, the Times Bookstore is responsible for providing a stable resource for books and other publications for the event. 

    To start off the magical and phenomenal journey for the children, we have prepared an exceedingly exceptional treat for them, starting with a breath-taking performance from our specially invited singers, including Ashley Yemurai (winner of the 4th edition of Pertandingan Nyanyian Lagu-Lagu Melayu Antarabangsa (PALMA 2018), Black GS, Man Hong (beatboxer), Eva & Louis, and our premier main singer, which will only be revealed during the event. Other activities lined up for the event include a Quiz Session, TV Fashion Show, Xmas Gift Presentation, Cake-Cutting Ceremony, and the New Year Song Sing-Along as the finale. This year’s line-up for this event is guaranteed to absolutely entertain and enthral the children, as they embark on an extraordinary journey that enables them to create a lasting, unforgettable memory with BTHKL and our proud sponsors. 

    The General Manager of BTHKL, Mr. Hugo Gerritsen, had stated that “It is of the utmost importance that we corroborate Christmas as an opportunity for us to provide a powerful, empowering experience for the children through our Gift of Knowledge CSR event. This particular event serves as a platform for us to expand our resources for a charitable cause, while also serving as a way of giving back to the community and sharing our love and care with them. As always, we will strive to ensure that this year’s CSR will be the best one we have ever organized with our sponsors!”  

    Once more, we would like to cordially express our greatest thank you and gratitude to our sponsors: Times Bookstore, AiFM, TY Malaysia, The Giving Bank, and Orient Snow, not only for their collaborative excellence, but also for their time, effort, and resources.

  • Bank Islam perkenal kad debit Perak FA TGB

    Bank Islam perkenal kad debit Perak FA TGB

    BANK Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) menjalinkan kolaborasi bersama Pasukan Bola Sepak Perak menerusi Kad Debit-i Bank Islam Visa Perak FA TGB.

    Kerjasama melalui penjenamaan bersama itu sekali gus membuktikan sokongan padu Bank Islam terhadap sukan bola sepak negara.

    Pengurus Negeri Bahagian Deposit, Wan Siti Hajar Wan Salim berkata, kad debit berkenaan diberikan kepada setiap pemegang akaun baharu Bank Islam.

    “Orang ramai boleh sahaja datang ke cawangan terdekat di seluruh negeri, kad ini hanya sah di cawangan-cawangan bank di Perak sahaja,” katanya pada sidang media sempena Kempen Jelajah Awfar Bank Islam di Pasar Raya Besar Mydin Meru Raya di sini hari ini.

    Jelajah selama tiga hari berakhir esok itu turut diserikan dengan kehadiran pemain-pemain Skuad The Bos Gaurus (TGB).

    Menurutnya, sambutan yang diterima sangat memberangsangkan dan pihaknya berharap ia dapat membantu pembangunan bola sepak tempatan.

    Wan Siti Hajar menyampaikan cenderahati tanda penghargaan kepada pengurusan Pasukan Bola Sepak Perak.

    Wan Siti Hajar menyampaikan cenderahati tanda penghargaan kepada pengurusan Pasukan Bola Sepak Perak.

    “Kad ini menawarkan pelbagai manfaat kepada pemegang kad yang mana sebahagian daripada jumlah fi tahunan kad akan dimanfaatkan oleh TGB sebagai sumbangan daripada bank dan pemegang kad kepada pembangunan pasukan bola sepak kesayangan mereka,” katanya.

    Dalam pada itu, pemain pertahanan Perak, Nazirul Naim berkata, sepanjang berada dalam barisan skuad itu, Bank Islam banyak memberikan sokongan menerusi program-program pembangunan.

    “Sudah tentu sumbangan seperti ini sedikit sebanyak memberi impak kepada pembangunan pasukan negeri,” katanya.



    Sumber

  • Tawaran berbaloi di POPULAR Mega Bookfair

    Tawaran berbaloi di POPULAR Mega Bookfair

    JOHOR BAHRU – POPULAR Mega Bookfair kini sedang berlangsung di Mid Valley Exhibition Centre di sini bermula hari ini hingga 29 Disember depan.

    POPULAR dalam kenyataannya memaklumkan, ekspo itu merupakan kesinambungan kepada BookFest @Malaysia yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini.

    POPULAR Mega Bookfair yang dibuka bermula jam 10 pagi hingga 10 malam bukan hanya menjual buku, malah pelbagai item menarik ditawarkan kepada pengunjung pada harga berbaloi.

    “Bertemakan ‘POPULAR Assures’, ekspo ini menawarkan bahan bacaan terbaik kepada rakyat Malaysia membabitkan naskhah dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Cina.

    “Ia turut menawarkan alat tulis, hadiah, cakera padat dan cakera video digital, gajet dan produk teknologi maklumat (IT),” menurut kenyataan itu.

    Hari ini diadakan ‘Member’s Day’ dengan pelbagai tawaran istimewa untuk ahli selain kad edisi terhad sempena sambutan ulang tahun POPULAR ke-95.

    Sah selama tiga tahun, orang ramai yang menjadi ahli atau memperbaharui keahlian membawa pulang hadiah eksklusif.

    Selain itu, ahli yang beralih kepada e-Membership menerusi aplikasi POPULAR MY akan menerima baucar RM5 dan hadiah eksklusif.

    “Nikmati juga diskaun untuk pembelian buku Bahasa Inggeris, Melayu dan Cina selain baucar yang ditawarkan sepanjang ekspo berlangsung.

    “Pelbagai aktiviti turut disediakan untuk pengunjung antaranya demonstrasi masakan, pertandingan bercerita dan bengkel,” kata kenyataan itu lagi.

    Antara objektif POPULAR Mega Bookfair dianjurkan ialah untuk memupuk rasa cintakan membaca dalam kalangan masyarakat.



    Sumber

  • Kulinari asli Hong Kong

    Kulinari asli Hong Kong

    KINI para penggemar makanan oriental tidak perlu menempah tiket penerbangan ke Hong Kong kerana sajian berkenaan boleh dinikmati di EATZ @Hong Kong, The Gardens, Kuala Lumpur.

    Sejak dibuka pada bulan Ogos lalu, cawangan pertama restoran itu bagaikan syurga makanan apabila menyajikan lebih 100 menu popular dalam kalangan masyarakat Kantonis Hong Kong bermula dari zaman 50-an, era British kolonial hingga era milenial.

    Menurut Pengarah Urusan Simply Awesome Sdn Bhd, Valerie Choo, setiap individu mempunyai tafsiran tersendiri tentang masakan Hong Kong.

    “Ada yang mengatakan tat telur, ada pula yang memilih Polo Bun dan Cheese Baked Rice. Sememangnya tiga menu berkenaan tersenarai dalam kategori sajian popular di Hong Kong.

    TAT telur menu popular dalam kalangan masyarakat Kantonis di Hong Kong. Foto: EATZ @Hong Kong.

    TAT telur menu popular dalam kalangan masyarakat Kantonis di Hong Kong. Foto: EATZ @Hong Kong.

    “Ini disebabkan ketika di bawah jajahan British sekitar tahun 50-an, negara tersebut telah menyaksikan asimilasi budaya termasuk perubahan masakan harian mereka.

    “Justeru, tidak hairanlah apabila terdapat elemen ala British diterapkan di mana-mana kafe atau kedai kopi sekitar Hong Kong pada zaman dahulu,” katanya dalam satu kenyataan kepada Femina baru-baru ini.

    Diterajui Ketua Cef, Noor Azizah Hashim bersama 10 kakitangan muda mahir di dapur, kemahiran kulinari pasukan berkenaan membolehkan lebih 100 menu terbaik Hong Kong disediakan untuk para penganjung.

    Tambahan pula, khidmat nasihat daripada Cef Kreatif, Johnny Wong yang berasal dan membesar di Hong Kong juga dilihat berjaya mencipta keenakan signatur istimewa seperti cheese-baked chicken cutlet with rice, satay beef rice, curry seafood rice dan Australian beef striploin.

    Ini termasuklah hidangan ringan antaranya ms souffle dan tat telur yang lazimnya menjadi pilihan utama masyarakat British di Hong Kong. Tidak dilupakan sajian klasik seperti smoked duck with pumpkin rice, polo bun with truffle scrambled egg, Hong Kong milk tea, Hong Kong Ying Yong dan pemanis mulut, Osmanthus Jelly serta red bean rice pudding.

    Bagi mengekalkan keaslian dan menepati piawaian rasa, bahan-bahan yang digunakan juga adalah terbaik, segar, premium dan dijamin halal.

    Sementara itu, Pengarah Urusan Simply Awesome Sdn Bhd, Valerie Choo berkata, bahan-bahan segar khususnya halal adalah kunci utama proses penyediakaan masakan di EATZ @Hong Kong.

    “Usaha ini dititiberatkan supaya para pelanggan Muslim tempatan berpeluang menikmati masakan Kantonis ala Hong Kong yang halal dan bersih,” katanya.

    Beroperasi seawal 8.30 pagi, EATZ @Hong Kong turut menyajikan makanan set sarapan pagi dan set makan tengahari yang mana kedua-dua set tersebut dilengkapi dengan teh susu Hong Kong.

    Teh susu berkenaan merupakan sejenis minuman tradisional yang menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat Hong Kong sejak berabad dahulu.

    Dekorasi

    Berbicara mengenai dekorasi dan reka bentuk restoran, Choo menjelaskan, EATZ @Hong Kong bermain dengan simbahan warna terang seperti biru firus.

    “Sementara itu, enam unit lampu chandelier pula menjadi pilihan demi memenuhi konsep restoran yang berorientasikan Hong Kong pasca Kolonial British.

    “Di beberapa dinding restoran pengunjung dapat melihat lakaran mural nukilan anak muda tempatan, Aleff Ahmad yang menampilkan zaman penggunaan beca roda tiga, seni bina hotel warisan, kereta api, tram sehinggalah bas dua tingkat,” jelasnya lanjut.

    Sebahagian panel dinding lain pula memfokuskan kepada 10 signatur menu EATZ @Hong Kong dalam bentuk lukisan tangan.

    Dengan keluasan lebih 2,500 kaki persegi, restoran EATZ @Hong Kong mampu memuatkan kapasiti lebih 100 pengunjung pada satu masa.

    Susun atur meja dan kerusi terbahagi kepada built-in dan fleksi termasuk menyediakan sudut riadah untuk kanak-kanak.

    “Kami yakin konsep EATZ @Hong Kong bersesuaian untuk pengunjung yang mementingkan aspek meliputi hidangan, suasana, kualiti, perkhidmatan dan value-for-money.

    “Kombinasi secara holistik ini diharapkan dapat menjadikan EATZ @Hong Kong alternatif terbaik untuk sajian pagi, tengah hari dan makan malam rakyat Malaysia”, ujar Choo.

    SELAIN nasi, restoran ini turut menyajikan hidangan mi yang menyelerakan.

    SELAIN nasi, restoran ini turut menyajikan hidangan mi yang menyelerakan.

    ANEKDOT

    EATZ @Hong Kong

    Lokasi: Aras bawah, The Gardens Mall, Kuala Lumpur

    Masa operasi: 8.30 pagi hingga 10 malam

    Web: www.eatzhk.com.my

    Facebook: @EATZ @HONG KONG

    Instagram: @eatz_hk



    Sumber