Blog

  • Craft Stylers buat wanita tertawan

    Craft Stylers buat wanita tertawan

    PENAMPILAN menarik dan menawan tidak mencukupi jika rambut tidak didandan dengan baik. Tidak keterlaluan dikatakan ‘mahkota’ itu cukup penting dalam mencipta personaliti sekali gus membangkitkan aura seorang lelaki.

    Hakikatnya, produk penggayaan rambut tidak dinafikan menjadi aksesori cukup penting bagi kaum Adam sama seumpama alat solek wanita bagi mengekspresikan personaliti diri mereka yang sebenar.

    Memahami kepentingan itu, jenama Nivea Men terkenal sebagai produk nombor satu penjagaan deodoran berkenaan tampil dengan rangkaian baharu, Nivea Men Craft Stylers yang mempunyai penyelesaian lengkap buat kaum lelaki.

    Merujuk satu kenyataan media, nama Craft Stylers diilhamkan oleh keinginan para jejaka untuk menggayakan rambut dan mengubah penampilan pada bila-bila masa diinginkan. Pun begitu, ia tetap menjanjikan bentuk kekal sepanjang hari.

    CRAFT Stylers Workable Styling Cream (kiri) dan Craft Stylers Fixating Styling Gel memberi kekemasan semula jadi dan daya tahan lama.

    CRAFT Stylers Workable Styling Cream (kiri) dan Craft Stylers Fixating Styling Gel memberi kekemasan semula jadi dan daya tahan lama.

    “Nivea Men Craft Stylers melengkapkan rejim penjagaan dan perapian diri dengan produk penggayaan yang menawarkan versatiliti selain memberi peluang kepada si jejaka untuk mempamerkan kreativiti dalam bergaya.

    “Produk itu juga merupakan varian pertama dengan tekstur yang boleh digabungkan tanpa menjejaskan hasil bahkan para lelaki boleh menata gaya rambut ala messy matt hinggalah kepada efek rambut rapi bersinar,” katanya.

    Rangkaian Nivea Men Craft Stylers itu hadir dengan empat jenis produk yang mempunyai aroma maskulin menarik dan diperkaya dengan Vitamin E semula jadi bagi menguatkan rambut dan memberikan perlindungan sepanjang hari.

    Sumber

  • Kurang nutrisi cabaran buat si kecil

    Kurang nutrisi cabaran buat si kecil

    KANAK-KANAK di Malaysia dikatakan lebih cenderung mengambil makanan yang mempunyai kurang nutrisi.

    Penyelidik utama bagi Kajian Nutrisi Asia Tenggara I (SEANUTS I) di Malaysia, Prof Dr Poh Bee Koon percaya bahawa kanak-kanak rantau ini, terutama di Malaysia, masih terkesan dengan tabiat pemakanan sedemikian.

    Walaupun kajian SEANUTS I telah selesai pada tahun 2011, kanak-kanak tempatan dan di rantau ini didapati masih belum mendapat nutrisi yang cukup dalam diet mereka.

    “Penemuan menunjukkan bahawa secara purata kanak-kanak Malaysia hanya minum setengah hidangan susu setiap hari lebih membimbangkan.

    “Hanya lima peratus kanak-kanak sebenarnya minum dua hidangan susu setiap hari, iaitu jumlah yang disarankan untuk membantu mereka mendapatkan keperluan harian kalsium dan vitamin D,” kata Bee Koon yang juga Pengerusi Pusat Kesihatan Masyarakat, Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara FrieslandCampina dengan UKM baru-baru ini.

    Turut hadir, Timbalan Dekan Rangkaian dan Generasi Pendapatan, UKM, Prof Dr Hidayatul Fathi Othman; Dekan, Fakulti Sains Kesihatan, UKM, Prof Dr Suzana Shahar; Pakar Utama, Pembangunan dan Pemakanan Global, Penyelaras FC & Program SEANUTS I & II, Dr Panam Parikh; Pengarah Urusan Dutch Lady Milk Industries Berhad, Tarang Gupt dan Timbalan Dekan, Penyelidikan dan Inovasi, UKM, Prof Dr Siti Balkis Budin.

    Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatangani kerjasama antara syarikat induk Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI) FrieslandCampina dan UKM bagi merasmikan permulaan SEANUTS II.

    Dalam pada itu, Bee Koon berkata, tinjauan di Malaysia menunjukkan seorang daripada lima orang kanak-kanak mempunyai berat badan berlebihan atau obes dan hampir seorang daripada 10 kanak-kanak terbantut.

    Seorang dalam 20 kanak-kanak pula mempunyai masalah kurang berat badan.

    Hampir separuh daripada kanak-kanak tidak mendapat vitamin D dan kalsium yang mencukupi, sementara sebahagian besar kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun adalah tidak aktif secara fizikal.

    Justeru, beliau juga menyarankan agar tabiat minum susu sebagai sebahagian amalan sarapan pagi sebagai salah satu cara untuk meningkatkan tahap nutrisi kanak-kanak Malaysia.

    Oleh kerana masalah kekurangan zat makanan yang teruk di rantau ini, kaji selidik tersebut akan memberi tumpuan tambahan untuk mendapatkan pemahaman mengenai penggunaan protein dan khasiat.

    Itu kerana protein adalah zat asas yang kritikal untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

    Keputusan dijangka diperoleh pada 2021 dan akan digunakan untuk membangunkan kaedah campur tangan khusus sesebuah negara, memperkukuhkan pengetahuan saintifik dan menyokong dasar kerajaan.

    Sumber

  • Beri nilai tambah, manfaat kepada pendeposit

    Beri nilai tambah, manfaat kepada pendeposit

    SETELAH sekian lama menggunakan kontrak simpanan Al-Wadiah Yad Dhamanah, Lembaga Tabung Haji (TH) memutuskan untuk menggantikannya dengan konsep baharu yang dipanggil sebagai Wakalah yang ternyata lebih efisien, sistematik dan berstruktur. Wakalah akan berkuat kuasa secara rasminya pada 31 Disember 2019.

    Menerusi kontrak baharu itu, TH bertindak sebagai wakil untuk menguruskan dana pendeposit bagi tujuan pelaburan dan operasi haji. Keuntungan yang dijana hasil daripada aktiviti berkenaan pada setiap tahun akan diagihkan kepada pendeposit berdasarkan prestasi kewangan TH.

    Bagi pendeposit sedia ada, mereka tidak perlu mengisi apa-apa dokumen baharu untuk urusan kontrak penukaran tersebut.

    Sebagai makluman, peralihan itu akan dibuat secara automatik apabila pendeposit atau pemegang akaun di TH masih mengekalkan deposit wang mereka di TH. Begitupun, mereka (para pendeposit) tidak perlu khuatir dengan transisi tersebut. Ini lantaran kontrak simpanan baharu yang bakal dikuatkuasakan itu sebenarnya memberi nilai tambah dan manfaat kepada kita sebagai pendeposit.

    Barangkali ada yang masih keliru dan kepala berselirat dengan pelbagai tanda tanya tentang konsep Wakalah.

    Kenapa TH menukar kontrak simpanan syariah itu daripada Al-Wadiah Yad Dhamanah kepada konsep Wakalah? Apakah ia memberi kelebihan kepada kita sebagai pendeposit di TH?

    Konsep Wakalah

    Menjawab pertanyaan itu, Anggota Lembaga TH, Prof Dr Ashraf Md Hashim yang lebih arif menerangkannya secara terperinci kepada Sinar Islam. Sebelum mengulas lanjut, Ashraf mengajak kita mendasari konsep Wakalah.

    ASHRAF

    ASHRAF

    Dalam bahasa mudahnya, ujar beliau, Wakalah bermaksud pelanggan mewakilkan TH untuk melakukan apa sahaja dengan wang yang mereka depositkan kepada pihaknya mengikut Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

    Jelasnya, Akta Tabung Haji membenarkan TH membuat pelaburan dan sebagainya. Akta berkenaan juga mewajibkan TH melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan haji.

    “Jadi, itulah (konsep) Wakalah yang dipersetujui oleh setiap pendeposit kepada TH untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut dan membenarkan TH menolak kos sebelum dividen keuntungan diagihkan kepada mereka.

    “Kos itu termasuklah kos pentadbiran, kos haji yang ditanggung TH dan ketiga, sebelum mendapat hasil pelaburan, kita izinkan TH untuk membayar zakat bagi pihak kita. Setelah tiga perkara utama itu ditolak, barulah ia diagihkan kepada pendeposit. Itu adalah tanggungjawab TH sebagai wakil dalam konsep Wakalah,” katanya dalam satu sesi wawancara di Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Konsep itu katanya lagi, berbeza dengan bank atau institusi pelaburan lain yang mana mereka dikenakan bayaran atas pelaburan yang dibuat.

    “Bayaran itu sebenarnya adalah keuntungan kepada institusi,” terang Ashraf yang juga Ketua Pegawai Eksekutif ISRA Consultancy Sdn Bhd.

    Berlainan pula di TH, badan berkanun berkenaan ditubuhkan bukan untuk mencari keuntungan. Bahkan, TH tiada pemegang saham atau sesiapa pun yang memiliki institusi itu kerana ia ditubuhkan di bawah Akta Tabung Haji.

    “Sebab itulah kita tiada keuntungan yang hendak diagihkan kepada pemegang syer. Justeru, segala (keuntungan) akan diagihkan kepada pendeposit. Ini bermakna, apa yang TH tolak sebenarnya bukan fi (bayaran), tetapi ia adalah kos pengurusan sebenar.

    “Bagaimanapun, TH dari semasa ke semasa cuba untuk mengurangkan kos-kos tersebut supaya apabila kos pentadbiran kurang, untungnya lebih dan dapat diagihkan secara lebih kepada pendeposit,” ujar beliau.

    Perbezaan dengan kontrak lama

    Sesi wawancara kemudian membangkitkan tentang perbezaan antara kontrak simpanan syariah berkonsepkan Wakalah dengan Al-Wadiah Yad Dhamanah.

    Ashraf yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia menjelaskan, secara umumnya, kedua-dua kontrak itu sama sahaja iaitu wang prinsipal pendeposit dijamin oleh kerajaan dan mereka layak untuk mendapatkan keuntungan atau pulangan.

    Namun, secara khususnya, sudah tentu kedua-dua akad itu ada perbezaan. Dari kaca mata Ashraf yang pakar dalam bidang berkenaan merumuskan, kontrak simpanan syariah Wakalah itu adalah lebih baik dan efisien.

    KONSEP Wakalah yang bakal dikuatkuasakan dalam semua akaun pendeposit TH bersifat lebih efisien, sistematik dan berstruktur.

    KONSEP Wakalah yang bakal dikuatkuasakan dalam semua akaun pendeposit TH bersifat lebih efisien, sistematik dan berstruktur.

    “Secara spesifiknya, menerusi akaun Al-Wadiah Yad Dhamanah atau simpanan yang dijamin, apabila pendeposit datang kepada TH dan beri duit kepada TH, dari segi syariahnya, itu dikira sebagai sebahagian hutang yang pendeposit berikan kepada TH. Sebab itu, TH sebagai orang yang menerima hutang, dia perlu menjamin wang prinsipal berkenaan.

    “Maknanya, kalau mereka bagi saya hutang RM100, saya sebagai penerima hutang kena bayar balik RM100. Tidak ada pilihan dan dengan itu, TH tak boleh hendak berjanji untuk memberikan pulangan RM105 kepada orang yang berikan hutang tadi kerana itu sudah jadi riba. Di situlah kekangannya.

    “Begitu juga dengan deposit yang mana pendeposit datang bagi hutang kepada TH, namun secara tiba-tiba mereka minta TH bayar lebih secara kontrak. Itu tak boleh. Malah, apa yang kita bagi sebelum ini (menerusi Al-Wadiah Yad Dhamanah) ialah atas budi bicara TH. Ia tiada dalam kontrak kerana kalau ada dalam kontrak, itu akan dianggap sebagai riba,” kata beliau.

    Bagi Wakalah pula, secara khususnya, ia melibatkan seseorang pendeposit yang datang kepada TH dan memberikan duitnya sebagai seorang prinsipal mewakilkan TH untuk melakukan sesuatu, antaranya melaburkan duit berkenaan dan sebagainya.

    “Sebagai wakil, menjadi tanggungjawab TH untuk memberi pulangan kepada pendeposit tadi jika ada lebihan pulangan selepas ditolak dengan kos pengurusan dan beberapa kos terlibat yang dinyatakan tadi. Ia wajib diberi, bukan lagi atas dasar budi bicara seperti kontrak sebelumnya,” ujar beliau.

    Justeru, peralihan daripada Al-Wadiah Yad Dhamanah kepada Wakalah itu memperlihatkan pengurusan kontrak simpanan syariah di bawah TH lebih jelas dari segi operasinya, jelas Ashraf.

    Bahkan, ia akan lebih mendisiplinkan TH dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai wakil kepada pendeposit. Pada masa sama, akad itu bersifat lebih telus kepada pendeposit.

    “Benar, kalau dulu atas dasar budi bicara, contohnya katakan TH untung RM100, namun dengan budi bicara tadi dia bagi RM50 sahaja dan bakinya boleh lagi simpan.

    “Namun, apabila ditukar kepada kontrak syariah yang baharu, untung RM100 tadi selepas ditolak dengan kos-kos terlibat, bakinya akan diagihkan kepada pendeposit kerana kita kita tiada pemegang saham untuk diagihkan kepada mereka,” kata beliau.

    Malah, konsep Wakalah itu juga membolehkan TH untuk membuat promosi dan menawarkan hadiah-hadiah tertentu dalam promosi berkenaan.

    Tak jejaskan operasi

    Adakah Wakalah akan menyebabkan dividen diperoleh pendeposit lebih tinggi?

    Penyelidik Kanan di Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA) itu menjelaskan, soal dividen tinggi atau tidak, ia sebenarnya bukan berdasarkan kepada akad berkenaan.

    “Sebaliknya, ia bergantung kepada hasil perniagaan, pelaburan dan sebagainya. Jadi, tidak ada isu sama ada apabila beralih kepada Wakalah, (dividen) akan lebih rendah atau lebih tinggi. Ia bergantung kepada pasaran dan kebijaksanaan menguruskan wang tersebut.

    “Apapun, menjadi tanggungjawab TH (untuk) menyalurkan sebarang keuntungan kepada pendeposit, berbanding akad yang lama atas budi bicara. Jadi, dari segi itu, saya rasa lebih baik dari segi disiplin pentadbiran kewangan,” ujar beliau.

    Malah, Ashraf turut menjangkakan tambahan jumlah pendeposit yang dipacu oleh promosi dan sebagainya yang bakal dilaksanakan oleh TH, selain kelebihan mendepositkan wang bersama badan berkanun berkenaan berbanding dengan institusi lain.

    “Selain wang yang dijamin kerajaan, pulangan yang bakal diperoleh juga akan mengikut pasaran. Tambahan pula, mereka yang menyimpan di TH juga insya-ALLAH akan beroleh ganjaran pahala kerana sedikit daripada keuntungan akan digunakan untuk membantu jemaah yang bakal mengerjakan haji. Maknanya, kita akan mendapat pahala di samping keuntungan,” kata beliau.

    PROSES transisi dalam kontrak simpanan di TH tidak akan menjejaskan operasi badan berkanun itu, malah ia akan memantapkan lagi institusi kewangan umat Islam dan memudahkan urusan jemaah haji.

    PROSES transisi dalam kontrak simpanan di TH tidak akan menjejaskan operasi badan berkanun itu, malah ia akan memantapkan lagi institusi kewangan umat Islam dan memudahkan urusan jemaah haji.

    Meskipun berlaku peralihan tersebut, jelas Ashraf, ia langsung tidak menjejaskan operasi TH sebagai institusi kewangan umat Islam dan memudahkan cara urusan jemaah haji.

    “Malah, ia akan memantapkan lagi hubungan TH dengan pendeposit dan operasi badan berkanun itu. Seperkara lagi, TH memang terkenal sebagai sebuah institusi yang efisien dalam melaksanakan tanggungjawabnya mengendalikan jemaah, saya yakin usaha itu akan diteruskan dan dimantapkan dari masa ke masa.

    “Maka, tidak timbullah persoalan tentang pertukaran akad tadi kerana memang sudah menjadi tanggungjawab TH untuk memantapkan operasi mereka,” katanya.

    Disebabkan itu, Ashraf berpendapat, tiada keperluan untuk TH menyediakan pilihan kontrak simpanan syariah lain apabila Wakalah menggantikan Al-Wadiah Yad Dhamanah berkuat kuasa pada 31 Disember 2019 kerana kelebihan akad baharu tersebut.

    “Setakat ini, memang tiada pilihan lain untuk akad itu. Untuk ada pelbagai pilihan, ia agak sukar dari segi operasi dan ia juga membebankan dari segi operasi, kos dan sebagainya,” jelas beliau.

    Berdasarkan rekod, TH kini mempunyai 9.4 juta pendeposit dan berpengalaman mengendalikan lebih sejuta jemaah haji sepanjang 56 tahun musim haji.

    Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Wakalah, layari laman web https://www.tabunghaji.gov.my/wakalah atau https://www.tabunghaji.gov.my/ms/soalan-lazim-wakalah.

    Sumber

  • Tawaran terbaik Huawei serendah RM19.39 sehari

    Tawaran terbaik Huawei serendah RM19.39 sehari

    Bergelar penuntut kolej pada zaman sekarang mesti ada komputer untuk memudahkan membuat tugasan yang dikehendaki oleh pensyarah.

    Jika mempunyai komputer riba lagi bagus sebab boleh dibawa ke mana-mana dan bila-bila masa. Jadi tak ada istilah ketinggalan berbanding dengan rakan-rakan yang lain.

    Bagi seorang penuntut kolej, harga untuk membeli komputer riba memang agak tinggi. Tak semua mampu memiliki komputer riba yang memenuhi kriteria-kriteria yang diingini.

    Namun dengan adanya pelan ansuran khas yang ditawarkan untuk pelajar oleh Huawei iaitu Huawei Together 2020 Student Package, semua penuntut boleh memiliki komputer riba sendiri.

    Percaya atau tidak, dengan hanya RM19.39 sehari selama setahun, kita sudah mampu memiliki empat (4) barang produk Huawei yang lengkap untuk seorang pelajar dengan tawaran luar biasa. Jika untuk tempoh enam bulan, anda hanya perlu membayar sebanyak RM38.67 sahaja.

    Empat barang tersebut adalah sebuah komputer riba MateBook 13 Series, sebuah kamera Huawei Nova 5T, seutas jam tangan Watch GT2 (46mm) dan sepasang fon telinga FreeBuds 3. Sungguh menarik.

    Uniknya setiap produk-produk Huawei ini saling melengkapi di antara satu sama lain.

    Hebatnya MateBook 13 Series & Telefon Huawei Nova 5T

    Komputer MateBook 13 Series, ia cukup ringan dan nipis, oleh itu mudah untuk dibawa ke mana-mana bersama dengan buku-buku.

    MateBook 13 Series ini juga cukup mudah digunakan kerana ia bersifat ‘user-friendly’. Jadi, tidak ada masalah besar untuk menjadi ‘master’ kepada komputer riba ini.

    Paling best, cukup mudah untuk dihubungkan dengan telefon Huawei Nova 5T. Hanya dengan ‘single tap’ sahaja, imej di telefon anda sudah boleh dipindahkan ke komputer riba.

    Bayangkan 500 gambar boleh dipindahkan hanya dalam masa satu minit. Hebat bukan.

    Kamera Huawei Nova 5T ini penuh dengan gaya sesuai untuk anak-anak muda zaman sekarang. Ia tampil dengan ciri-ciri yang terbaik iaitu lima teknologi kecerdasan buatan (AI) 48MP Quad AI kamera di belakang dan kamera depan 32MP untuk memberi hasil terbaik.

    Lima ciri AI itu terdiri antaranya kamera swafoto untuk anda yang gemar berswafoto dengan hasil yang mengagumkan, Ultra-Wide Angle untuk menampakkan pemandangan yang menarik, potret untuk gambar OOTD bersama rakan-rakan dan gambar panorama malam.

    Bergaya dengan Watch GT2 & FreeBuds 3

    Seperti dinyatakan tadi, Huawei Together 2020 Student Package ini juga termasuk dengan seutas jam tangan Watch GT2 (46mm). Dengan jam pelbagai guna ini bukan sahaja menunjukkan masa tetapi juga memastikan anda tidak terlepas setiap perkembangan media sosial terkini yang dihubungkan melalui telefon pintar.

    Jam tangan Watch GT2 ini juga membolehkan anda memeriksa sendiri tahap kesihatan, menjawab panggilan telefon ketika sedang melakukan aktiviti lain seperti ketika sedang bersenam dan menariknya lagi, boleh mendengar muzik melalui jam.

    Untuk melengkapi produk Huawei, anda perlu mendapatkan fon kamera FreeBuds 3. Fon ini mempunyai mempunyai kesan stereo baik, kualiti bunyi yang jelas dan latensi ultra rendah.

    FreeBuds 3 mempunyai 14 milimeter (mm) besar ‘dynamic coil’sama ada ‘treble’ atau ‘bass’, ia mudah dikawal dan selesa digunakan di mana-mana saja walau dalam jangka masa yang agak lama. Ini kerana rekaannya yang ringkas dan praktikal.

    Lebih menarik FreeBud 3 ini mempunyai sistem pembatalan bunyi yang aktif.

    Jadi, dengan tawaran yang berbaloi ini, buatlah pilihan bijak anda dengan memilih pakej untuk pelajar ini. Empat (4) produk dengan hanya RM38.67 sehari selama enam bulan ansuran atau RM19.39 sehari dengan setahun ansuran.

    Huawei turut menawarkan pakej serendah RM8.97 sehari. Menarik kan!

    Terus sahaja layari huaweitogether2020.3ex.com.my

    Sumber

  • Tidak sah solat jika baca Surah al-Fatihah sekadar dalam hati

    Tidak sah solat jika baca Surah al-Fatihah sekadar dalam hati

    MEMBACA Surah Al-Fatihah merupakan salah satu daripada rukun-rukun solat.

    Ya, kebanyakan kita memang akan membaca ummul kitab itu tatkala menunaikan solat, namun dari segi lafaz berkenaan kadangkala kurang jelas didengari di telinga sendiri.

    Bahkan, ada segelintir orang pula membaca surah berkenaan hanya dalam hati.

    Bagaimanakah cara yang betul melafazkan Surah al-Fatihah berkenaan? Adakah cukup sekadar berbisik dan bacaan itu hanya didengari di telinga sendiri?

    Sebelum menjawab kemusykilan itu, ayuh kita fahami dahulu bahawa bacaan Surah al-Fatihah tersebut termasuk dalam rukun qauli.

    Rukun qauli adalah bacaan-bacaan yang wajib dalam solat.

    Ia merangkumi takbiratul ihram, Surah al-Fatihah, tasyahud akhir dan salam.

    Ketika menunaikan Rukun Islam ke-2 itu, setiap umat Islam disyaratkan melafazkan setiap rukun qauli tersebut dengan suara yang dapat didengari oleh diri sendiri jika keadaan pendengaran kita baik dan tiada halangan untuk mendengarnya seperti bunyi bising.

    Bagaimanapun, jika keadaan adalah sebaliknya yang mana pendengaran kita kurang baik seperti mengalami masalah tuli atau ada halangan lain sebagai contoh bunyi bising, maka tidak diwajibkan untuk kita mendengar bacaan berkenaan.

    Pun begitu, kita tetap wajib melafazkannya dengan suara yang boleh didengari ketika pendengaran kita dalam keadaan baik atau keadaan tidak bising.

    Perkara itu tidak boleh dipandang remeh kerana ia antara penentu kesahan solat seseorang itu.

    Tidak sah bacaan setiap rukun qauli apabila ia tidak dilafazkan dengan suara yang dapat didengari oleh dirinya sendiri.

    Ia termasuklah jika rukun-rukun qauli yang disebutkan di atas hanya sekadar dibaca di dalam hati.

    Tindakan itu sebenarnya menyebabkan solat yang dikerjakan tidak sah.

    Ambil beratlah tentang perihal solat kita agar ia diterima oleh ALLAH SWT.

    Masih belum terlambat untuk kita memperbaiki solat masing-masing.

    Semoga ALLAH menerima segala amal ibadah yang kita lakukan.

    (Sumber: Portal rasmi kemusykilan agama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

    Sumber

  • Penyakit tibi bahaya jika tidak dikawal dari awal!

    Penyakit tibi bahaya jika tidak dikawal dari awal!

    PENYAKIT tuberkulosis atau tibi adalah penyakit berjangkit berpotensi memberi kesan serius terhadap kesihatan paru-paru seseorang.

    Antara penyakit tertua di dunia, ramai juga menggelarkannya sebagai batuk kering disebabkan penghidapnya akan batuk berpanjangan antara dua minggu atau lebih.

    Wujud sejak 1940-an lagi, tibi sangat digeruni akibat kuman Mycobacterium bacillus.

    Mudahnya ia disebarkan hanya dengan titisan kecil melalui batuk atau bersin.

    Lebih menakutkan, sekiranya penyakit yang sepatutnya perlu mengambil beberapa jenis ubat selama beberapa bulan untuk membasmi jangkitan dan mencegah perkembangan rintangan antibiotik itu tidak dirawat dengan segera.

    Implikasinya boleh sampai ke peringkat mencabut nyawa!

    Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan 10 juta kes baharu tibi di seluruh dunia pada tahun 2017, kira-kira 24,000 kes baharu setiap hari dan hampir 1.6 juta kematian dengan 4,000 kematian setiap hari.

    Adalah sukar untuk menentukan bilakah penyakit tibi dapat dihapuskan termasuk di Malaysia.

    Selain dikatakan akibat pendatang haram yang tidak disaring, banyak juga kes kerana pesakit lambat atau tidak mendapatkan rawatan kerana jahil tentang bahana penyakit itu.

    Mudahkah tibi dirawat? Apakah langkah pencegahan terbaik? Ikuti kupasannya pada edisi Sihat:Aktif minggu ini.

    Tibi: Kelewatan membawa maut

    Kesedaran orang ramai terhadap kuman, punca tibi masih rendah

    SETIAP tahun sekurang-kurangnya 1,500 hingga 2,000 kes kematian akibat batuk kering atau tibi (TB) direkodkan dengan purata enam kematian setiap hari di Malaysia.

    Lebih serius kes baharu tibi yang direkodkan dianggarkan antara 20,000 hingga 25,000 setahun.

    Menurut Ketua Sektor Tibi/Kusta, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Mohamed Naim Abdul Kadir, kebanyakan kes kematian akibat tibi yang disifatkan masih tinggi itu adalah disebabkan pesakit lewat mendapatkan rawatan di hospital.

    DR Mohamed Naim.

    DR Mohamed Naim.

    Keadaan itu membimbangkan kerana kesedaran orang ramai terhadap kuman Mycobacterium tuberculosis yang menjadi punca tibi masih lagi rendah.

    Katanya, sehingga kini transmisi jangkitan tibi masih aktif walaupun pelbagai rawatan diperkenalkan dan peningkatan pengesanan kes telah dijalankan.

    Kes tertinggi

    Pada 2018, lima negeri mencatatkan kes baharu tibi tertinggi iaitu Selangor 5,071 kes, Sabah 5,008 kes, Sarawak, 3,122 kes, Johor 2,150 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya, 2,017 kes.

    Dr Mohamad Naim berkata, Selangor mencatatkan kes tertinggi disebabkan kepadatan penduduk yang tinggi terutama penduduk tahap sosioekonomi yang rendah di bandar.

    Sementara di Sabah, faktor kes tibi tinggi disebabkan penduduk bukan warganegara tidak membuat pengesanan awal kerana bimbang dengan penguatkuasaan undang-undang, ekoran status kewarganegaraan mereka.

    Tahun lepas, kes tibi direkodkan menurun sedikit iaitu 25,837 kes, berbanding tahun 2017 dengan 26,168 kes baharu. “Tahun ini kita lihat ada trend peningkatan kes dan kita jangka akan lebih tinggi lima peratus berbanding tahun 2018,” katanya sambil menambah kadar kematian tibi yang sedang dalam rawatan akan turut meningkat.

    Beliau menekan betapa pentingnya pengesanan awal kes tibi bagi mengelak kematian kerana pesakit tibi boleh sembuh dengan mematuhi jadual rawatan yang ditetapkan.

    “Dua penyakit berjangkit yang tinggi di Malaysia adalah tibi dan denggi. Berbanding denggi, jumlah kes antara 50,000 hingga 100,000 kes setahun tetapi kes kematian hanya sekitar lebih kurang 100 kes. Namun, bagi tibi, kes sekitar 20,000 hingga 25,000 kes setahun tetapi kematian dalam lingkungan 1,500 hingga 2,000 kes setahun,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

    Dr Mohamad Naim berkata, terdapat jurang yang masih luas, kira-kira 10 peratus dalam pengesanan kes baharu di Malaysia sepertimana ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

    “Pada masa ini, kes baharu yang dikesan sekitar 25,000 kes sedangkan WHO menyasarkan sepatutnya Malaysia mengesan 33,000 kes baharu. “Fokus kita sekarang menjurus kepada kes-kes yang tidak dapat dikesan dengan melakukan saringan kepada kumpulan yang berisiko mendapat tibi bagi mengurangkan jurang itu,” katanya.

    Kumpulan yang berisiko mendapat tibi ialah pesakit HIV dan buah pinggang, penghuni penjara dan pusat jagaan warga emas, pesakit diabetes, perokok tegar, pelanggan klinik metadon dan petugas kesihatan (bahagian berisiko mendapat jangkitan penyakit).

    Faktor pendatang asing

    Malaysia bukan dalam kalangan 30 negara yang mempunyai beban kes tibi tertinggi di dunia. Pun begitu, pekerja asing yang datang ke negara ini adalah dalam kalangan negara yang mempunyai beban kes tibi yang tinggi.

    Pada masa ini kadar kes tibi di Malaysia mengikut perkiraan WHO adalah sekitar 92 kes bagi setiap 100,000 (92/100,000) penduduk. Antara negara yang mempunyai kes tibi tertinggi di dunia ialah Indonesia (395/100,000), Kemboja (380/100,000), Myanmar (365/100,000), Nigeria (322/100,000), Filipina (322/100,000), Bangladesh (255/100,000), Pakistan (270/100,000) dan India (217/100,000).

    KES tibi di Malaysia

    KES tibi di Malaysia

    Di sebalik kebimbangan terhadap perkaitan antara pekerja asing dengan penyakit tibi, Dr Mohamed Naim berkata, agak sukar menyatakan mereka sebagai punca peningkatan kes tibi. Apa tidaknya, 87 peratus kes tibi yang berlaku adalah dalam kalangan rakyat Malaysia.

    Hanya 13 peratus kes melibatkan warga asing yang dilaporkan, katanya. Bagaimanapun kebanjiran pendatang tanpa asing izin (PATI) ke negara ini yang tidak menjalani ujian saringan tibi seperti yang ditetapkan kerajaan menyumbang risiko penularan tibi di negara ini.

    KES tibi berjaya dikesan melibatkan warga asing hanya menyumbang 13 peratus.

    KES tibi berjaya dikesan melibatkan warga asing hanya menyumbang 13 peratus.

    “Apa yang membimbangkan adalah kita tidak dapat kesan atau pasti berapa banyak kes tibi dalam kalangan PATI yang membanjiri negara ini,” katanya.

    Punca penyebaran

    Dr Mohamed Naim berkata, penyebaran tibi sentiasa berlaku disebabkan kelewatan pesakit mendapatkan rawatan. Ini disebabkan persamaan penyakit tibi dengan simptom influenza seperti demam, selesema dan batuk berpanjangan melebihi dua minggu. “Kadang perawat gagal mengesannya kerana sangka ia mungkin dek influenza.

    “Lebih-lebih lagi jika doktor gagal bertanya sejarah pesakit, gejala dihadapi yang membolehkan doktor mengesyaki ia disebabkan tibi,” katanya sambil menggesa pesakit untuk segera ke klinik sekiranya mengalami gejala seperti demam berpeluh waktu malam, batuk berkahak dan berdarah serta hilang selera makan.

    Kuman Mycobacterium tuberculosis disebarkan melalui udara dan individu yang dijangkiti tibi akan mengeluarkan bakteria itu apabila batuk, bersin, bercakap atau menyanyi. Bakteria tercemar yang berada di ruang udara pula akan menyebabkan orang sekelilingnya terdedah dengan jangkitan itu apabila menyedut udara tersebut.

    Terutama individu yang rendah tahap imunisasi, berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan yang biasanya akan menjangkiti paru-paru dan boleh merebak menjangkiti organ lain seperti kelenjar, usus dan tulang melalui aliran darah.

    “Biasanya tindak balas jangkitan akan dilihat dalam tempoh enam hingga lapan minggu selepas terdedah dengan individu yang dijangkiti tibi,” katanya. Bagaimanapun, Dr Mohamed Naim menjelaskan terdapat juga individu yang terdedah tidak menunjukkan gejala jangkitan tibi yang dikenali sebagai TB laten.

    “Individu tibi laten tidak berbahaya dan tidak boleh menjangkiti individu lain,” katanya sambil menjelaskan bahawa tibi laten boleh kekal sepanjang hayat di dalam badan individu sekiranya tidak dirawat.

    Namun, katanya terdapat risiko antara 10 peratus hingga 15 peratus individu dengan tibi laten khususnya mereka yang lemah sistem imunisasi badan, akan mendapat tibi untuk sepanjang hayat.

    Sasaran sifar tibi 2035

    Dr Muhamed Naim berkata, pesakit tibi perlu mengikuti rejim rawatan antara tempoh enam bulan hingga 12 bulan bergantung kepada jenis tibi dan tahap keseriusan penyakit tersebut.

    Rawatan pesakit tibi yang kebal ubatan biasa pula akan dipertingkatkan kualitinya dengan memperkenalkan rejim rawatan yang lebih pendek iaitu sembilan bulan berbanding 18 bulan sebelum ini.

    Bagi individu yang disahkan mempunyai tibi laten, rawatan berupa ubat telah mula diberikan bagi menghalang kuman tersebut aktif dan dapat dibunuh sepenuhnya.

    Sepanjang tempoh rawatan, semua pesakit tibi akan dipantau dari segi kesan sampingan rawatan dan perubahan jangkitan dengan mengambil beberapa ujian seperti sampel kahak, ujian kultur dan imbasan sinaran-x pada dada.

    Pesakit tibi, menurut beliau akan turut diberikan buku rawatan bagi mencatat segala jenis ubat yang dimakan, dos dan bilangan hari semasa rawatan. “Ini bagi memastikan pesakit makan ubat mengikut aturan jadual dan program pemantauan akan dibuat oleh petugas kesihatan sehingga mereka benar-benar sembuh,” katanya.

    Fasiliti di setiap hospital kerajaan juga ditambah seperti Gene Xpert bagi mempercepatkan diagnosis kes tibi yang kebal agar rawatan awal dapat diberikan. Katanya, kementerian berusaha mempertingkatkan pelbagai kajian penyakit tibi daripada aspek survelan, saringan, diagnosis dan rawatan untuk memastikan program Kawalan Tibi Kebangsaan sentiasa ke hadapan dan berjaya mencapai sasaran sifar tibi menjelang 2035.

    “Kita jangkakan vaksin baharu untuk orang dewasa dan ujian-ujian baharu tibi akan keluar menjelang lima tahun akan datang,” katanya.

    -BERNAMA

    MAPTB giat kempen, bantu pesakit batuk kering

    SELEPAS mencapai kemerdekaan, Persatuan Pencegahan Tuberkulosis Malaysia (MAPTB) berjaya mendesak kerajaan untuk menggubal dan melaksanakan Program Tibi Negara (PTN).

    Dengan pengurusan tibi secara sentralisasi, PTN kini mampu memperluaskan infrastruktur, kemudahan, kepakaran, rawatan dan program kesihatan awam yang lebih berfokus.

    Presiden MAPTB, Ibrahim Hamzah berkata, pihaknya kini tidak putus memberikan kesedaran kepada orang ramai supaya mendapatkan rawatan perubatan lebih awal apabila dihinggapi gejala-gejala penyakit tibi.

    Selain gerakan antitibi, MAPTB juga menggiatkan kempen kepada orang ramai tentang perkhidmatan percuma yang disediakan oleh kerajaan untuk mendiagnosis dan rawatan tibi.

    Bengkel, seminar dan forum khusus mengenai tibi turut dianjurkan.

    “MAPTB juga membantu menggalakkan pesakit tibi menjalani rawatan penuh dan memberi bantuan kewangan kepada pesakit yang amat memerlukannya.

    “Kita tetap terus memberikan kesedaran berkaitan biarpun penglibatan komuniti di kawasan tumpuan agak terpencil dan kurang mendapat sambutan,” katanya.

    Bergerak ke seluruh negara, pada awalnya tujuan dan objektif MAPTB adalah menjana pendapatan dan membantu pesakit tibi dalam konteks memberi maklum balas secara aktif kepada mereka.

    Menarik perkongsian Ibrahim yang mana sekitar tahun 40-an, pesakit tibi yang daif dibayar RM10 kepada mereka pada setiap bulan. Kini peruntukan bulanan meningkat kepada RM50 kepada setiap pesakit daif, sungguhpun keperluan sara hidup jauh lebih besar terutamanya dalam kalangan pesakit yang kehilangan pekerjaan atau sara hidup.

    “Dahulu, kemudahan amatlah terhad dan tiada program khas mengenai tibi dilaksanakan.

    “Bagaimanapun, pemimpin politik, pemimpin-pemimpin lain dan doktor profesional telah mengambil inisiatif menggerakkan kesedaran, memberikan bantuan kewangan serta membangunkan beberapa sanatorium untuk pesakit tibi,” ujar Ibrahim.

    Kata beliau, MAPTB keseluruhannya membelanjakan kira-kira RM1.3 juta.

    MAPTB juga telah memulakan kajian penyelidikan mengenai kesedaran tibi dan mendapati majoriti penduduk tidak faham tentangnya. Sebilangan yang tahu tentang tibi merasakan penyakit itu sudah lenyap dan mereka tidak berasa terancam.

    ANEKDOT

    Apa itu penyakit tibi?

    Penyakit tuberkulosis (tibi) merupakan penyakit berjangkit kedua tertinggi yang direkodkan di Malaysia.

    Berdasarkan data survelan 20 tahun kebelakangan ini, tibi semakin banyak dilaporkan.

    Tuberkulosis adalah penyakit berjangkit bawaan udara yang boleh diubati, bagaimanapun, jangkitan boleh berulang sekiranya pesakit tidak mematuhi rejim rawatan.

    Tanda dan gejala tibi

    – Batuk melebihi dua minggu

    – Demam Kahak berdarah

    – Sakit dada apabila batuk atau tarik nafas panjang

    – Berpeluh waktu malam

    – Cepat letih atau lemah badan

    – Hilang selera makan

    -Turun berat badan

    Empat kumpulan berisiko tinggi jangkitan tibi:

    1. Mereka yang mempunyai hubungan rapat yang tinggal bersama atau menghabiskan masa yang lama dengan individu yang menghidap penyakit tibi.

    2. Individu yang mempunyai daya tahan imuniti yang rendah seperti: Penyakit kencing manis (diabetes mellitus) Jangkitan HIV, Kanser Malnutrisi / Kurang zat makanan Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik (COPD) Penyakit buah pinggang di peringkat akhir

    3. Individu yang hidup dalam persekitaran penuh sesak seperti: Gelandangan Penjara Institusi penjagaan seperti rumah orang tua dan tempat perlindungan

    4. Penyalahgunaan dadah, kaki arak dan perokok

    Sumber: myhealth.gov.my/

    Sumber

  • Penyakit tibi-bahaya jika tidak dikawal dari awal!

    Penyakit tibi-bahaya jika tidak dikawal dari awal!

    KES tibi di Malaysia.

    IBRAHIM Hamzah, Presiden MAPTB.

  • Cara mendapatkan solat yang khusyuk

    Cara mendapatkan solat yang khusyuk

    ADAKALANYA ketika solat, terlintas pelbagai perkara dalam fikiran.

    Puas ditepis segala yang ada di fikiran ketika itu, namun ia masih juga menerawang sehingga ke ‘tempat lain’.

    Ia secara tidak langsung mengganggu kekhusyukan solat berkenaan.

    Walhal, Islam menuntut setiap umatnya mencapai khusyuk dalam solat.

    Namun, bagaimanakah untuk kita mendapatkan solat yang benar-benar khusyuk dan diterima oleh ALLAH?

    Bersama Editor Kanan Penerbitan Al-Quran Karya Bestari, Ustaz Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil merungkai jawapannya dalam segmen Soal Jawab Netizen.

    Sumber

  • Kempen terbesar ‘Back to School’ Al Ikhsan Sports

    Kempen terbesar ‘Back to School’ Al Ikhsan Sports

    MAHU membeli barangan kelengkapan sekolah tetapi tidak tahu di mana yang sesuai? Jangan risau kerana Al Ikhsan Sports ada menyediakan kempen terbesar ‘Back to School’ sempena cuti sekolah.

    Lebih 100 tawaran hebat dibuka kepada orang ramai dengan harga bermula RM16 sehingga RM99 sahaja di seluruh 128 cawangan seluruh negara selain hadiah percuma untuk si cilik.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, Vach Pillutla, pihaknya berjaya menerima lebih lima juta pelanggan yang terdiri dalam kalangan pelajar sekolah dengan kempen pertama Back to School pada tahun lalu.

    “Melihat respon yang hebat pada 2018, kami sekali lagi membawakan kempen yang lebih besar dan hebat dengan menawarkan pelbagai tawaran menarik.

    “Kami yakin, para pelanggan akan seronok membeli-belah untuk melengkapkan keperluan mereka sebelum kembali ke sekolah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

    PELBAGAI hadiah percuma dengan pembelian beg sandang berjenama eksklusif buat pelanggan Al-Ikhsan Sports.

    PELBAGAI hadiah percuma dengan pembelian beg sandang berjenama eksklusif buat pelanggan Al-Ikhsan Sports.

    Sepanjang kempen bermula pada pada 30 November lalu sehingga 5 Januari nanti, para pelanggan berpeluang untuk menerima hadiah percuma eksklusif dengan pembelian barangan Back To School.

    Hadiah menarik seperti bekas pensel bernilai RM19 dengan setiap pembelian berjumlah RM75; botol air bernilai RM29 dengan setiap pembelian berjumlah RM100 dan beg kasut bernilai RM39 dengan setiap pembelian berjumlah RM125 dalam satu resit.

    Pelbagai hadiah percuma dengan pembelian beg sandang berjenama eksklusif buat pelanggan Al-Ikhsan Sports seperti beg kasut Puma bernilai RM59 dengan pembelian beg sandang sekolah Puma.

    Selain itu, botol air Adidas bernilai RM30 dengan pembelian beg sandang sekolah Adidas dan botol air LFC bernilai RM39 dengan pembelian beg sandang sekolah LFC.

    Sumber

  • Lilin wangian lima dekad

    Lilin wangian lima dekad

    KHAS buat penggemar lilin wangian, jenama popular dunia, Yankee Candle menampilkan semula 25 wangian lilin eksklusif dari tahun 1970 hingga 2000 di Malaysia sempena meraikan sambutan jubli emas pada tahun ini.

    Kehadiran koleksi lilin wangian tersebut memberi peluang keemasan kepada pengguna tempatan menikmati haruman vintaj berasaskan bunga dan buah-buahan segar.

    Antaranya ialah Blueberry, French Vanilla, Spiced Apple, Honeydew Melon, Sugar Plum, Salt Mist Rose, Red Berry & Cedar, Orange Dreamsicle, Pine Cone & Lime.

    Kesemua wangian kegemaran dari setiap dekad itu melambangkan usaha berterusan Yankee Candle dalam memberikan para pengguna pengalaman tulen melalui inovasi produk, peningkatan dan perkembangan wangian baharu yang menyeronokkan.

    Naib Presiden Pembangunan Pemasaran Antarabangsa Bahagian Home Fragrance di Newell Brand, Christopher Kelly memberitahu, pihaknya sentiasa mencari cari idea baharu yang inovatif bagi membina hubungan kukuh bersama pengguna setia.

    “Melihat situasi hari ini yang mana semua memori diabadikan dalam bentuk visual dan digital, maka kami mengambil inisiatif mengembalikan semula cara lama.

    “Diharapkan menerusi lilin wangian klasik istimewa ini di pasaran ia dapat menjadi sebahagian peranan untuk mencipta kenangan bersama insan tersayang,” katanya.

    Sumber