Blog

  • Shell komited wujud tenaga bersih

    Shell komited wujud tenaga bersih

    DEMI menyahut seruan kerajaan bagi melaksanakan piawaian standard bahan bakar Eropah (Euro 4M) untuk RON 95 bermula 1 Januari 2020, Shell Malaysia komited untuk mewujudkan tenaga lebih bersih pada masa depan bagi pengguna di Malaysia.

    Usaha tersebut merupakan sebahagian daripada capaian kepada Dasar Teknologi Hijau 2009 untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dan kesannya terhadap kesihatan awam.

    Walaupun kerajaan mengumumkan penjualan petrol RON 95 dengan piawaian Euro 4M bermula tahun hadapan, Shell Malaysia mengambil inisiatif dengan memperkenalkan petrol lebih bersih tersebut lebih awal iaitu bermula 19 Disember lalu di stesen-stesen terpilih.

    Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain berkata, petrol FuelSave 95 Euro 4M mempunyai kandungan sulfur yang rendah dari 500 ppm mengikut standard sebelum ini kepada hanya 50 ppm.

    Ujar Shairan Huzani, dengan kandungan sulfur yang rendah, ia akan menghasilkan pembakaran dalam enjin yang lebih bersih, sekali gus mengurangkan kadar pencemaran udara.

    “Shell FuelSave 95 dihasilkan untuk pergi lebih jauh dan ia kini lebih baik. Formula tersebut kini memenuhi piawaian penuh Euro 4M dengan Teknologi Dynaflex yang mampu membantu mengurangkan geseran dalam enjin.

    “Enjin anda kini akan berfungsi dengan potensi penuh, membolehkan anda pergi lebih jauh. Dengan kandungan sulfur dikurangkan sehingga hampir 10 kali ganda, FuelSave 95 E4M baharu mempunyai faedah kualiti penjagaan alam sekitar.

    “Dalam masa yang sama ia mengurangkan penghasilan asap dan memberikan penjagaan enjin yang lebih bersih,” katanya.



    Sumber

  • Pesawat AirAsia patah balik selepas 3 minit berlepas dari LTAB Langkawi

    LANGKAWI – Sebuah pesawat AirAsia menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 berpatah balik selepas tiga minit berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAB Langkawi) pagi tadi.

    Pengurus

    Sumber

  • PLUS laksana RFID di 10 plaza tol sistem terbuka

    PLUS laksana RFID di 10 plaza tol sistem terbuka

    KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan melaksanakan kutipan tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di 10 plaza tol sistem terbuka di lebuh raya kendaliannya bagi kenderaan kelas satu, sebagai antara pilihan mod pembayaran mulai 1 Januari depan.

    Plaza tol sistem terbuka (tanpa mengira jarak perjalanan) terlibat ialah di Lebuhraya Utara-Selatan (Jitra dan Kempas), Lebuhraya Butterworth-Kulim (Lunas dan Kubang Semang), Lebuhraya Seremban- Port Dickson (Mambau dan Lukut), Lebuhraya Laluan Kedua (Linkedua) (Perling, Lima Kedai dan Tanjung Kupang) serta Jambatan Pulau Pinang.

    Ketua Pegawai Operasinya Zakaria Ahmad Zabidi dalam kenyataan hari ini berkata, pelaksanaan sistem itu dijangka dapat melancarkan lagi pergerakan trafik di lorong tol kerana pengguna lebuh raya tidak perlu lagi berhenti untuk menyentuh kad dan tambah nilai eWallet menjadi lebih mudah kerana dilakukan secara dalam talian.

    “Selain itu ia dapat mengurangkan isu kad elektronik tidak cukup baki, mengurangkan kejadian peranti SmarTAG hilang atau tidak mempunyai bateri atau diletakkan secara terbalik,” katanya.

    Bagaimanapun, katanya, mod pembayaran tol sedia ada iaitu melalui kad Touch ‘n Go atau SmartTAG masih lagi relevan dan diterima seperti biasa di lebuhraya PLUS, sementara di di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor), sistem itu hanya boleh digunakan untuk Caj Jalan (tag RFID Vehicle Entry Permit) bagi kenderaan Singapura sahaja.

    Pada masa yang sama beliau turut menasihatkan pengguna yang sudah mempunyai pelekat RFID Touch ‘n Go untuk memastikan baki eWallet mencukupi bagi menikmati perjalanan lancar dan selesa.

    RFID Touch ‘n Go merupakan pilihan mod pembayaran terkini yang menggunakan pelekat khas bercip RFID yang ditampal pada kenderaan yang dihubungkan dengan Touch ‘n Go eWallet bagi memudahkan pengguna untuk menambah nilai tol secara dalam talian tanpa perlu ke pusat tambah nilai.

    Katanya, lebih banyak pilihan pembayaran juga sedang dibangunkan sama ada menerusi kad debit atau kredit, serta lain-lain eWallet.

    Syarikat itu dijangka akan memperluaskan sistem berkenaan di 83 plaza tol sistem tertutup (sistem berdasarkan kelas kenderaan dan jarak perjalanan) di lebuh raya kendaliannya pada 1 April 2020.

    Orang ramai boleh mendapatkan pelekat RFID Touch ‘n Go di 130 pusat pemasangan sedia ada atau menerusi pautan https://rfidregister.touchngo.com.my/fitment-centres dan https://www.tngdigital.com.my/rfid. – Bernama



    Sumber

  • Alkaline Ionizer Panasonic ada sijil halal

    Alkaline Ionizer Panasonic ada sijil halal

    BUAT julung kalinya, produk elektronik buatan Jepun, Panasonic Corporation memperoleh pensijilan halal daripada Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim).

    Pensijilan tersebut diberikan pada Alkaline Ionizer, produk penapis air dan kartrij gantian untuk pasaran Malaysia. Ia secara tidak langsung membuktikan peralatan yang dikilangkan di bandar Hikone, Shiga, Jepun berkenaan selamat digunakan pengguna Muslim di negara ini.

    Menurut kenyataan Panasonic, sebelum mendapatkan pengesahan halal, badan pensijilan telah menjalankan audit yang turut melibatkan pemeriksaan lapangan.

    “Prosedur (audit) itu untuk memastikan pihak pengurusan kami dan peringkat pembuatan produk tidak menggunakan bahan terlarang atau ditetapkan sebagai diragukan dalam peraturan Islam. Meskipun, tidak memiliki pensijilan halal piawaian peringkat global, tetapi pensijilan Jakim kepada Panasonic adalah diiktiraf sebagai salah satu badan pensijilan yang memiliki integriti tertinggi dunia,” kata Panasonic.

    Pensijilan halal tersebut juga bertujuan memastikan pengguna Muslim dapat menikmati air berkualiti dan bersih dalam kehidupan seharian.



    Sumber

  • Vivy jual gelang, bersolek ke sekolah

    Vivy jual gelang, bersolek ke sekolah

    VIVY YUSOF bukan satu nama asing dalam dunia perniagaan Malaysia. Biarpun memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari London School of Economics di United Kingdom (UK), namun dek minat mendalam terhadap dunia fesyen telah mendorong Vivy Yusof mengasaskan perniagaan e-dagang terkemuka, Fashion Valet (FV).

    Momentum bisnesnya makin berkembang apabila beliau mengasaskan Kumpulan dUCk yang menawarkan koleksi hijab, beg tangan dan kosmetik di bawah jenama tersebut.

    Kesungguhan Vivy meluaskan empayar bisnes cukup dikagumi dan sememangnya diakui telah menyuntik inspirasi khususnya kepada golongan wanita dan generasi muda.

    Masakan tidak, selepas menguruskan peniagaan seawal usia 23 tahun, kini anak jati Kuala Lumpur tersebut antara usahawan berkaliber dan begitu disegani ramai.

    Mengimbau kembali detik awal penglibatannya dalam dunia perniagaan, FV hanya dibantu tiga pekerja yang mengendalikan kira-kira 10 jenama tempatan.

    Namun pada hari ini, barangkali Vivy pun tidak menyangka dan seiring kematangan fesyen atas talian, FV semakin berkembang dan memiliki lebih 500 jenama dan angka pekerjanya meningkat kepada 180 tenaga kerja.

    Namun demikian, sebesar manapun kejayaan yang dikecapinya, Vivy dikatakan masih seorang yang sangat merendah diri.

    Kata bekas pelajar Sekolah Seri Puteri dan Sekolah Sri Cempaka, Kuala Lumpur tersebut, beliau merupakan seorang yang bercita-cita tinggi dan sentiasa inginkan hasil serta pulangan yang lumayan.

    “Belum boleh diklasifikasikan saya sudah berjaya kerana banyak lagi perkara belum dicapai.

    “Namun begitu, semua benda berlaku hari ini adalah rezeki yang disusun dan diusahakan dengan bantuan ramai pihak,” katanya ketika ditemui Femina di butik dUCk di gedung 1Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

    Persoalannya, selain bisnes, apakah perkara sampingan yang diminati wanita berusia 32 tahun ini?

    Jom dasari 20 perkara menarik tentang beliau yang dikongsi bersama wartawan Femina, IZYAN LIYANA MOHD DARIF sempena edisi Personaliti minggu ini.

    1) Fadzarudin Shah Anuar

    “Terlalu banyak perkara dan momen berlaku sepanjang hidup ini. Selain memiliki ibu dan ayah serta adik-beradik saya bersyukur kerana ALLAH menghadiahkan seorang individu bernama Fadzarudin Shah Anuar.

    “Beliau bukan sekadar suami, malah turut bertindak sebagai sahabat karib, pendengar, penyokong, pengkritik, bapa kepada anak-anak saya dan pencetus idea bisnes Fashion Valet dan dUCk. Pendek kata beliau adalah segala-galanya,” jelas Vivy yang bekerja satu bumbung bersama suami tercinta.

    2) Anak anugerah terindah

    Jika perhatikan menerusi laman sosial peribadi Vivy, biarpun mempunyai pembantu rumah, wanita murah senyuman itu tetap meluangkan masa bersama anak-anaknya.

    Selepas mendirikan rumah tangga pada tahun 2012, beliau dikurniakan tiga cahaya mata Daniel Azim Shah, 6, Mariam Iman Shah, 4, dan Sarah Ilham Shah berusia setahun.

    “Mereka (anak-anak) adalah amanah dan anugerah ALLAH yang terindah. Disebabkan itu, sesibuk mana pun jadual kerja saya tetap menjalankan tanggungjawab seorang ibu,” ujarnya.

    SAFARI di Afrika merupakan percutian idaman Vivy bersama famili.

    SAFARI di Afrika merupakan percutian idaman Vivy bersama famili.

    3) Safari

    Vivy anak kepada pasangan, Yusof Jusoh dan Aishah Jelani telah melancong di serata negara. Namun begitu, beliau mengimpikan percutian untuk merasai pengalaman safari di Afrika bersama suami dan anak-anak.

    4) Gelang persahabatan

    Rupa-rupanya minat beliau dalam bidang keusahawanan tersemai sejak usia enam tahun.

    Buktinya, Vivy telah berniaga secara kecil-kecilan dengan menghasilkan Friendship Bracelet (gelang persahabatan) yang dijual pada harga RM5 seunit dalam kalangan rakan-rakan.

    “Saya pernah menerima tempahan sebanyak 20 unit dalam satu masa. Ketika itu, saya berasa sangat kaya (ketawa),” tutur Vivy tatkala mengimbas momen manis itu.

    5) Sewa novel

    Bicara Vivy, dek terlalu meminati bidang penulisan ketika mencecah usia sembilan tahun, beliau telah menghasilkan karya-karya pendek yang ditulis di dalam buku latihan sekolah.

    Kebanyakan jalan cerita adalah berkisarkan dunia kanak-kanak yang berwarna-warni inspirasi daripada novel remaja popular, Sweet Valley High.

    “Kemudian, ‘novel pendek’ itu saya sewakan untuk bacaan rakan-rakan kelas pada harga

    RM0.50 sen seorang. Insya-ALLAH, jika ada rezeki saya ingin menerbitkan buku sendiri,” kata wanita jelita itu.

    6) Concealer ke sekolah

    “Sejak tahun satu, saya sudah berjinak-jinak dengan solekan. Bayangkan saya sanggup membasahkan mata pensil warna untuk dijadikan gincu dan dioles pada bibir.

    “Melangkah ke sekolah menengah pula saya mengaplikasikan concealer (penyamar noda) pada kulit wajah,” jelas Vivy ketika ditanya rutinnya bersolek disebabkan minat atau sekadar tuntutan kerja.

    7) Rawatan kaki

    Ujar Vivy, setakat hari ini kasut tumit enam inci adalah paling tinggi digayakannya dan tidak pernah tergeliat atau tersungkur.

    Bagaimanapun, beliau mempunyai momen pahit gara-gara memakai kasut tinggi sepanjang hari pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2016 (KLFW 2016) kakinya mengalami kekejangan melampau.

    Susulan itu, setahun sekali beliau perlu menjalani rawatan kaki bagi melegakan ketegangan otot.

    8) Hijab RM2,500

    “Saya memiliki lebih daripada 1,000 helai tudung pelbagai warna, material, rekaan dan corak. Disebabkan, berkecimpung dalam bisnes seumpama ini, maka saya perlu menggayakan semua koleksi tudung keluaran dUCk,” katanya.

    Dari segi harga, hijab paling mahal dimilikinya adalah jenis sifon bertatah swarovski berharga RM2,500 jenama tempatan. Beliau turut meminati selendang label antarabangsa seperti LV dan Hermes.

    9) Graduan UiTM cemerlang

    Pada bulan Mei lalu, Vivy dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) oleh Kementerian Pendidikan.

    Beliau diberi tanggungjawab mengendalikan portfolio dalam bidang pembangunan pelajar.

    “Justeru, saya ingin memastikan para penuntut bukan sahaja cemerlang dalam akademik, bahkan membentuk keyakinan diri, bijak berbahasa Inggeris dan berkecimpung dalam bidang keusahawanan,” jelasnya.

    VVY (kiri) dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM oleh Kementerian Pendidikan pada bulan Mei lalu.

    VVY (kiri) dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM oleh Kementerian Pendidikan pada bulan Mei lalu.

    10) Cerewet dan teliti

    Menurut Vivy, beliau seorang bos yang cerewet dan teliti.

    “Menguruskan 180 lebih staf bukan tugas yang mudah, tetapi ia tidak membebankan kerana masing-masing sudah sedia maklum dengan skop tugasan diberikan.

    “Justeru, tiada keperluan untuk saya menjadi pemarah. Cuma akan menegur jika ada kesilapan melibatkan beberapa perkara termasuk rekaan, pembungkusan, ejaan ataupun tatabahasa,” akuinya.

    11) Sejam bersolek

    Menyentuh mengenai tempoh bersolek, Vivy menjawab ringkas.

    “Lazimnya, antara 10 hingga 30 minit sahaja, tetapi Fadzarudin (suami) sentiasa mengeluh kerana terpaksa menunggu selama sejam untuk saya selesai mekap,” jelasnya lanjut.

    12) Pencinta sajian Asia

    Mengulas makanan kegemaran Vivy memberitahu, beliau dan suami mempunyai selera berbeza.

    Acap kali memilih restoran untuk santapan bersama mereka akan buntu. Ia berikutan beliau lebih cenderung pada sajian Asia dan Melayu seperti nasi lemak, laksa Johor dan laksa Penang manakala suaminya meminati hidangan ala Barat.

    13) Otak tidak berehat

    Vivy yang pernah menjadi Top 5 kategori Fesyen Meletop, Anugerah MeleTOP Era 2017 menceritakan, rutin hariannya bermula sebaik sahaja selesai menunaikan solat subuh.

    Selepas menguruskan anak-anak, beliau akan bersiap untuk ke pejabat, menghadiri mesyuarat atau menjalani sesi fotografi yang diatur.

    “Diakui saya antara individu yang tidak cukup tidur. Selalunya, sudah baring di atas katil pun otak masih ligat ‘bekerja’ untuk melakukan itu dan ini. Penat memang penat, tetapi saya seronok.

    “Cuma situasi (tidak cukup rehat) tidak baik untuk kesihatan mental dan fizikal,” lontarnya.

    14) Gaya hidup sihat

    Jelas Vivy, indikasi gaya hidup sihat bukan sahaja diukur dari segi pemakanan berkhasiat ataupun senaman. Sebaliknya, bijak mempraktikkan keseimbangan hidup juga memainkan peranan utama.

    “Tiada gunanya, kita menikmati makanan sihat, tetapi minda bercelaru dengan macam-macam perkara, waktu tidur tidak menentu dan tidak berkesempatan melakukan aktiviti diminati serta menarik.

    “Justeru, pada tahun 2020 saya berazam untuk menjadi Vivy yang sihat dan produktif baik dari segi mental dan fizikal,” tekadnya.

    15) Barbie

    Pada majlis pelancaran koleksi baharu, Barbie x dUCK, Vivy mengalirkan air mata kerana sebak melihat kejayaan Kumpulan dUCK berkolaboratif dengan jenama terkemuka dunia, Barbie.

    “Saya tidak menyangka, zaman kanak-kanak selalu bermain anak patung Barbie, kini jenama sendiri berpeluang bekerjasama dengan label tersebut.

    “Kerjasama ini secara tidak langsung menunjukkan inisiatif Barbie mengiktiraf wanita Muslim yang berhijab,” katanya pada Majlis Pelancaran Koleksi dUCK x Barbie di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

    16) Inspirasi perpustakaan

    Vivy pernah berkongsi menerusi laman sosial Instagram peribadi bahawa sejak kecil ibu dan bapanya memupuk tabiat membaca dalam suasana menyeronokkan. Setiap hari hidupnya tidak pernah berenggang dengan buku.

    “Sebab itu, saya cuba menerapkan konsep perpustakaan di butik dUCk yang kelima dan keenam. Kotak-kotak berisi tudung kami susun kemas di atas rak putih umpama susunan buku di perpustakaan,” katanya yang turut teruja apabila singgah Perpustakaan Starfield, Seoul, Korea Selatan pada minggu ini.

    7) dUCk terus meluncur

    Mengulas lanjut mengenai buah hatinya dUCk, Vivy menyasarkan tahun depan jenama tersebut diberi peluang berkolaboratif dengan pelbagai jenama besar.

    “Tahun ini, kami telah bekerjasama dengan X-men dan Frozen, maka tahun 2020 diharapkan dUCk terus meluncur laju bersama jenama mega demi menghasilkan koleksi produk yang lebih terbaik, “ujarnya dengan nada gembira.

    18) Inti pati 2019

    Terlalu banyak untuk dihuraikan satu persatu inti pati yang berlaku dalam hidup saya. Biarpun terdapat beberapa perkara tidak berjaya dikecapi, namun sebahagian besar yang dirancang mengikut landasan betul.

    Ujar Vivy: “Saya seorang yang bercita-cita tinggi sebab itu semua benda saya pastikan ia dilaksanakan dengan baik. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana perjalanan tahun 2019 penuh warna-warni.”

    19) Perancangan 2020

    Vivy memberitahu, perancangan propek bisnes FVdan Kumpulan dUCk bagi tahun 2020 sudah disusun kemas pada tahun ini.

    “Satu daripadanya adalah untuk memastikan dua jenama ini mampu menjadikan Malaysia sebuah negara Unicorn yang boleh mencapai AS$1 bilion (RM4.14 bilion),” tegasnya.

    20) Wanita tahun 2020

    Pada tahun 2020, Vivy menyarankan agar golongan wanita lebih positif dalam apa jua bidang, tugasan dan perkara yang dilakukan.

    ANEKDOT:

    Nama penuh: Datin Vivy Sofinas Yusof

    Nama komersial: Vivy Yusof

    Umur: 32 tahun

    Tarikh lahir: 11 Disember 1987

    Asal: Kuala Lumpur

    Pekerjaan: Usahawan, personaliti televisyen, Pengasas Bersama Fashion Valet dan Kumpulan dUCk

    Suami: Datuk Fadzarudin Shah Anuar

    Anak:

    Daniel Azim Shah, 6,

    Mariam Iman Shah, 4,

    Sarah Ilham Shah, 1

    Anugerah:

    -Bella Business Award 2013

    -Women’s Weekly Malaysia’s Finance and Commerce Nominee anugerah Great Women of Time Awards 2015

    -60 Wanita Inspirasi Nona

    -Young Entrepreneur Award, Tribute To Women Malaysia

    -Tersenarai Forbes 30 Under 30 di Asia 2017



    Sumber

  • Peka dengan risiko influenza

    Peka dengan risiko influenza

    INFLUENZA berlaku di seluruh dunia terutamanya di kawasan beriklim sederhana.

    Influenza adalah penyakit bermusim yang berlaku pada musim sejuk iaitu pada November hingga Mac di Hemisfera Utara dan dari April hingga September di Hemisfera Selatan.

    Di kawasan Tropika, influenza boleh berlaku pada bila-bila masa.

    Agen penyebab:

    – Virus influenza jenis A, B dan C; wujud dalam dua subjenis (H1N1 dan H3N2).

    – Virus jenis A menyebabkan influenza merebak secara epidemik (penyakit yang merebak di kalangan penduduk sesuatu kawasan pada waktu yang sama); virus jenis B menyebabkan wabak berlaku dalam satu rantau (beberapa buah negara), dan Jenis C kurang menjejaskan manusia.

    – Virus influenza mudah membiak dan menukar ciri antigen. Oleh itu, vaksin perlu diubah suai setiap tahun agar dapat menentang strain yang baru dengan berkesan.

    – Jenis dan subjenis virus influenza yang lain wujud pada haiwan dan burung. Penyebaran virus antara spesies boleh menghasilkan subjenis baru yang mampu menjangkiti manusia.

    Cara jangkitan

    Virus tersebar melalui bawaan udara terutamanya di tempat sesak dan tertutup. Jangkitan juga berlaku melalui i) hubungan secara langsung dengan titisan cecair yang tersebar semasa batuk dan bersin serta ii) tangan yang tercemar.

    Tempoh pengeraman : satu hingga tiga hari.

    Tanda dan gejala

    – Gejala awal termasuk demam secara tiba-tiba, sakit tekak, batuk, berasa seram sejuk, sakit kepala, koriza (penyakit berjangkit radang akut melibatkan saluran pernafasan atas, mialgia (sakit di satu atau lebih otot) dan prostration (tidak terdaya atau keletihan fizikal atau mental).

    – Jangkitan berlaku lebih teruk dalam kalangan warga tua dan kanak-kanak. Ia boleh menyebabkan maut terutamanya warga emas dan pesakit kronik.

    Komplikasi

    – Pneumonia dan maut

    Rawatan

    Rawatan simptomatik

    • Minum air suam untuk melegakan sakit tekak dan batuk.
    • Amalkan makan secara sihat dan tidur/rehat secukupnya.
    • Elakkan stres kerana ia boleh melemahkan sistem pertahanan badan.
    • Sekiranya tanda dan gejala berlarutan, dapatkan rawatan doktor.

    Tiada rawatan khusus

    Amantadine atau rimantadine diberikan dalam tempoh 48 jam dari tempoh jangkitan dan perlu diambil selama tiga (3) hingga lima (5) hari.

    Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mendapat sebarang rawatan.

    Langkah berjaga-jaga

    • Jauhi tempat yang tertutup dan sesak serta berada dekat dengan orang yang dijangkiti penyakit saluran pernafasan atas akut (seperti bersin, batuk dan selesema).
    • Tutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan ketika bersin atau batuk.
    • Basuh tangan dengan sabun selepas batuk/bersin atau selepas menyentuh permukaan yang tercemar.
    • Pakai penutup mulut dan hidung (mask) jika selesema.
    • Hindari tempat awam semasa wabak selesema

    KOMPLIKASI akibat jangkitan virus influenza.

    KOMPLIKASI akibat jangkitan virus influenza.

    Sumber: www.myhealth.gov.my/



    Sumber

  • Tonton wayang di pawagam menyebabkan solat tak diterima?

    Tonton wayang di pawagam menyebabkan solat tak diterima?

    “AKU tak mahulah tonton wayang di pawagam. Orang kata, nanti solat kita tidak diterima 40 hari.”

    Seringkali kita dengar ayat berkenaan dilontarkan oleh orang di sekeliling kita.

    Kenyataan itu sedikit sebanyak menggusarkan hati sendiri dan orang lain yang barangkali masih dalam proses ‘menggali’ ilmu agama di dada.

    Adakah benar orang yang menonton wayang tidak diterima solatnya selama 40 hari? Apakah memang ada nas yang menyatakan perihal tersebut?

    Dalam hal itu, asal hukum menonton wayang yang mengandungi maksiat, meruntuhkan akhlak dan meninggalkan kewajipan adalah diharamkan.

    Namun, jika filem itu tidak mengandungi perkara yang bertentangan dengan akidah, akhlak, syariah, tidak meninggalkan kewajipan sebagai seorang Muslim, tiada unsur maksiat, fitnah dan syubhat, maka ia diharuskan.

    Itu adalah pendapat Sheikh Dr Yusuf al-Qaradhawi, Sheikh Dr khalid Muslih dan selainnya.

    Adapun, fatwa Sheikh Dr Abdul Aziz Farhan, Sheikh Dr Muhammad al-Arifi, Sheikh Dr Soleh al-Munajjid dan selainnya tidak membenarkan kerana ia mudah terdedah kepada perkara yang diharamkan syarak.

    Bagaimanapun, tiada dalil khusus berkaitan tidak diterima solat seseorang selama 40 hari gara-gara menonton wayang.

    Maka, eloklah ia tidak disebarkan.

    Hadis yang sahih tentang tidak diterima 40 hari solat adalah mereka yang mendatangi bomoh dan minum arak seperti riwayat dalam sahih Muslim dan al-Hakim.

    ***Ustaz Mustafar Mohd Suki merupakan pendakwah dan penulis.



    Sumber

  • Lagenda edisi MotoGP

    Lagenda edisi MotoGP

    HONG Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) selalu pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia baru-baru ini merasmikan model Lagenda 115Z GP Edisi Terhad yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

    Lagenda 115Z itu yang dirasmikan oleh Pengarah Urusannya, Datuk Jim Khor kini ditawarkan dengan warna rasmi Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) dan yang pertama dihasilkan oleh mereka.

    Rekaan jentera tersebut diinspirasikan daripada jentera YZR-M1 pasukan SRT yang ditunggang oleh Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo pada siri kejohanan MotoGP musim 2019.

    Model itu dilengkapi dengan enjin 113.7 sejukan udara, empat lejang SOHC yang menjana kuasa 7.4KW pada 7,750 rpm dan tork maksimum 9.9Nm pada 6,500 rpm.

    Selain terhad kepada 5,000 unit pengeluaran sahaja, setiap pembelian pemilik akan disertakan dengan sijil pemilikan dan jentera tersebut.

    Ia akan mula dijual di seluruh negara bermula pertengahan Disember 2019.

    Yamaha Lagenda 115Z GP Edisi Terhad itu dijual pada harga RM5,580 dengan jaminan dua tahun pengeluar atau 20,000 kilometer.

    Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Naib Presiden Pemasaran dan Perniagaan Hiliran Petronas, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali.



    Sumber

  • 10 Pulau perlu diterokai

    10 Pulau perlu diterokai

    Selain Pulau Langkawi, Pulau Tioman dan Pulau Pangkor, negara kita juga punya banyak lagi pulau-pulau yang boleh dikunjungi.

    Justeru, bagi anda yang sedang merangka percutian bagi sepanjang tahun hadapan, pulau-pulau ini boleh dimasukkan dalam senarai tersebut bagi aktiviti-aktiviti seperti berenang, menyelam dan aktiviti pantai yang lain.

    1. Pulau Semporna

    Pulau Semporna

    Pulau Semporna

    Jika ke Semporna terdapat beberapa pulau berhampiran iaitu Pulau Bohey Dulang, Pulau Mantabuan, Pulau Tatagan, Pulau Sibuan dan Pulau Mabul.

    Dari Lapangan Terbang Tawau, pengunjung perlu ke Pekan Semporna yang mengambil masa kira-kira satu jam.

    Kemudian, perlu menaiki bot laju dari jeti di Pekan Semporna untuk ke Pulau yang ingin dituju yang mengambil masa selama 30 minit hingga 1 jam 30 minit mengikut jarak pulau.

    Cara terbaik untuk meneroka pulau-pulau sekitar Sabah ialah dengan mengambil pakej yang ditawarkan oleh resort.

    2. Pulau Rawa

    Pulau Rawa

    Pulau Rawa

    Pulau Rawa terletak kira-kira 16 kilometer di luar pesisiran laut Johor. Saiznya kecil sahaja dan terletak berhampiran dengan beberapa pulau lain iaitu Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi.

    Untuk ke Pulau Rawa, pengunjung perlumenaiki perkhidmatan bot laju dari jeti Mersing.

    3. Pulau Labuan

    Pulau Labuan

    Pulau Labuan

    Pulau Labuan merupakan antara pilihan bagi mereka yang gemarkan aktiviti menyelam kerana perairannya yang bersih, cantik dan jernih.

    Terdapat tiga lagi pulau berdekatan yang telah digazetkan sebagai Taman Laut Labuan sejak tahun 1994 iaitu Pulau Rusukan Besar, Pulau Rusukan Kecil dan Pulau Kuraman.

    Terletak kira-kira 10 km dari pantai Sabah, Labuan diletakkan dalam Wilayah Persekutuan diisytiharkan pusat kewangan luar pantai pada 1990 dan menjadi pelbihan bebas cukai sejak 1956.

    4. Pulau Kapas

    Pulau Kapas

    Pulau Kapas

    Pulau Kapas terletak di Laut China Selatan, kira-kira 6 kilometer atau lebih kurang 20 minit dari jeti Marang, Terengganu.

    Di perairan pulau ini terdapat beberapa bot karam yang telah tenggelam, justeru ia sangat sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti menyelam.

    Selain Pulau Kapas, Pulau Gimia juga terletak berhampirannya.

    5. Pulau Aur

    Pulau Aur

    Pulau Aur

    Pulau Aur merupakan pulau yang terdapat di kawasan Taman Marin Johor. Ia terletak kira-kira 60 kilometer dari timur Mersing.

    Pulau Aur terletak berhampiran dengan beberapa pulau lain iaitu Pulau Rawa, Pulau Pemanggil, Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi.

    Pelbagai kemudahan lain turut disediakan seperti aktiviti berkayak, restoran, dan pakej percutian.

    6. Pulau Payar

    Pulau Payar

    Pulau Payar

    Taman Laut Pulau Payar terletak di perairan Kedah. Pulau ini boleh dikunjungi melalui tiga cara iaitu dari Kuala Kedah, Pulau Langkawi atau Pulau Pinang.

    Menariknya, terdapat tiga pulau lain yang berhampiran iaitu Pulau Kaca, Pulau Lembu dan Pulau Segantang.

    Pulau Payar ini juga mempunyai Taman Karang yang terletak di hujung Pulau Payar bagi mereka yang berminat dengan khazanah laut.

    7. Pulau Mantanani

    Pulau Mantanani

    Pulau Mantanani

    Pulau Mantanani terletak di kawasan barat laut Kota Belud, Sabah antara pulau cantik untuk dikunjungi.

    Terdapat beberapa buah pulau yang terpencil iaitu Pulau Mantanani Besar, Pulau Mantanani Kecil dan Pulau Lungisan.

    Untuk ke pulau ini, anda perlu menempuh 55 minit perjalanan dengan menaiki bot laju daripada Jeti Kuala Abai.

    8. Pulau Tenggol

    Pulau Tenggol

    Pulau Tenggol

    Pulau Tenggol terletak di luar pantai negeri Terengganu.

    Untuk ke Pulau Tenggol, pelancong harus menyewa bot laju dari jeti Kuala Dungun.

    Pulau Tenggol menyediakan banyak tempat menyelam yang mengagumkan.

    9. Pulau Pangkor

    Pulau Pangkor

    Pulau Pangkor

    Pulau Pangkor terletak di perairan Selat Melaka di Perak merupakan salah satu destinasi pelancongan popular di negara kita.

    Ini kerana, Pulau Pangkor antara Pulau paling hampir dengan Kuala Lumpur dan sesuai untuk percutian singkat.

    Antara tarikan di pulau ini adalah Pasir Bogak, Teluk Nipah, Pangkor Laut, Kota Belanda, Batu Bersurat, Masjid Terapung dan pekampungan Nelayan.

    10. Taman laut Tanjung Pinang, Pulau Redang

    Taman Laut Tanjung Pinang

    Taman Laut Tanjung Pinang

    Pulau Redang merupakan sebuah pulau di Kuala Nerus, Terengganu yang terletak di perairan Laut China Selatan.

    Pulau-pulau lain yang berhampiran seperti Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Bidong.

    Pulau Redang boleh dikunjungi melalui perjalanan dengan menaikki bot-bot yang disediakan oleh syarikat pelancongan.



    Sumber

  • Kualiti bagaikan karya diraja

    Kualiti bagaikan karya diraja

    JIKA perisiannya menggambarkan maharaja, pasti imejnya menggambarkan maharani! Perumpamaan itu sesuai diberikan terhadap keluaran Nikon baharu, Z50 yang cukup sofistikated dalam kelas tersendiri.

    Kecil-kecil si cili padi, tambahan fitur baharu Nikon tersebut menonjolkan lagi varian kamera tanpa cermin siri Z yang padu dalam satu edisi kompak, ultra ringan dan lebih ergonomik.

    Menurut Pengarah Urusan Nikon Malaysia, David Ng, Nikon secara berterusan membangunkan inovasi kamera yang lebih efektif bagi ‘menangkap’ emosi dan ekspresi artistik manusia seluruh dunia.

    “Menyedari kemahuan pengguna baharu yang sentiasa inginkan kepantasan, perkongsian lebih efisien tanpa menjejaskan kualiti, kami harus menetapkan sesuatu demi mereka.

    “Justeru, produk terbaharu itu diyakini dapat memuaskan hati pengguna dalam membawakan imaginasi mereka ke dunia nyata sekelip mata dengan kelebihan Wi-Fi dan Bluetooth,” katanya.

    VARIAN kamera tanpa cermin siri Z terbaharu yang padu dalam satu edisi kompak, ultra ringan dan lebih ergonomik.

    VARIAN kamera tanpa cermin siri Z terbaharu yang padu dalam satu edisi kompak, ultra ringan dan lebih ergonomik.

    Sementara itu, berkongsi pengalaman keupayaan Nikon Z50, Eunice Martin Lim yang merupakan jurugambar profesional dan perunding gaya makanan terkemuka Malaysia itu ada ceritanya tersendiri.

    Pernah dinobatkan sebagai Top Food Influencer by Influence Asia 2017, Eunice tidak keberatan menggambarkan fitur baharu Nikon itu sebagai sahabat sempurna untuk penciptaan gambar terbaik.

    “Sebagai seseorang yang sentiasa aktif, Nikon Z50 mudah dibawa ke mana-mana. Ia tidak berat dengan ciri ergonomik menyenangkan urusan kerana sangat enteng dikendalikan.

    “Inovasi itu membolehkan saya untuk menangkap gambar revolusi tinggi dengan stail tertentu secara mudah,”ujarnya.

    Kombinasi potensi tiada tandingan daripada revolusi varian Z itu dilihat lebih ringkas. Bukan sahaja mempunyai kebolehan saiz 4K dengan sensor penuh, Z50 turut memiliki HD penuh time-lapse, mod rakaman perlahan dan tetapan kesan khas untuk kegunaan gambar serta video.



    Sumber