Blog

  • Penuaan positif, kemurungan pada usia senja

    Penuaan positif, kemurungan pada usia senja

    ANDA MUSYKIL DOKTOR JAWAB

    Dapat dicapai dengan aktif dalam aktiviti mencabar fizikal, mental

    Soalan 1

    DOKTOR, saya sering terjumpa istilah penuaan positif ketika membuat pembacaan mengenai ilmu kesihatan. Pun demikian, saya kurang jelas dan gagal memahaminya. Bolehkah doktor jelaskan kepada saya mengenai matlamat penuaan positif itu?

    – INGIN TAHU, NORMAWATI SHAHADAN, 35, REMBAU, NEGERI SEMBILAN

    Jawapan:

    PUAN, terima kasih bertanyakan mengenai soalan ini. Secara jelasnya, penuaan positif boleh didefinisikan sebagai kesejahteraan positif, kesihatan fizikal, sosial dan mental yang baik.

    Dalam pada itu, terdapat juga penglibatan berterusan dalam keluarga, kumpulan rakan sebaya dan masyarakat sepanjang tempoh proses penuaan. Penuaan positif biasanya dapat dicapai dengan penyertaan aktif dalam aktiviti yang mencabar fizikal dan mental.

    Penuaan positif juga boleh dicapai dengan penglibatan dalam aktiviti masyarakat, seperti penyertaan kelab, aktiviti sukarela, gotong-royong dan hubungan sosial.

    Memenuhi masa

    Saya sering menasihatkan pesakit agar sentiasa aktif dalam usia tua. Ini kerana ia akan membantu masalah mental dan ingatan mereka.

    Saya menggalakkan golongan yang lewat usia ini supaya menyertai kelab sosial, seperti ‘lunch club’ atau ‘knit and natter’. Aktiviti seumpama itu memerlukan golongan ini bertemu beberapa kali dalam seminggu untuk bersosial. Barangkali sambil menikmati makanan boleh juga membuat aktiviti bersama seperti menghasilkan kraftangan.

    BERSOSIAL serta aktif berinteraksi juga dapat membantu mencapai penuaan positif

    BERSOSIAL serta aktif berinteraksi juga dapat membantu mencapai penuaan positif

    Mempunyai rutin mingguan dan memenuhi masa lapang dengan aktiviti adalah penting dalam penuaan positif. Masa yang dipenuhi pastinya akan membantu menghindar seseorang itu daripada rasa kebimbangan dan kemurungan.

    Peranan penjaga:

    – Memahami dan dapat memenuhi keperluan orang yang dijaga.

    – Sebagai teman, pelindung dan pembela.

    – Memberi penjagaan secara langsung.

    -Implikasi penjagaan:

    – Seseorang penjaga akan menghadapi saat-saat kepiluan dan kehilangan.

    – Perubahan cara hidup seharian.

    – Perhubungan antara penjaga dan orang yang dijagai.

    – Perubahan peranan dan pengorbanan kerjaya.

    PENUAAN positif membantu menghindar diri berdepan kebimbangan dan kemurungan

    PENUAAN positif membantu menghindar diri berdepan kebimbangan dan kemurungan

    Adalah menjadi kewajipan setiap individu untuk melindungi dan menjaga ahli keluarga yang sudah tua sebagai penghargaan terhadap jasa dan bakti mereka yang tidak ternilai terhadap kita.

    Sumber: www.myhealth.gov.my

    Peka perubahan awal ibu bapa kian berusia

    Soalan 2

    Doktor, saya kini menjaga ibu saya yang sedang sakit. Masalahnya, saya beranggapan ibu saya berhadapan situasi sukar mengawal dirinya sendiri. Kadangkala beliau seperti mengalami kemurungan. Doktor, apakah yang perlu saya lakukan dalam masa yang sama saya mahu menjaga perasaannya?

    – SAYANG IBU, JOHAN ABDULLAH, 30, KUALA LUMPUR

    Jawapan:

    TUAN, lazimnya orang tua kadang-kadang mempunyai tanda kemurungan yang berbeza dengan yang orang muda. Tanda-tanda kemurungan juga barangkali agak ketara, mereka mungkin lebih cepat naik angin, sensitif kepada teguran, berubah perangai atau suka menyendiri.

    Bagi kemurungan yang lebih serius, golongan berusia ini akan kurang selera makan, tidur selalu atau tidak tidur, tidak mahu bercakap dengan orang dan enggan mengurus diri, seperti mandi dan menyalin baju. Ada juga orang tua menjadi mudah pelupa atau sering bimbang.

    Jadi selalunya mereka itu akan mudah disangka menghadapi masalah nyanyuk atau dementia.

    Pakar psikiatri geriatrik yang berpengalaman boleh menganalisis dan menghurai permasalahan mereka. Penting untuk penjaga supaya peka dengan perubahan awal dalam kalangan orang tua. Adalah mustahak untuk penjaga meluangkan masa mendengar dan menghurai apa yang mengganggu fikiran golongan tersebut.

    Kadang-kadang mereka berasa tersisih, sunyi ataupun melalui tekanan akibat kehilangan orang tersayang, pekerjaan atau masalah kewangan. Jika penjaga merasakan sukar untuk berkomunikasi dengan ibu bapa mereka, bolehlah merujuk kepada golongan kesihatan profesional untuk membantu. Jika kemurungan menjadi serius, lebih elok dibawa berjumpa pakar secepat mungkin untuk rawatan.

    DR Wan Izwin Najla Wan Hassan

    DR Wan Izwin Najla Wan Hassan

    PROFIL

    Dr Wan Izwin Najla Wan Hassan

    Pakar Psikiatri Geriatrik dan Dementia Sheffield, United Kingdom.

    Beliau juga pensyarah Klinikal Honorari di University of Sheffield.



    Sumber

  • Kekal sihat melalui cara pengambilan makanan

    Kekal sihat melalui cara pengambilan makanan

    RAMAI beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk.

    Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan.

    Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar.

    Jaga masa makan

    Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa.

    Tahukah anda bahawa sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif?

    Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma.

    Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari hingga 2 petang, manakala waktu makan malam yang ideal ialah antara 6.30 petang hingga 8.30 malam.

    Konsep Pinggan Sihat KKM

    Bagi memudahkan orang ramai untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan Pinggan Sihat Malaysia. Ia pendekatan mudah untuk orang ramai memastikan pilihan makanan semasa waktu makan utama supaya seimbang dan mengikut kuantiti yang sewajarnya.

    Pinggan Sihat Malaysia menitikberatkan konsep #sukusukuseparuh. Suku separuh yang pertama ialah untuk diisi dengan sumber karbohidrat seperti nasi, roti, mi atau bijirin yang mana kumpulan makanan itu merupakan sumber tenaga utama tubuh kita.

    KONSEP Pinggan Sihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

    KONSEP Pinggan Sihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

    Bagi pemilihan jenis beras, beras perang dan beras putih sebenarnya berasal daripada sumber yang sama iaitu pokok padi, namun beras perang atau juga dikenali sebagai ‘unpolished rice’ mengandungi lebih serat, zat besi, manganese, fosforus, vitamin B1, B3 dan B6.

    Pun begitu, ramai tidak menggemari beras perang disebabkan teksturnya yang agak kasar jika dibandingkan dengan beras putih. Bagi yang tidak gemar dengan nasi perang, bolehlah mencuba untuk mencampurkan beras perang dan beras putih dengan nisbah 1:1. Beras putih masih boleh dimakan namun porsi pengambilan harus dikawal.

    Selain beras perang, antara makanan lain yang diklasifikasikan sebagai whole grain ialah jagung, oat dan barli. Suku kedua pula diisi dengan sumber protein seperti ikan, ayam, daging, telur, kekacang atau sumber protein tumbuhan seperti tauhu, taukua dan fucuk yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan tubuh.

    Separuh lagi pinggan diisi dengan sumber buah dan sayur-sayuran yang kaya dengan serat, vitamin dan mineral untuk membantu pelbagai fungsi tubuh.

    Senang bukan?

    Elak kalori

    Namun begitu, porsi setiap makanan di atas pinggan kita juga harus dijaga bagi mengelakkan pengambilan kalori yang berlebihan. Bagi pengambilan karbohidrat yang ideal ialah dengan anggaran saiz genggaman tangan.

    Pengambilan karbohidrat yang berlebihan bukan sahaja akan menyebabkan berat badan yang berlebihan malahan boleh mengakibatkan bacaan trigliserida (TG) darah naik.

    Anggaran bagi protein pula menggunakan saiz bahagian tapak tangan tidak termasuk jari. Anggaran saiz secekup tapak tangan pula ialah untuk menentukan saiz hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran.

    Cara masakan

    Pemilihan cara masakan juga sangat penting.

    Kita perlu melebihkan makanan yang berasaskan sup, stim, tumis goreng atau rebus seterusnya mengurangkan pengambilan makanan yang terproses, bergoreng, berminyak dan berasaskan santan.

    Makanan-makanan segera serta minuman-minuman komersial, minuman tiga dalam satu serta susu pekat manis yang tinggi dengan gula, garam, lemak dan bahan pengawet juga perlu dielakkan dan diminimakan pengambilan.

    Selain itu, pengambilan air kosong juga sangat penting untuk mengawal suhu badan, mengangkut nutrien daripada makanan untuk digunakan oleh sel-sel tubuh serta untuk mengangkut bahan buangan dalam badan.

    Setiap sistem dalam tubuh memerlukan air bahkan 70 peratus komposisi tubuh merupakan air. Setiap hari, tubuh kehilangan secara purata 10 hingga 12 gelas air atau lebih untuk golongan yang bekerja di tempat yang panas atau perlu bergerak dengan aktif.

    Akhir kalam, tidak salah untuk sekali-sekala menikmati makanan kegemaran, namun demi kesihatan yang berpanjangan, kita perlu mengutamakan pemilihan makanan yang sihat dan seimbang.

    Gunakan konsep ‘Seimbang, sederhana dan pelbagai’ dalam memilih makanan seharian. Sekiranya memerlukan nasihat dari segi pemilihan makanan yang baik, betul dan seimbang, rujuklah kepada mana-mana pakar pemakanan dan pakar diet di mana-mana hospital berdekatan anda.

    BEBIYANA Bidin.

    BEBIYANA Bidin.

    PROFIL

    Bebiyana Bidin

    Pegawai Dietetik Klinikal

    Hospital Adventist Penang



    Sumber

  • Karya jurugambar OKU diiktiraf

    Karya jurugambar OKU diiktiraf

    MESKIPUN tergolong dalam kategori kelainan upaya penglihatan, namun Rashidi Abdullah, S Svivabalan dan Theng Tze Young tidak sesekali menjadikan kekurangan itu untuk menghasilkan sentuhan seni imej luar biasa.

    Buktinya, karya tiga jurugambar lelaki itu termasuk seorang jurugambar wanita, Vivian Kwek telah diiktiraf oleh MSIG Insurance (Malaysia) Bhd hingga dipaparkan dalam kalendar tahun 2020.

    Kisah Rashidi sangat menyentuh perasaan. Meskipun masalah penglihatannya yang kian merosot, beliau berjaya merakam ilusi bentuk dan perspektif dalam fotografinya.

    Sebuah buku yang ditulisnya bertajuk Monolog Budak Buta, menggabungkan puisi dan fotografi yang memaparkan pengalamannya sebagai insan kurang upaya dan penceramah motivasi sungguh mengagumkan.

    MESKIPUN berdepan masalah penglihatan yang kian merosot namun Rashidi berjaya merakam ilusi bentuk dan perspektif dalam fotografinya.

    MESKIPUN berdepan masalah penglihatan yang kian merosot namun Rashidi berjaya merakam ilusi bentuk dan perspektif dalam fotografinya.

    Tidak kurang hebatnya buat Tze Young yang buta sepenuhnya selepas terlibat dengan satu kemalangan. Lelaki itu ternyata hebat.

    Hanya berpandukan deria sentuh dan dengar, beliau sentiasa menggunakan emosi sebagai kanta dirinya bahkan penglibatannya dalam bidang fotografi deria menjadi contoh buat anaknya supaya cabaran yang dihadapi sesekali tidak menghalang impian.

    SATU lagi karya milik Tze Young diiktiraf oleh MSIG Insurance (Malaysia) Bhd.

    SATU lagi karya milik Tze Young diiktiraf oleh MSIG Insurance (Malaysia) Bhd.

    Bagi Svivabalan pula, penglihatan yang terbatas dan perlu membuat pengecaman dengan jarak dekat tidak mengehadkan dirinya untuk terus bereksperimen dengan komposisi extravaganza.

    Bijak bermain imej ruang umum, beliau yang sukakan permainan catur itu pernah bercita-cita menjadi jaguh catur dan pernah menyertai Sukma dalam sukan sama.

    KARYA Svivabalan yang dipaparkan dalam kalendar 2020 meskipun berdepan kekangan penglihatan yang terbatas.

    KARYA Svivabalan yang dipaparkan dalam kalendar 2020 meskipun berdepan kekangan penglihatan yang terbatas.

    Pada Program Perintis Fotografi Deria yang dianjurkan oleh Pakatan Plus Community yang julung kalinya di Malaysia, Rashidi, Svivabalan dan Tze Young akan menonjolkan keupayaan mereka dari segi visualisasi dan konsep.

    Paparan 12 gambar unik yang dihasilkan bertemakan keselamatan jalan raya itu mempunyai mesej tersendiri dan bertujuan untuk membantu masyarakat menyedari kepentingan soal keselamatan dari sudut berbeza.

    Paparan 12 gambar unik yang dihasilkan empat jurugambar kelainan upaya ini bertemakan keselamatan jalan raya dan mempunyai mesej tersendiri bagi memberi kesedaran kepentingan soal keselamatan.

    Paparan 12 gambar unik yang dihasilkan empat jurugambar kelainan upaya ini bertemakan keselamatan jalan raya dan mempunyai mesej tersendiri bagi memberi kesedaran kepentingan soal keselamatan.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MSIG Malaysia, Chua Seck Guan berkata, pihaknya berusaha untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya menjelang 2020.

    “Kami dengan matlamat iaitu mengurangkan separuh angka kemalangan jalan raya pada tahun ini dan percaya sentimen yang dibawa akan menjadi peringatan berguna kepada komuniti kita.

    “Kalendar yang memaparkan hasil seni mereka merupakan salah satu daripada beberapa inisiatif yang dilaksanakan untuk memberi perhatian kepada topik ini dan kami berbesar hati bekerjasama dengan komuniti kurang upaya penglihatan, “ujarnya.



    Sumber

  • A ‘TRULY MALAYSIA’ CHRISTMAS @ Dorsett

    A ‘TRULY MALAYSIA’ CHRISTMAS @ Dorsett

    Decorations to commemorate Visit Malaysia 2020 campaign fills up for Christmas celebration at Dorsett Grand Subang 

    SUBANG, 4th December – It’s a traditional Christmas with a dash of Malaysian spice at Dorsett Grand Subang. The Hotel presents a classic Christmas tree perched up at the Hotel Lobby to welcome guests during its signature Christmas tree lighting ceremony, today. 

    The annual affair was more joyous and significant this year with the anticipation of Visit Malaysia 2020 (VM2020). 

    Standing resplendently, the 14-feet tall Christmas tree features all the classic festive trimmings and shiny ornaments with oversized wrapped gift boxes laid beneath. But guests will be in for a treat as the tree is also embellished with dozens of Malaysia’s national flower, the hibiscus, to commemorate the upcoming VM2020. 

    The same decorations can be seen on all the mini Christmas trees set at dining outlets of the Hotel. 

    As part of the Dorsett Hospitality International (DHI) global brand initiative and brand belief to constantly deliver the iconic Dorsett end-to-end guest journey, Dorsett hotels open up the doors to all vibrant inspirations such as social connectivity and vibrant engagement which falls under the brand promise – “Stay Vibrant”. 

    Its Area General Manager, Christina Toh calls for the VM2020 inspired decorations to also emphasis on promoting Malaysia’s vibrant cultures especially on culinary delights. 

    “Malaysia is a melting-pot of culture that is truly unique. It is up to each individual playing our part in showcasing the best from our very own country,” she said. 

    The lighting of the tree was greeted with much cheer and applause as DHI Vice Chairman, Datin Jasmine Abdullah Heng flicked the switch on to bring colourful lights on the tree. 

    The night culminated with guests and Hotel staff belting out classical Yuletide carols alongside the in-house band. 

    Also part of DHI brand initiative called Dorsett Hour, guests spent the evening mingling with one another over mocktails before adjourning for a festive themed buffet indulgence at the all-day dining restaurant, Terazza Brasserie. 

    For those who are still searching for a venue to dine, party and celebrate the festive season, head over with your family and friends for Christmas and New Year’s Eve buffer dinner as all dining outlets at Dorsett Grand Subang will be feasting a special buffet menu. 

    Themed ‘Around The World Buffet’, satiate your pallate for a flavourful culinary journey on Dec 24 and Dec 31 at Terazza Brasserie, Cafe Aroma, Piano Lounge, The Emperor and Melati Rooms. Priced at RM150 nett (Adult) and RM75 nett (Child ages 6-12), Around The World Buffet is available from 6.30 pm to 10.30 pm. 

    Rid that midnight hunger pangs and indulge in a Christmas Eve Buffet Supper at Cafe Aroma on Dec 24. Starting from 11.00 pm to 1.00 am, supper will be served at RM39.90 nett per person. 

    Something for the holidays, revel in the Christmas & New Year Hi-Tea buffet at Terazza Brasserie on Dec 25 and Dec 31. Starts from 12.00 noon to 4.00 pm, both buffets are priced at RM98 nett (Adult) and RM55 nett (Senior Citizen ages 60 and above and Child ages 6-12). 

    Bid adieu to 2019 and ring in the New Year in style. Do not miss the New Year Countdown at the Piano Lounge on Dec 31. Priced at RM60 nett per person also include free one glass of selected drinks. Add RM39.90 to enjoy supper meal. 

    For more information, call +603-5031 6060 or email bookfnb.subang@dorsetthotels.com. 

    About Dorsett Hospitality International Dorsett Hospitality International is one of Asia’s fastest-growing hotel groups. As a Hong Kong hospitality brand, we are proud to have an international footprint in 27 major cities worldwide with a total of 56 properties with our strategic partners TWH and AGORA Hospitality, including Dorsett Hospitality International’s 3 core brands: Dorsett Hotels & Resorts, d.Collection, and Silka, each with their own distinct identity and offerings to cater to diverse travel needs. Since the group’s establishment in Hong Kong in January 2007, we have grown by leaps and bounds with hotels across China, Malaysia, Singapore, Japan, Australia, the United Kingdom, and Continental Europe; more properties are planned in the development pipeline. For more information on Dorsett Hospitality International, visit: www.dorsett.com. 

    About Dorsett Grand Subang Dorsett Grand Subang, Kuala Lumpur is located amongst prominent commercial and shopping hubs such as Subang Parade, Empire Subang, Sunway Pyramid, Sunway Lagoon and Shah Alam. From luxurious, trendy suites and rooms to grand ballroom events and award-winning dining restaurants, Dorsett Grand Subang’s wide range of facilities and accommodation caters to business and leisure guests as well as walk-in diners and visitors. For more information on the Dorsett Grand Subang, Kuala Lumpur, visit: www.dorsetthotels.com/malaysia/subang 

    Media Contact Nora Jaswa Marketing Communications Manager M: +6 016 2011 683 E: nora.jaswa@dorsetthotels.com 

    #DorsettDiscoveries #DorsettGrandSubang #StayVibrant #DorsettHotels #DorsettHospitality #PricelessDelights #VM2020 #Christmas #AroundTheWorldBuffet

  • Vivo S1 Pro kemuncak swafoto

    Vivo S1 Pro kemuncak swafoto

    GABUNGAN teknologi fotografi dengan perisian canggih untuk menghasilkan Vivo S1 Pro pastinya menarik perhatian golongan muda yang suka berswafoto.

    Konsep yang menetapkan standard reka bentuk menakjubkan dengan kuad kamera AI 48 mega piksel (MP) menjadi ciri unik buat varian terbaharu Vivo.

    Pakar Produk Vivo Malaysia, Raymond Lee berkata, bukan sahaja fitur baharu itu mampu memukau golongan belia, malah S1 Pro ialah contoh sebenar bagaimana pihaknya mereka bentuk pengalaman hebat yang memenuhi kehendak khalayak.

    “Kamera depan 32 MP juga dicipta bertujuan untuk mempamerkan kecantikan setiap individu dengan sempurna.

    “ Ia juga dilengkapi aplikasi AI Face Beauty yang membolehkan pengguna menyesuaikan ciri-ciri wajah mereka dan menikmati keseronokan berfotografi secara solo mahupun bersama rakan,” katanya dalam satu kenyataan.

    PERANTI canggih didatangkan lengkap pemproses Qualcomm Snapdragon 665 octa-core itu turut tampil dengan ‘voice changer’ yang menyediakan pelbagai suara sambil melindungi privasi pengguna.

    PERANTI canggih didatangkan lengkap pemproses Qualcomm Snapdragon 665 octa-core itu turut tampil dengan ‘voice changer’ yang menyediakan pelbagai suara sambil melindungi privasi pengguna.

    S1 Pro ujarnya, disokong lensa sudut lebar, makro dan bokeh.

    Selain itu, peranti pintar itu turut dikuasakan dengan algoritma AI demi kejelasan foto lebih baik selain sudut tontonan sehingga 120 darjah dengan kamera Super Wide-Angle 8MP.

    “’Sebagai tambah nilai, evolusi terbaharu itu juga dilengkapi dengan ciri menarik seperti Pose Master yang boleh menyesuaikan sudut pengguna selain membimbing subjek beraksi dengan pelbagai bagi menghasilkan gambar yang menarik.

    S1 Pro didatangkan lengkap dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 665 octa-core, ia turut tampil dengan voice changer yang menyediakan pelbagai suara dan yang paling signifikan, melindungi privasi pengguna.



    Sumber

  • Hukum minum di kedai orang bukan Islam

    Hukum minum di kedai orang bukan Islam

    SEGELINTIR orang kadangkala tidak begitu kisah tentang soal minuman sehinggakan ada yang memesannya di gerai atau restoran bukan Islam.

    “Alah, air saja pun. Mana ada guna benda-benda haram. Tak kisahlah hendak beli di kedai mana-mana sekalipun.”

    Barangkali begitulah tanggapan individu berkenaan sehingga menyebabkan dia bertindak demikian.

    Namun, apakah pandangan agama Islam tentang hal itu?

    Sebagai umat Islam, mencari makanan dan barangan yang halal lagi baik adalah satu keutamaan dalam kehidupan kita seharian.

    Tuntutan itu adalah wajib ke atas setiap Muslim sepertimana dinyatakan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW.

    Sabda baginda SAW: “Mencari yang halal itu adalah wajib bagi setiap orang Islam.” (Riwayat al-Tabarani)

    Begitupun, bukan sahaja perihal makanan yang perlu dititik beratkan dari segi halal, tetapi juga pemilihan restoran juga kena diambil kira.

    Kita dikehendaki memilih kedai makan yang benar-benar dijamin halalnya, bersih, kemas dan ‘menyenangkan’ selera.

    Ini kerana, kehalalan sesuatu makanan dan minuman itu ada kaitannya dengan sumber, cara pemprosesan, premis atau tempatnya.

    Jika ia melibatkan haiwan yang harus dimakan, maka ia perlu dipastikan ia disembelih mengikut syarak.

    Namun, dari segi halal atau haram suatu makanan itu, ia sebenarnya bergantung kepada sumber dan bahannya, cara pemprosesannya serta keadaan premisnya.

    Misalnya, makanan dan minuman yang diproses menggunakan atau mengandungi bahan-bahan haram seperti lemak atau daging babi, anjing dan haiwan lain yang tidak disembelih mengikut syarak, darah, arak, najis, racun dan sebagainya, maka hukumnya adalah haram.

    Seperkara lagi, usah memandang remeh tentang pengusaha restoran atau gerai berkenaan.

    Ia begitu signifikan untuk memastikan bahawa pengusaha premis tempat yang kita makan itu ialah orang Islam.

    Bukan itu sahaja, pastikan juga tukang masak dan pembantunya ialah Muslim dan penting juga mereka mempunyai sifat-sifat jujur, amanah dan takwa.

    Berbalik kepada persoalan tentang makan dan minum di kedai orang bukan Islam, hukumnya adalah syubhah jika tidak menepati garis panduan yang ditetapkan syarak.

    Sebaiknya, elakkan dan dan jauhkanlah diri daripada berbuat demikian bagi menjamin makanan, minuman serta barangan keperluan yang digunakan halal, suci dan selamat.

    (Sumber: Portal soal jawab agama, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang)



    Sumber

  • Daripada ukiran batu nisan ke kanvas seni

    Daripada ukiran batu nisan ke kanvas seni

    SEJAK berusia 12 tahun lagi, Aleng Tohara sudah berjinak-jinak dalam seni bermula dengan ukiran kerawang dan nama pada batu nisan di sebuah bengkel milik jirannya di Kampung Assam Jawa, Kuala Selangor, Selangor.

    Hampir setiap malam dan hujung minggu, masa terluangnya diisi dengan membantu Allahyarham bapanya menyiapkan tempahan batu nisan. Bermula dari saat itu, minat mendalam dalam bidang seni lukis mula terpupuk.

    Mengimbas kembali sejarah penglibatan dalam bidang seni, pemilik nama sebenar Abdul Jalil Toha @ Tohara yang berusia 45 tahun itu tidak menafikan, dorongan kuat juga datang daripada arwah abang dan bapa saudaranya.

    “Keterujaan mengekperimentasikan seni abstrak pada kanvas polos disemarakkan dengan kejayaan hasil seni arwah abang yang ketika itu melanjutkan Ijazah Sarjana Muda (Seni Halus) UiTM.

    “Semangat saya ketika itu cukup tinggi lebih-lebih lagi bapa saudara pula seorang pensyarah bidang sama di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Meskipun bersekolah agama, namun minat mendalam tidak menghalang untuk saya belajar seni secara sendiri,” ujarnya.

    ALENG menuntut ilmu seni bersama pelukis terkemuka, Yusof Gajah.

    ALENG menuntut ilmu seni bersama pelukis terkemuka, Yusof Gajah.

    Menariknya, meskipun anak kelahiran Sabak Bernam Selangor itu tidak memiliki sebarang pendidikan formal dalam bidang seni lukis namun pemilik jenama Paintalengtohara tersebut mampu berdiri setanding pelukis terkemuka negara.

    “Meskipun saya memiliki diploma pendidikan, ijazah sarjana muda dalam bidang pengurusan maklumat dan kini sedang melanjutkan pendidikan ke peringkat sarjana, semua itu tidak menghalang saya untuk terus berkarya.

    “Karier saya dalam bidang seni mula berkembang pada tahun 2003 selepas teruja melihat karya lukisan yang tergantung di rumah pelanggan dan ketika itu, saya aktif sebagai jurumekap majlis perkahwinan secara sambilan,” katanya.

    Tutur bekas pelajar Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT) Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Sabak Bernam, ketika itu, dirinya mula memahami erti seni sebenar dan mula jatuh cinta dengan lukisan abstrak.

    “Sebenarnya, saya sukakan kelainan. Lebih memilih medium campuran dan abstrak kerana warnanya yang kekal serta vibrant selain lebih cepat kering berbanding warna minyak.

    “Lagi satu, saya terdorong untuk terus aktif apabila melihat ramainya artis tempatan yang kreatif menghasilkan rona unik penuh cerita di pameran-pameran sekitar Lembah Klang,” kongsi anak kedua daripada enam beradik itu.

    KARYA Fauziah 2015 yang dihasilkan daripada kisah adik Aleng mempunyai cerita tersendiri.

    KARYA Fauziah 2015 yang dihasilkan daripada kisah adik Aleng mempunyai cerita tersendiri.

    Mahakarya

    Mengulas lebih lanjut mengenai karya Aleng Tohara, hasil contengan dan oles warna berdasarkan cerita hati itu berjaya menarik perhatian pencinta seni lain bahkan karya seninya terjual pada awal pembabitan seni abstrak.

    “Saya bagaikan tidak percaya apabila karya seni pertama saya dibeli orang. Mungkin elemen puitis dan imaginasi berdasarkan cerita kerana setiap hasil ciptaan memiliki jalan ceritera tersendiri.

    “Salah satu keunikan seni abstrak ini, saya hanya menggunakan tangan, jari dan kuku untuk menghasilkan satu mahakarya tanpa sebarang penggunaan berus,” katanya yang turut menghasilkan lima antologi puisi dan buku kanak-kanak.

    Aleng memberitahu, penglibatan dalam Pameran Seni Yayasan Usman Awang pada 18 Januari nanti katanya, berikutan beliau berjaya menghasilkan dua karya iaitu Kelopak Rasa dan Dari Bintang ke Bintang yang berdasarkan garapan puisi sasterawan tersohor itu.

    “Satu lagi pameran berkumpulan, 11.11 melibatkan 26 artis yang akan diadakan pada 5 Januari sehingga 17 Januari nanti di Kuala Lumpur. Pada masa sama, saya juga berurusan dengan sebuah syarikat untuk pameran di Johor Bahru.

    SEBAHAGIAN peserta cilik, Aisyah Raihan yang berusia 11 tahun mengikuti Warisseni di Putrajaya.

    SEBAHAGIAN peserta cilik, Aisyah Raihan yang berusia 11 tahun mengikuti Warisseni di Putrajaya.

    “Saya juga aktif mewujudkan Warisseni untuk 15 pelukis cilik berusia lima tahun hingga 11 tahun selain karya mereka turut dipamerkan di Children Art Exhibition di Parenthood, Sunway Putra mall,” ujarnya yang juga menjadi pembimbing seni peribadi.

    Berkongsi mengenai resipi kejayaan dalam bidang seni, bicaranya, bakat yang ada dalam setiap insan adalah sesuatu yang luar biasa namun jika tiada usaha, ia tidak akan ke mana.

    “Ini kerana minat, bakat dan usaha adalah kunci kejayaan bahkan prinsip tersebut menjadi tunjang utama hidup saya untuk mengembangkan lagi keupayaan seni sehingga ke seantero dunia.

    “Nasihat saya, jangan malu untuk berkarya dan carilah kreativiti atau keunikan diri sendiri yang lain daripada lain supaya nilai seni dapat dimartabatkan,” katanya.

    PROFIL AlengTohara

    Nama sebenar: Abdul Jalil Toha @ Tohara

    Umur: 45 tahun

    Asal: Sabak Bernam, Selangor

    Kerjaya:

    Pelukis, penulis, ilustrator buku kanak-kanak dan penuntut sarjana

    Tahap pendidikan:

    Sedang mengikuti pengajian peringkat Sarjana Pengurusan Maklumat (Penyelidikan) UiTM

    Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Maklumat UiTM

    Diploma Pendidikan Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang

    Pencapaian:

    Pameran Lukisan berkumpulan bersama Art Market Malaysia, NASOM dan AvenueK Kuala Lumpur

    Pameran Lukisan Berkumpulan bertemakan Alam dan Gurudi Balai Seni Negara Kuala Lumpur

    Instagram: @alengtohara

    Facebook: Aleng Tohara



    Sumber

  • Bank Rakyat tutup subsidiari, fokus perkhidmatan kewangan

    Bank Rakyat tutup subsidiari, fokus perkhidmatan kewangan

    BANK Rakyat mengambil keputusan menutup operasi subsidiarinya, Rakyat Holdings bagi memberi keutamaan kepada perkhidmatan kewangan bank berkenaan.

    Anak syarikat milik Rakyat Holdings ialah Rakyat Travel, Rakyat Hartanah, Rakyat Asset Management, Rakyat Niaga dan Rakyat Facility Management.

    Bagaimanapun, Bank Rakyat yang juga agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) memaklumkan tiada sebarang pemberhentian warga kerja dilakukan berhubung tindakan berkenaan.

    “Kesemua warga kerja subsidiari tersebut diserapkan untuk berkhidmat di Bank Rakyat bermula 15 Disember 2019 mengikut kelayakan serta kemahiran mereka,” kata Bank Rakyat dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

    Bank Rakyat menjelaskan, dari aspek kedudukan kewangan pula, sehingga berakhir 30 September 2019, bank itu mencatatkan prestasi yang memberangsangkan dengan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.29 bilion, meningkat 4 peratus berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.

    “Pembayaran kadar dividen bagi tahun kewangan berakhir Disember 2019 akan dibayar dengan kadar yang kompetitif pada akhir suku pertama 2020,” katanya.



    Sumber

  • Malaysia perlu beri keutamaan isu sekuriti air

    Malaysia perlu beri keutamaan isu sekuriti air

    PAKAR kualiti air, Dr Zaki Zainudin berkata, teknologi rawatan air yang maju ‘dikuasakan’ Denmark bukan sahaja berupaya mengatasi masalah pencemaran malah berjaya mengawal isu keselamatan dalam konteks sekuriti air dengan bijak.

    “Dua elemen itu harus kita fahami kerana ia bersangkut-paut dengan isu pencemaran hingga mengakibatkan gangguan bekalan air seperti di negara kita baru-baru ini.

    “Ia sebenarnya bukan kerana teknologi rawatan air yang diguna pakai ketika ini kurang mantap tetapi ada isu lebih besar lagi,” katanya kepada e-Trend baru-baru ini.

    Menghuraikan lebih lanjut, ujar Zaki, Malaysia masih menggunakan teknologi rawatan air konvensional standard yang sama diguna pakai negara maju seperti Amerika Syarikat.

    “Bagaimanapun, saya lihat, sistem pengurusan lembangan sungai masih lemah dan tiada pelan sandaran jika berlaku insiden seperti pencemaran sungai sehingga menyebabkan berlaku gangguan bekalan air yang berulang.

    PENGGUNA menadah air daripada 12 paip air yang disediakan pihak Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berikutan gangguan bekalan air yang berlaku baru-baru ini.

    PENGGUNA menadah air daripada 12 paip air yang disediakan pihak Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berikutan gangguan bekalan air yang berlaku baru-baru ini.

    “Aspek sekuriti air perlu dititikberatkan kerana isu itu melangkaui semua, bukan setakat pencemaran sungai sahaja dan perlu ada pelan b atau c jika berlaku insiden tidak diingini,” ujarnya sambil menambah isu gangguan bekalan air yang berlaku baru-baru ini boleh diatasi sekiranya pelan (sandaran) iaitu menggunakan sumber air di tasik di Putrajaya sebagai bantuan sokongan dapat diimplemenkan.

    Mengulas lanjut, beliau berkata, di negara-negara maju tertentu, lazimnya para pemerintah akan mewartakan kawasan tadahan air tanpa sebarang bentuk pembangunan bagi mengelakkan berlaku pencemaran sumber.

    “Bagaimanapun jika melihat keadaan di Semenyih yang semakin maju dengan pembangunan industri, pastinya isu pencemaran sukar dikawal dan insiden akan berulang-ulang kali.

    “Sebab itu, sangat penting kita utamakan isu sekuriti air lebih-lebih insiden pencemaran sungai kerap berlaku di kawasan Lembah Klang yang menjadi pusat pentadbiran, politik dan industri,” katanya yang mencadangkan agar kerajaan Malaysia memantapkan lagi pengurusan lembangan sungai dan perlu mewartakan kawasan tadahan supaya bebas daripada pencemaran.



    Sumber

  • Tesco fokus bantu pelanggan urus kos sara hidup

    Tesco fokus bantu pelanggan urus kos sara hidup

    TESCO Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco) mengadakan kempen Semua Ong Mali 2020 bermula 19 Disember lalu hingga 29 Januari 2020 sempena Tahun Baru Cina (CNY).

    Ketua Pegawai Eksekutifnya, Paul Ritchie berkata, Tesco fokus untuk membantu pelanggannya menguruskan kos sara hidup mereka melalui tawaran produk berkualiti pada harga yang berpatutan.

    “Tesco juga menyediakan banyak makanan laut pada harga yang berpatutan seperti Canadian lobster, udang bersaiz sederhana dan udang harimau.

    “Selain itu, produk jenama Tecso juga menawarkan harga 10 peratus lebih murah berbanding produk lain yang mana 80 peratus daripadanya adalah produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) penduduk tempatan,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

    Ritchie berkata, Tesco juga akan menganjurkan jualan selama 13 jam menerusi Facebook Live pada Januari 2020.

    “Ia diadakan bertujuan untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang terbaik kepada pelanggan kami.

    “Produk ditawarkan dijual pada harga yang berbaloi dan pelanggan berpeluang memenangi baucar Golden Hours,” katanya.

    Menurutnya, Tesco juga akan memberikan tawaran menarik kepada pelanggan membelanjakan RM88 ke atas dengan menggunakan e-wallet Boost dan Touch n Go.

    Katanya, ia terpakai di semua cawangan Tesco sepanjang kempen berlangsung sebagai usaha menyokong inisiatif kerajaan ke arah berbelanja tanpa tunai.

    Sempena CNY, beliau berkata, Tesco dan Kechara Soup Kitchen (Kechara) akan membantu mereka yang kurang bernasib baik melalui pembelian Gift of Prosperity (GOP).

    “GOP adalah peket ang pau yang mengandungi tuna, oat, biskut, kordial, beras dan minyak masak.

    “Pelanggan boleh berbelanja RM25 atau RM50 untuk GOP di kaunter, Tesco Online dan platform e-dagang lain dari 19 Disember hingga 5 Februari 2020,” katanya.



    Sumber