PELANCARAN RASMI TELEFON PINTAR FLAGSHIP TERBAIK DI MALAYSIA, REALME X2 PRO

PELANCARAN RASMI TELEFON PINTAR FLAGSHIP TERBAIK DI MALAYSIA, REALME X2 PRO

PETALING JAYA, 2 December 2019 – realme sebagai jenama telefon pintar terpantas berkembang di dunia bagi tahun 2019, diperakui kajian Counterpoint secara rasminya hari ini melancarkan telefon pintar kelas flagship atau high end dengan ciri-ciri premium iaitu realme X2 Pro. Kini,
rakyat Malaysia mempunyai akses kepada model with 64MP Hawk-Eye Quad Camera menggunakan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 855 Plus, iaitu yang terpantas bagi mana-mana telefon Android.
“Kami begitu gembira berpeluang melancarkan peranti hebat seperti realme X2 Pro di Malaysia.
Sejak dua bulan yang lalu, kami telah mendengar daripada rakan-rakan, media dan peminat realme yang mereka inginkan telefon pintar yang paling berbaloi dan terbaik – realme X2 Pro.


Peranti berkelajuan penuh ini adalah hasil dari slogan Dare to Leap kerana kami yakin dalam menawarkan servis dan akses terbaik kepada pelanggan,” kata Tiffany Teh, Pengurus Jenama realme Malaysia. Tambahnya, “Tampak muda dan bergaya, inilah reka bentuk dan penampilan yang ditonjolkan pada model ini sekaligus memberi nafas baharu kepada gaya penggunanya. Kami yakin, realme X2 Pro adalah pilihan yang tepat buat mereka yang inginkan kepantasan dan prestasi tiada bandingan pada tanda harganya”.

realme X2 Pro – The Full Speed Flagship
Sejak hari pertama, realme telah berjaya memenuhi keperluan teras pengguna muda menerusi pembangunan teknologi, inovasi dan pengalaman yang berterusan. Kali ini, prestasi realme X2 Pro telah ditingkatkan sepenuhnya dengan pemproses okta Snapdragon 855 Plus yang memaparkan proses 7nm dan Adreno 640 GPU. Ini membolehkan pemproses mengerjakan 15% graphic rendering yang lebih cepat berbanding Snapdragon 855. Ia menjamin kualiti visual sebenar dan pengalaman permainan 3D yang lebih baik.
Dari segi hayat bateri, realme X2 Pro tampil dengan bateri berkapasiti 4000 mAh selain menyokong teknologi penyejukan AI yang membantu untuk mengesan aplikasi yang tidak digunakan dengan kerap dan menghentikan mereka daripada beroperasi, bahasa mudah ianya menjimatkan bateri.
realme X2 Pro juga dilengkapi teknologi 50W SuperVOOC Flash Charge melalui sambungan USB-C yang mana bateri boleh meningkat daripada 0% ke 100% dalam masa 35 minit sahaja. Kelajuan pengecasan ini dilindungi oleh sistem cip lima teras pintar yang menyediakan pemantauan masa nyata arus elektrik. Selain itu, model ini ditambah baik dengan ciri Dolby Atmos Dual Stereo Speakers untuk penghayatan bunyi permainan video dan tontonan filem on-the-go yang berkualiti tinggi. Menarik bukan?

Bagi reka bentuk, badan realme X2 Pro diperbuat daripada logam dan kaca, dengan dua pilihan warna yang menarik, Neptune Blue dan Lunar White. realme X2 Pro turut menggabungkan unsur unik pada lenturan 3D Gorilla Glass 5 bagi memberi pengalaman pegangan yang selesa.
Hadir dengan skrin sebesar 6.5-inci FHD+ Super AMOLED dan nisbah skrin sehingga 91.7%, realme X2 Pro mempunyai ciri idaman setiap pengguna telefon pintar iaitu 90Hz Ultra Smooth Display yang diperakui Persijilan Paparan Penjagaan Penuh TÜV Rheinland untuk perlindungan kecerahan
rendah stroboskopik dan cahaya biru rendah. Lebih mengagumkan, pengimbas cap jari peranti realme X2 Pro dapat membuka kunci dalam tempoh sesingkat 0.23 saat.
Dari segi pengimejan, realme X2 Pro mempunyai 64MP quad kamera dengan kebolehan 20x zoom hibrid yang terdiri daripada lensa utama (64MP), lensa 115° ultra-lebar (8MP), lensa telefoto (13MP) dan lensa potret (2MP) yang turut menyokong Super Nightscape. Modul ini menggunakan sensor baharu Samsung ISOCELL Bright GW1 1/1.72. Untuk kamera hadapan 16MP f/2.0 aperture mempunyai fungsi AI beautify sesuai dengan kehendak pengguna yang inginkan selfie sempurna.
Kamera belakang realme X2 Pro juga boleh merakam video resolusi 4K dengan algoritma anti-shake UIS yang digabungkan dengan gyroscope sensitiviti tinggi, bagi membetulkan sebarang pergerakan tangan atau gemetar semasa merakam video. Penambahan ciri ini sebaik kamera sukan profesional. Di samping itu, ia juga boleh mengambil kesan kabur (bokeh) pada latar belakang video , video sudut lebar dan video perlahan 960fps. realme X2 Pro akan dijual pada harga RM 2,399.00 sahaja!

Untuk maklumat lanjut mengenai acara dan promosi realme Smartphone Malaysia, ikuti kami di halaman Facebook https://www.facebook.com/realmeMalaysia dan Instagram di
@realmemalaysia.



Mengenai realme
Sebuah jenama teknologi yang khusus dalam menyediakan telefon pintar berkualiti tinggi seiring dengan pegangan ‘Dare to Leap’ itulah realme. Jenama ini secara rasmi dilancarkan pada 4 Mei 2018, oleh pengasas Sky Li, bersama sekumpulan anak muda yang berpengalaman dalam industri telefon pintar. realme juga komited dalam menawarkan prestasi berkuasa bagi setiap model yang dibangunkan, selain berani menawarkan reka bentuk bergaya, perkhidmatan yang tulus dan penerokaan berterusan bagi inovasi telefon pintar.
Terbaharu, jenama realme telah diangkat sebagai salah satu jenama Global TOP 7 Smartphones bagi suku ketiga (Q3) tahun 2019 dengan pengguna berdaftar mencapai 17 juta dalam tempoh hanya setahun, menjadikannya jenama paling pesat berkembang.
Selain itu, realme telah berkembang secara global ke lebih 20 buah negara seperti China, India, Asia Tenggara, Eropah, Rusia, Pakistan dan Afrika termasuk Mesir. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.realme.com/my/ atau https://www.facebook.com/RealmeMalaysia/

https://www.instagram.com/realmemalaysia/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *