Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Obses mengumpul Kamen Rider
  • ATTRACTION

Obses mengumpul Kamen Rider

Helmi Aziz April 20, 2019 3 minutes read
1555730197_195383.jpg

Pengumpul koleksi figure aksi, Kamen Rider, Dragon Ball, Ultraman, Transformers, Maxwell, DC (Detective Comic), Super Sentai, Gundam, Star Wars, dan Ninja Turtle.

PENULIS terpegun sejenak ketika kaki melangkah masuk ke kediaman lelaki ini. Di ruang tamunya penuh dua rak koleksi figura aksi. Rupa-rupanya bukan di situ sahaja, di tingkat atas terdapat sebuah bilik lagi menyimpan benda yang sama.

Persoalannya bilakah pemilik nama, Ali Imran Mohd Darus mula mengumpul semua koleksi pelbagai jenis watak kartun?

Ali Imran atau mesra dengan nama pena, Imkamen seperti sudah dapat mengagak pertanyaan yang berlegar di fikiran penulis. “Saya suka igura-figura ini sejak saya berumur tujuh tahun,” jawabnya bersahaja.

Cerita Imkamen, ketika masih kecil, beliau cukup tertarik dengan mainan Transformers. Katanya, ibunya selalu membelikan beliau mainan. Namun, nalurinya mahu jenis mainan pada harga yang mahal.

Pun demikian, beliau sedar bahawa wang itu cukup bernilai. Justeru, Imkamen mengambil pendekatan menyimpan duit sendiri sejak kecil demi memenuhi kehendak diri sendiri.

Ya, barangkali beliau serupa dengan kanak-kanak lain. Tatkala dapat mengumpul sejumlah wang pada waktu perayaan seperti Aidilfitri, beliau akan menggunakan duit itu membeli figura aksi. Ketika itu, beliau ‘tergilakan’ Transformers. “Itulah koleksi pertama saya,” imbaunya ketika ditemui Oh! Lelaki di rumahnya di Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.

Ribuan jenis

Dengan wang sendiri, Imkamen berkata, beliau telah membeli lebih 250 figura aksi. Setelah bekerja pada tahun 2005 sebagai juruukur, koleksi Transformersnya semakin bertambah.

Selain watak Transformers, antara koleksi lain lelaki ini ialah Kamen Rider sebanyak 2,500 jenis, Gragon Ball (150 jenis), Ultraman (40 jenis), Transformers (150 jenis), Maxwell (150 jenis), DC (Detective Comic) (30 jenis), Super Sentai (150 jenis), Gundam (250 jenis), Star Wars (60 jenis) dan Ninja Turtle (50 jenis).

“Jumlah secara tepat saya tak berapa ingat. Mungkin lebih daripada jumlah yang saya beritahu. Ada yang saya tidak boleh pamerkan dan hanya disimpan di dalam kotak dan bekas. “Untuk mempamerkannya memakan banyak ruang. Itulah masalah yang saya hadapi. Namun, untuk berhenti mengumpulnya, agak mustahil,” katanya.

Kepada satu soalan, Imkamen berkata: “Saya kumpul figura-figura ini sebenarnya untuk kepuasan diri. Saya begitu teringin memiliki, jika melihat sesuatu figura dalam rancangan televisyen. Bukan itu sahaja, saya merasakan tidak lengkap hidup jika mainan baharu yang ada di pasaran, tidak menjadi milik saya.”

Obses Kamen Rider

Daripada banyak koleksi, Imkamen berkata, minatnya kini lebih terarah kepada Kamen Rider. “Ini kerana setiap tahun Kamen Rider akan ada siri baharu. Antara yang saya kumpul jenis SHFiguarts, Shodo, SODO, Converge, Sofubi, RKF, Dx, CSM. “Setiap siri baharu itu juga akan mengeluarkan pelbagai jenis figura aksi. Contohnya, SODO dikeluarkan setiap bulan oleh Bandai.

Untuk setiap keluaran saya akan beli dan kumpul bagi melengkapkan jenis zirah dengan kuasa berbeza,” katanya sambil berkongsi, terdapat 33 siri Kamen Rider yang telah ditayangkan. Seperti membeli barang mewah, figura-figura aksi ini juga perlukan wang yang sangat besar sebenarnya.

Untuk Kamen Rider sahaja, Imkamen mengeluarkan antara RM800 hingga RM1,600 setiap bulan. Beliau memberitahu Oh! Lelaki, dirinya lebih suka membeli secara online daripada pengeluar dari Jepun. Ia lebih murah. Contohnya, harga Converge Kamen Rider di atas talian RM25 berbanding RM100 kalau dijual di pasaran.

Cuba teka berapa jumlah yang Imkamen telah belanjakan untuk Kamen Rider dan watak-watak lain? Jawapannya, lebih kurang RM100,000! Seperkara, jika anda menyuarakan hasrat untuk membeli koleksi Imkamen, anda mungkin berputih mata. Lelaki ini tidak akan menjualnya kecuali terdapat lebihan.

“Walaupun harga figura yang dibeli saya ketika itu hanya belasan ringgit tetapi jika tengah hangat di pasaran, harganya akan meningkat, saya tetap tak akan menjualnya. “Contohnya Kamen Rider Mask Collection Shin Limited Edision, sekarang nilainya RM8,176.98. Tapi, saya tidak berminat untuk menjualnya, sebab untuk dapatkan balik figura aksi ini saya perlu beli dengan harga semasa,” katanya.

Mengakhiri bicara, Imkamen berkata, beliau bersyukur kerana isteri dan anak-anaknya menyokong obsesinya itu.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Pengumuman Dasar Automotif Nasional baharu suku kedua
Next: Aishah bangkit demi anak autisme

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.