Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Negara aman, rakyat bebas amalkan ajaran agama
  • ATTRACTION

Negara aman, rakyat bebas amalkan ajaran agama

Helmi Aziz November 15, 2019 2 minutes read
445810.jpg
KUALA KRAI – Rakyat negara ini patut bersyukur dapat mengamalkan ajaran agama masing-masing tanpa sebarang ancaman dalam sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa.

Musrif Pondok Sungai Durian, Datuk Dr Abdul Basit Abdul Rahman berkata, ia amat berbeza dengan keadaan pada zaman Nabi Muhammad SAW apabila mereka terpaksa mengamalkan ajaran Islam dalam keadaan bersembunyi, memandangkan pemerintah ketika itu kejam dan zalim sepertimana diceritakan dalam surah Al Kahfi.

Justeru pendekatan diambil Sinar Harian mentadabur surah Al-Kahfi sempena bulan kemerdekaan negara ke-62 amat sesuai bagi sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat pelbagai agama dan bangsa.

Menurutnya, pelbagai kisah yang diceritakan dalam surah tersebut turut dapat dijadikan panduan kepada anggota masyarakat pada hari ini bagi mengekalkan keharmonian.

“Antaranya kisah penganut Islam ketika itu terpaksa masuk ke dalam gua untuk mengamalkan ajaran agama kerana jika ada yang mendapat tahu mereka beriman pasti golongan ini akan dibunuh.

“Selepas dimatikan selama 300 tahun baharu mereka boleh mengamalkan ajaran agama setelah bebas daripada pemerintah yang zalim ketika itu,” katanya pada Majlis Malaysia #QuranHour yang berlangsung di Masjid Tengku Muhammad Faris Petra, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Jajahan, Dr Nik Azlan Abdul Hadi; Pengerusi Persatuan Rumah Ngaji, Mejar (B) Datuk Dr Adnan Hashim serta Pengurus Sinar Harian Kelantan, Surena Mohd Noor.

Abdul Basit berkata, beliau yakin jika isi kandungan surah dipilih dijadikan panduan masyarakat hari ini mampu menjalani kehidupan dalam keadaan aman dan harmoni.

“Surah ini mempunyai hubung kait dengan bulan kemerdekaan negara ke-62 kerana ia bukan sahaja berkisar kepada pemerintahan yang zalim.

“Malah berkaitan dengan usaha memerdekakan diri masing-masing daripada sikap negatif yang berpunca daripada hawa nafsu,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau juga yakin sekiranya sikap tersebut berjaya diatasi segala usaha ke arah kebaikan yang dirancang bakal direalisasikan.

“Jika kita ada kuasa, bantulah golongan susah dan lemah di samping jujur dalam melaksanakan tugas kerana ia asas sebuah negara yang merdeka serta mempunyai masyarakat majmuk,” katanya.

Beliau berkata, paling penting selain penjajahan ketenteraan orang ramai disarankan membebaskan pemikiran masing-masing daripada anasir yang mampu menggugat keharmonian negara.

Terdahulu sekitar 300 penduduk sekitar Kuala Krai mentadabur serta tazakur surah Al Kahfi.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Garmin fēnix 6 terbaharu
Next: Jom kenali 10 supermodel jutawan

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.