Mutasi virus influenza di Malaysia?

LEWAT kebelakangan ini timbul persoalan sama ada benarkah berlaku mutasi virus Influenza di Malaysia?

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kenyataan terbabit tidak benar kerana ujian klinikal yang dilakukan KKM dari semasa ke semasa mendapati tiada sebarang perubahan pada virus influenza di negara ini.

Malaysia juga bekerjasama rapat dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang membuat pemantauan dengan mengambil sampel dari setiap negara anggota.

Jika terdapat sebarang perubahan pada sampel itu, WHO akan mengeluarkan peringatan kepada negara yang terlibat.

Menurut KKM, setakat ini, Malaysia tidak menerima sebarang peringatan.

Cara terbaik mencegah Influenza ialah:

1. Mendapatkan vaksin bagi kanak-kanak berumur enam bulan dan ke atas. Sebaik-baiknya vaksin itu diambil setiap tahun.

2. Meningkatkan penjagaan kebersihan tubuh badan seperti menutup mulut apabila bersin dan kerap membasuh tangan.

Jumlah kes Influenza dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa di rangkaian Hospital KPJ seluruh negara lebih tinggi berbanding kes denggi, seperti yang dilaporkan media.

Sumber: FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia



Sumber

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *