MobilityPlus teraju program penggantian kenderaan

MobilityPlus teraju program penggantian kenderaan

  • July 15, 2019
  • 0 comments

MERCEDES-Benz Financial merupakan sebuah jenama yang bernaung di bawah Mercedes-Benz Services Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan sebuah program baharu digelar sebagai MobilityPlus. Pertama seumpamanya dalam industri pembiayaan automotif, MobilityPlus merupakan sebuah program penggantian kenderaan.

Ia membolehkan para pemilik kereta Mercedes-Benz mendapatkan kereta ganti sementara jika kereta mereka perlu menjalani servis termasuk tuntutan waranti yang memerlukan masa 48 jam atau lebih.

Untuk lebih kemudahan, pelanggan boleh memilih lokasi penyerahan dan penghantaran kereta ganti tersebut. Ia akan disediakan dalam tempoh 24 jam selepas notis daripada pusat servis Mercedes-Benz yang bertauliah bagi pihak pelanggan.

Notifikasi penggantian kenderaan itu akan diberikan kepada pelanggan yang layak (dalam tempoh 24 jam) oleh Pusat Servis Mercedes-Benz yang bertauliah.

Selain penawaran yang meluas termasuklah di Langkawi, Kedah dan Labuan, Sabah, para pelanggan juga boleh menikmati penggunaan kereta gantian hingga 20 hari dalam tempoh setahun tanpa kos tambahan.

Dengan pengenalan MobilityPlus, perkhidmatan Hire Purchase Classic Financing akan dijenamakan semula sebagai FinanceCare.

Produk baharu [email protected] juga akan turut memberi solusi semua dalam satu dengan servis nilai tambahan seperti Tyre & Rims dan Comprehensive Insurance with Service & Maintenance. Ciri MobilityPlus juga akan disertakan sekali bersama Agility Financing (kereta baharu) dan juga Young Star Agility Financing (kereta pra-milik), merangkumi tempoh dua tahun pertama untuk FinanceCare dan solusi Agility.

Servis itu mampu dilonjakkan hingga empat tahun untuk produk sewa pajak bergantung kepada tempoh yang ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut, layari www.mercedes-benz.com.my/mobilityplus atau hubungi talian khidmat pelanggan Mercedes-Benz di 1-800-88-1133.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge