Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Misi mencabar Mohd Nor pacu kemajuan Co-opbank Pertama
  • ACTIVITY

Misi mencabar Mohd Nor pacu kemajuan Co-opbank Pertama

Helmi Aziz May 22, 2019 6 minutes read
299026.jpg

co-opbank Pertama Persatuan Malaysia Berhad (CBP) bermula sebagai koperasi dengan matlamat asal membantu petani di kampung, akhirnya berada di satu takuk kejayaan apabila menjadi sebuah bank yang dibangunkan dan diuruskan oleh orang Melayu.

Pelantikan Mohhd Nor Abd. Razak pada Julai 2017 sebagai Ketua Pegawai Eksekutif membawa misi dan visi yang sangat besar untuk kemajuan institusi kewangan itu.

Apatah lagi ketika itu CBP yang dahulunya dikenali sebagai Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad baru dua tahun dinaik taraf menjadi sebuah bank.

Berbekalkan pengalaman dan pengetahuan sepanjang bertugas di Bank Negara Malaysia, Cagarmas Berhad dan Danamodal Nasional Berhad, tanggungjawab besar diletakkan di bahu Mohd Nor untuk melakukan tranformasi ke atas CBP.

Dengan visi menjadikan CBP sebagai institusi kewangan syariah terunggul di Malaysia, Mohd Nor juga mahu menjadikan CBP yang menerima lesen perbankan pada 2014 itu sebagai sebuah jenama korporat yang disegani.

Miliki sejarah panjang

Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (CBP) mempunyai sejarah yang panjang dalam pembangunan koperasi di negara ini, kerana ia pada mulanya dikenali dengan nama asal Province Wellesley Cooperative Union Bank Limited sejak ditubuhkan pada 7 Jun 1950.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP sejak Julai 2017, Mohd Nor Abd. Razak berkata, beliau berbangga dapat menerajui bank koperasi pertama di negara ini.

Sebagai anak kelahiran Pulau Pinang, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Padang Menora dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Bakti, Tasek Gelugor.

Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1984 melalui tajaan Bank Negara Malaysia (BNM) dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian).

Mohd. Nor memulakan kerjaya di Jabatan Kewangan Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 1988 sehingga tahun 2004.

Sepanjang 16 tahun berkhidmat dengan BNM, beliau telah dipinjamkan kepada beberapa institusi di bawah seliaan BNM seperti Tabung Pemulihan Usahawan (TPU) (1993-1995), Tabung Projek Perumahan Terbengkalai (TPPT) (1995-1996), Financial Park Labuan (1997-1999) dan Danamodal Berhad (2000-2004).

Selepas Danamodal, Mohd. Nor dihantar ke bahagian Payment System pula. Mulai tahun 2005 hingga 2012, beliau bertugas di Cagamas Berhad dan seterusnya, meneruskan karier di Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB).

Berbekalkan pelbagai pengalaman yang diperolehi itulah dimanfaatkan sebaik-baiknya ketika beliau bertugas sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) CBP pada 1 Januari 2017, seterusnya dinaikkan pangkat sebagai CEO pada 1 Julai 2017.

Bank berterakan koperasi

Sebagai sebuah bank berteraskan koperasi, CBP mula mengorak langkah yang lebih positif di bawah kepimpinan Mohd. Nor, apabila menempa sejarah memperoleh keuntungan sebelum cukai dan zakat tertinggi dalam tempoh 67 tahun iaitu sebanyak RM39.7 juta berbanding dengan jumlah tertinggi yang pernah direkodkan pada tahun 2010 sebanyak RM35.2 juta.

CBP turut menempa sejarah apabila diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan BNM untuk menerbitkan Saham Keutamaan Islamik Boleh Terus Dan Boleh Ubah (i-RCPS) sebanyak RM300 juta dalam bulan Jun 2017. CBP merupakan koperasi pertama yang menerbitkan i-RCPS di Malaysia.

Mohd berkata, ketika CBP dinaiktaraf dan mula beroperasi sebagai sebuah bank pada 2015, kedudukan modal institusi kewangan itu tidak bertambah, hanya RM345 juta sahaja.

Pada 2016 kedudukan modal CBP menurun kepada RM343 juta dan RM341 juta pada 2017.

Angka itu tidak meningkat sebaliknya menurun selama dua tahun sejak ia dinaiktaraf sebagai sebuah bank.

“Sebagai ketua pegawai eksekutif yang baharu dilantik, bukan sahaja masalah modal yang tidak bertambah menjadi isu besar tetapi saya melihat budaya kerja yang diamalkan kakitangan dan lembaga pengarah juga perlu melalui transformasi.

“Inilah cabaran yang paling getir untuk saya membawa CBP ke satu tahap yang lebih paling tinggi. Bagaimana untuk meningkatkan modal dan menginstitusikan CBP menjadi sebuah bank yang sebenar dan bukan koperasi,” katanya.

Sukar tarik pelabur pada peringkat awal Bagi memastikan modal CBP bertambah, Mohd Nor pada 2017 mencadangkan untuk menerbitkan saham keutamaan.

“Bagaimanapun, sebelum kami berjaya menerbitkan saham keutamaan itu, cabaran buat saya adalah untuk menerangkan kepada semua Ahli Lembaga Pengarah memandangkan mereka bukan dalam bidang perbankan.

“Alhamdulillah, isu ini selesai selepas mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) pada Julai 2017. Apa yang saya perlu buat selepas itu, adalah turun padang untuk meyakinkan orang ramai mengenai produk CBP,” katanya.

Katanya, kempen awal yang dilakukan bagaimanapun tidak mendapat sambutan. Ini menjadi satu lagi cabaran buat Mohd Nor untuk menarik keyakinan dan kepercayaan pelabur.

Yakinkan pelabur

Bagi meyakinkan pelabur, Mohd Nor berkata, antara kaedahnya adalah menurunkan kadar cost per income daripada RM0.60 yang dicatat pada 2015 kepada lebih rendah.

“Kos ini mahal berbanding bank komersial yang mencatat kadar cost per incomes sebanyak RM0.30 ke RM0.48. Apa yang saya buat adalah memastikan angka ini turun daripada RM0.60 kepada RM0.30 atau RM0.48.

“Alhamdulillah pada 2017 cost per income CBP adalah RM0.45. Bila kos kita kurangkan, pendapatan meningkat sekali gus dapat membayar dividen lebih tinggi,” katanya.

Kejayaan itu sekali gus berjaya meyakinkan orang ramai dan pelabur untuk bersama CBP. Pada 2018, CBP memulakan Kempen Labur dan Maju Bersama CBP secara agresif selama tiga bulan dan impaknya modal CBP terus bertambah.

Pembangunan modal insanSelain mematuhi keperluan BNM untuk menaikkan modal, Mohd Nor yang berpegang kepada prinsip integriti juga melihat kepada pembangunan modal insan.

“Budaya kerja harus berubah sesuai dengan kedudukannya sebagai sebuah agensi profesional. Transformasi yang komprehensif perlu dilakukan untuk menjadi sebuah bank yang berwibawa dan berdaya saing,” katanya.

Menetapkan tema ‘Transformasi – Membina Kredibiliti dan Kepercayaan’ beliau mendekati kakitangan menerusi program Management Talk Series.

Program dimulakan dengan kakitangan yang berada di cawangan Kuala Lumpur pada Mac lalu diikuti Butterworth, Pulau Pinang pada April.

“Transformasi perlu dilakukan kerana saya melihat ada antara jabatan dan kakitangan yang belum mesra. Ini disebabkan oleh mentaliti dan cara kerja yang masih bergerak sebagai koperasi, bukan bank.

“Ketika CBP dinaik taraf sebuah bank, ramai kakitangan baharu yang berpengalaman bertugas di bank komersial dibawa masuk. Kita perlukan idea-idea baharu dan mereka ini lebih praktikal dan faham bagaimana melaksanakan aktiviti perbankan.

“Namun, berlaku ‘pertembungan’ antara kakitangan baharu dan lama, seolah-olah tidak berada di ‘laluan’ yang sama. Ini yang perlu diubah. Saya mahu mereka bersama dan saling memahami,” katanya.

Tambah Mohd Nor, bagi mencapai misi dan visi syarikat, CBP melantik pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Don Daniyal sebagai Ikon CBP.

Pemilihan Don Daniyal sebagai ikon CBP bertepatan hasrat CBP dalam meningkatkan capaian segmen pelanggan baharu CBP.

Setakat 2018, CBP mempunyai seramai 85,000 keahlian termasuk 690 buah koperasi. Ketika ini, portfolio pembiayaan CBP terdiri daripada 90 peratus pembiayaan peribadi dan 10 peratus pembiayaan bagi sektor koperasi dan korporat.

Kata Mohd Noor, CBP menyasarkan untuk meningkatkan portfolio pembiayaan bagi sektor koperasi kepada 30 peratus daripada keseluruhan portfolio pembiayaan menjelang 2020.Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Kaedah urus rambut cara sebenar
Next: Kegilaan terhadap game online ada faedah tak?

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.