Duo folk-pop Indonesia, Ruang Senja, yang dianggotai oleh Eriza Triwiguna dan Fajar Taufik Hidayat, kembali menyentuh hati pendengar menerusi pelancaran single keempat mereka berjudul “Penahan Luka Terkuat” yang rasmi dilancarkan pada 29 Mei 2026. Lagu ciptaan Fajar ini hadir sebagai sebuah penghormatan penuh makna buat para wanita, khususnya golongan ibu yang selama ini menjadi tunjang kekuatan dalam institusi keluarga. Sarat dengan emosi dan kejujuran, karya tersebut mengangkat kisah pengorbanan seorang ibu yang sanggup menahan sakit, kesedihan dan kelelahan demi memastikan kebahagiaan anak-anaknya sentiasa terpelihara.

Menerusi lirik yang puitis serta susunan muzik hangat yang menjadi identiti Ruang Senja, “Penahan Luka Terkuat” menggambarkan perjalanan seorang ibu daripada saat mengandung, melahirkan, hinggalah melalui pelbagai cabaran hidup dengan penuh ketabahan. Lagu ini turut lahir daripada pengalaman peribadi Fajar sendiri, apabila kehilangan ibunya menjadi antara detik paling sukar dalam hidupnya. Rasa rindu, penghargaan dan kasih sayang terhadap insan yang telah pergi itu menjadi sumber inspirasi utama dalam penghasilan lagu berkenaan. Menurut Fajar, lagu ini bukan sahaja didedikasikan buat ibunya, malah untuk semua ibu di seluruh dunia yang sering memilih untuk kuat dalam diam.

Dari sudut musikaliti, Ruang Senja terus mengekalkan identiti folk-pop mereka dengan sentuhan unsur etnik yang menjadi kekuatan tersendiri. Gabungan elemen akustik, melodi lembut dan lirik bermakna menjadikan karya mereka dekat dengan jiwa pendengar daripada pelbagai lapisan masyarakat. Dalam masa sama, populariti Ruang Senja turut semakin berkembang hasil konsistensi mereka menerusi sesi penstriman langsung mingguan, keaktifan di media sosial serta penampilan di pelbagai acara muzik.

Semangat berkarya duo ini juga dilihat semakin utuh apabila mereka bertekad untuk terus melancarkan karya baharu setiap enam minggu, sambil membawa impian besar untuk memperluaskan langkah ke pentas muzik yang lebih besar pada masa hadapan. Kini, single “Penahan Luka Terkuat” sudah boleh dinikmati menerusi pelbagai stesen radio serta semua platform penstriman digital.

PENAHAN LUKA TERKUAT
By Ruang Senja

Tak pernah ku melihat air matamu berderai
Keluhmu pun tak pernah sekalipun ku dengar

Rintihanmu tersimpan, dalam diam yg panjang
Bergema dalam setiap doa yg kau panjatkan…

Membawa cahaya
Agar ku tak hilang… arah

Halus tutur katamu penuh makna…
Lembut sentuhanmu tenangkan jiwa…
Tak ada seorangpun kan mengira…
Kau penahan luka terkuat…

Rintihanmu tersimpan, dalam diam yg panjang
Bergema dalam setiap doa yg kau panjatkan…

Membawa cahaya
Agar ku tak hilang… arah

Halus tutur katamu penuh makna…
Lembut sentuhanmu tenangkan jiwa…
Tak ada seorangpun kan mengira…
Kau penahan luka…

Halus tutur katamu penuh makna…
Lembut sentuhanmu tenangkan jiwa…
Tak ada seorangpun kan mengira…
Kau penahan luka terkuat…

Tulusnya kasihmu, bunda…