Mercedes-Benz perkenalA-Class Limousine

Mercedes-Benz perkenalA-Class Limousine

MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) mengukuhkan kedudukannya dalam segmen peneraju barisan kereta kompak di Malaysia apabila melancarkan model terbaharu A-Class Limousine baru-baru ini.

A-Class Limousine ditawarkan dalam dua varian iaitu A 200 Progressive Line dan A 250 AMG Line yang dijana enjin 1.4 liter dengan kuasa 163 hp serta 250Nm dan 2.0 liter dengan 224hp serta tork 350Nm.






KENDERAAN ini direka dengan ciri rupa bentuk sportiness yang unggul dan moden.

KENDERAAN ini direka dengan ciri rupa bentuk sportiness yang unggul dan moden.

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran MBM, Mark Raine berkata, model ini tampil bersama ciri utiliti yang terbaik dalam segmennya untuk keselesaan pemanduan serta penumpang.

“Ruang kepala bahagian belakang seluas 944 milimeter (mm) dan but berkapasiti 420 liter (l) dengan bukaan 950mm bagi kemudahan dan ciri fleksibel untuk memasukkan barangan antara kelebihan model limousin kompak ini,” katanya ketika pelancaran model itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Raine, model sedan ini mempunyai ruang kepala belakang dan ruang bahu serta siku paling luas dalam kelasnya. Ruang but pula berkapasiti 420 l atau 50l lebih besar daripada model hatch.Ia turut dilengkapi dengan ciri teknologi terkini seperti sistem multimedia Mercedes-Benz User Experience (MBUX) yang hadir dengan skrin sesentuh untuk hiburan dan maklumat serta sistem bantuan pemanduan iaitu Bantu Brek Aktif dan Bantu Kekal Laluan.

Sportiness

A-Class Limousine direka dengan ciri rupa bentuk sportiness yang unggul dan moden. Jentera ini berukuran 130mm lebih panjang daripada hatchback dan mempunyai jarak roda yang serupa iaitu 2,729mm.

Rekaan badan dengan drag coefficient terendah dalam kelasnya.

Rekaan badan dengan drag coefficient terendah dalam kelasnya.

A-Class Limousine juga tampil rekaan badan dengan drag coefficient terendah dalam kelasnya iaitu 0.22. Ciri tersebut dibantu oleh rekaan badan yang licin dan kemas.

Grill baharu yang tampil sporty dan garang.

Grill baharu yang tampil sporty dan garang.

Reka bentuk luaran A 200 Progressive Line dilengkapi dengan lampu depan LED dengan DRL, rim 18 inci dan lampu belakang LED. Manakala A 250 AMG Line pula menerima penampilan lebih sporty bersama kemasan rim 18-inci aloi rekaan AMG.

Rekaan dalaman

Ruang kabinnya masih menyerupai model hatchback dengan papan pemuka berbentuk sayap bersama panel paparan skrin berdiri sendiri. Liang pendingin hawa berbentuk turbin juga masih diberikan bersama lampu suasana 64-warna dengan 10 tema.

Kusyen kemasan kulit.

Kusyen kemasan kulit.

Jentera ini juga dilengkapi bersama paparan 10.25 inci untuk panel instrumen dan infotainmen.

Ruang kokpik serba hitam.

Ruang kokpik serba hitam.

Ia juga dilengkapi roda stereng sports, tempat duduk depan berkuasa, lampu suasana dengan 64 warna, MBUX dengan arahan suara, Apple CarPlay serta Android Auto. Sementara A 200 datang dengan kemasan kayu, A 250 pula diberikan kemasan aluminium longitud, roda stereng dengan kulit Nappa serta sisi bawah pintu dengan tulisan AMG menyala.






MBUX dilengkapi dengan arahan suara, Apple Car Play dan Android Auto.

MBUX dilengkapi dengan arahan suara, Apple Car Play dan Android Auto.

Kelengkapan standard lain turut serupa dengan versi hatchback termasuk sistem kunci pintar dengan suis penghidup enjin, tempat duduk larasan berkuasa dengan fungsi memori dan larasan lumbar empat hala dan cruise control.

Enjin dan transmisi

A 200 dipacu oleh enjin 1.33-liter turbo empat-silinder daripada Renault. Enjin ini menghasilkan 163hp dan 250Nm tork. Ia mampu memecut dari 0 ke 100 kilometer per jam (km/j) dalam 8.1 saat dan mempunyai kelajuan maksimum 230km/j.

A 250 pula menerima enjin 2l turbo empat silinder M260 yang menjana 224hp dan 350Nm tork.






Kemasan rim 18 inci aloi rekaan AMG.

Kemasan rim 18 inci aloi rekaan AMG.

Pecutan ke 100km/j mampu dibuat dalam 6.3 saat dan kelajuan maksimum lebih tinggi iaitu 250km/j. Kedua-dua varian menggunakan transmisi automatik dwiklac tujuh kelajuan. Namun, terdapat perbezaan pada suspensi belakang yang mana A 200 diberikan torsion beam manakala A 250 diberikan suspensi multi-link.

Kemasan rim 18-inci aloi rekaan AMG.

Kemasan rim 18-inci aloi rekaan AMG.

Ciri keselamatan

Ciri keselamatan standard yang hadir pada A-Class Limousine adalah tujuh beg udara, sistem penggera antipencuri, sistem pemantauan tekanan tayar, Active Brake Assist, Active Parking Assist dan kawalan lampu tinggi.

Ruang but simpanan yang cukup luas

Ruang but simpanan yang cukup luas

Varian A 200 Progresive Line dijual pada harga atas jalan tanpa insurans RM229,888 manakala model A 250 AMG Line dijual pada harga RM267,888.

Kesemua harga disertai waranti empat tahun tanpa had perbatuan.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *