MALDIVES – Menteri Agama Maldives, Dr Ahmed Zahir Ali berminat untuk menganjurkan World #QuranHour di seluruh Maldives pada tahun hadapan. Beliau menyatakan demikian kepada Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Nasir Hj Hamzah yang mengadakan kunjungan hormat ke pejabatnya ketika ke Maldives baru-baru ini. Penerangan mengenai pelaksanaan World #QuranHour yang memasuki kali kelima tahun ini ternyata menarik minat Dr Ahmed yang akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak Yayasan Warisan Ummah Ikhlas berkaitan penganjuran World #QuranHour dan program-program al-Quran lain. Selain itu Nasir juga mengadakan pertemuan dengan Menteri Pelancongan Maldives, Ali Waheed yang juga berminat untuk menjadikan #QuranHour dan al-Quran sebagai salah satu aktiviti untuk menarik pelancong di sana. Jika sebelum ini setiap tahun World #QuranHour dilaksanakan di Universiti Islam Maldives, insyaAllah mulai tahun hadapan Jabatan Agamanya akan melaksanakan #QuranHour di seluruh Maldives. Sumber Post navigation Puma semarakkan semangat bersukan melalui House of Hustle Aplikasi online kaki shopping